BAB 12

Romance Completed 61361

Adry masih setia di sisi Anisa. Berat pula kakinya ingin meninggalkan gadis itu. Sebagai seorang yang bertanggungjawab, dia menunggu sehingga gadis yang tidak dikenalinya kembali normal. Boleh pula dia berdua sahaja dengan gadis itu sedangkan dia sangat memahami dirinya yang agak fobia dengan perempuan selain ahli keluarganya.

Pesakit yang diurusnya juga kebanyakan adalah lelaki. Oops! Dia bukan gay! Cuma, berjaga-jaga. Dulu, hampir sahaja dirinya terjerat dengan tipu helah seorang wanita ketika menuntut di Ireland. Sehingga sekarang, dia masih belum boleh membiasakan diri berurusan dengan sesiapa yang berjantina perempuan.

“Errr… awak dah okey ke?” tanya Adry, gugup. Anisa masih menghadap sinki. Dipejamkan seketika matanya.

“Okey sikit. Emmm, terima kasih,” ucap Anisa. Tidak sanggup dia memandang lelaki itu. Malu!

“Boleh berjalan dah?” Sekadar inginkan kepastian. Tidak mahu dileter oleh Dr Rozilah dek meninggalkan gadis ini di tandas.

“Dah. Awak boleh pergi dah. Terima kasih sekali lagi,” Tanpa menunggu lama, Adry beredar.

Anisa mengeluh kecil. Selesa sedikit. Setelah memastikan lelaki yang membantunya betul-betul keluar, dia menanggalkan tudungnya. Dibiarkan rambutnya lepas buat seketika. Huh, barulah boleh bernafas sikit. Jururawat garang itu punya pasal, dia begini. Bukannya nak pertimbangkan sikit, main angkut saja. Setidaknya, dengarlah penjelasan dia dulu.

Dia bukanlah takut darah, cuma dia lemah melihat wanita bersalin. Fobia! Ketika mengikut abinya ke site, ada seorang wanita yang merupakan isteri kepada pekerja di situ ditemui meninggal dunia sewaktu melahirkan bayinya. Sejak itulah, dia agak lemah berhadapan dengan wanita yang melahirkan anak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience