BAB 1

Romance Completed 61361

Suasana tenang di Hospital Kuala Lumpur bertukar cemas apabila mereka menerima laporan mengenai kemalangan ngeri yang berlaku tidak jauh dari penempatan para pesakit di situ. Beberapa buah ambulans serta beberapa orang petugas hospital mula bergerak ke tempat kejadian.

Para jururawat juga tidak menang tangan untuk menyediakan kelengkapan untuk menghadapi mangsa-mangsa untuk dibawa ke hospital itu nanti. Harapan masing-masing agar tiada kehilangan jiwa yang berlaku. Perkara itulah yang kerap ditakuti mereka kerana setiap kejadian itu pasti akan memberi kesan yang besar terhadap petugas-petugas di hospital.

“Nurse, boleh saya tahu di mana wad Encik Misran?”

“Tunggu sekejap ya, cik,” Jururawat di kaunter mula menaip sesuatu di keyboard komputer. “Encik Misran bin Mohammad?”

“Ya. Ada?”

“Wad Encik Misran di hujung sana, di sebelah kanan.”

Jururawat muda itu menunjukkan ke arah wad orang yang dicari oleh seorang perempuan yang sedang berdiri di hadapan kaunter.

“Terima kasih, nurse,” ucap perempuan itu sambil memberikan senyuman sebelum berlalu ke wad yang dimaksudkan.

Jururawat itu membalas senyuman manis milik si bertubuh langsing itu. Gaya pelawat itu kelihatan mewah. Pasti dia dari keluarga orang berada. Pesakit yang dicari itu sendiri merupakan seorang yang berpengaruh besar.
Kerana Tahlia
Oleh : Nazehran Jose Ahmad

1

Kedengaran muzik berdentum kuat sebaik sebuah kereta Iswara putih memasuki perkarangan rumah. Menekur jam di dashboard keretanya, waktu saat ini menunjukkan pukul tiga pagi. Tidak lama kemudian, Tahlia menekan punat menutup radio kereta. Bersandar seketika di kusyen kereta. Menghembus nafas kasar. Melayani kepenatan sebentar, sekembalinya dia dari berhibur di kelab malam di ibu kota. Agak lama dia di situ, baru dia berkeinginan untuk masuk ke dalam rumah.

Masuk sahaja di dalam bilik, Tahlia mencampakkan beg tangannya ke atas katil, serentak menyembamkan wajahnya ke atas bantal. Hatinya serba tidak kena. Dia sepi. Puas dia ke kelab malam, keluar bersama kawan, melepak di sana sini, namun hatinya masih sama. Tiada apa yang dapat memberinya kepuasan. Di sebalik keadaan yang hingar-bingar di sekelilingnya, hatinya tetap dicengkam sepi yang teramat. Jiwanya kosong.

Sejak ayahnya berkahwin semula selepas lima tahun pemergian ibunya, dia merasa seperti ada sesuatu yang menusuk-nusuk perasaannya. Dia tidak tahu apa. Yang dia tahu, dia benci rasa ini. Dia mahu keluar! Dia mahu bebas dari rasa sepi yang bersarang dalam hatinya ini.

Tangannya merayap dipipinya. Dia benci dunia ini. Dia benci ayahnya. Dia benci ibu tirinya. Dia benci dirinya sendiri. Mengapa dia tidak boleh rasakan ketenangan seperti yang dia harapkan? Dalam melayan rasa, meskipun perit, tapi tiada setitis pun air mata yang mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience