BAB 14

Romance Completed 61357

Beberapa hari selepas peristiwa di hospital itu, Anisa kembali lagi ke hospital itu. Kali ini, bukan sebagai pelawat atau yang seangkatan dengannya. Dia ke kaunter, wajah jururawat di hadapannya dipandang. Tag nama dibaca, Fatihah. Jururawat itu agak pelik dengan gadis di depannya itu.

Dah kenapa senyum-senyum?

“Errr, nurse. Sebenarnya, saya nak cari… Dr Adry. Ada tak?” Penuh pengharapan Anisa menanti jawapan Fatihah.

“Dr Adry? Cik ni siapa?”

“Emmm, tunang dia. Boleh saya jumpa dia tak? Saya nak kasi surprise kat dia. Tapi, itulah. Saya tak tahu dia kat mana. Tolong saya ya, nurse,” Drama sungguh si Anisa ni.

Dia hairan apa. Bukannya si Fatihah ni kenal dia pun. Dan, si Dr Adry tu pun semestinya tidak menjangkakan kehadirannya di sini. Tunang pun tunanglah.

“Tunang? Emmm, sekejap ya cik,” Fatihah melangkah ke arah meja di belakang kaunter. Dia berbisik dengan rakan sejawatnya. “Cik, Dr Adry di tingkat empat. Tapi, dia tengah buat rondaan. Cik tunggu dekat lobilah,” ujar Fatihah lemah lembut.

Anisa senyum. Maksudnya, ada seseorang yang bernama Dr Adry di sini. Tak sia-sia dia memerah otaknya mengingati nama yang disebut wanita di ruang menunggu wad kecemasan hari tu. Dia sekadar mencuba nasib. Pelik sungguh hatinya ini. Tiba-tiba sahaja memikirkan kerja gila ini. Saban malam, lenanya terganggu dengan bayangan lelaki yang mencempungnya itu.

“Saya nak tanya sikit boleh?” tanya Anisa. Fatihah angkat kening. “Dr Adry tu ‘mesra alam’ tak? I mean, sombong tak dengan semua staf?”

Fatihah senyum nipis. Dia sendiri pernah meminati doktor kacak itu. Tetapi, dalam mimpi sajalah dia ingin menegur doktor itu.

“Nak kata sombong, tak sangatlah. Cuma, dia jarang bergaul dengan staf perempuan. Dengan pesakit wanita pun dia jarang-jarang handle. Itu yang saya terkejut Dr Adry ada tunang. Kami kat sini ingat, Dr Adry… errr… gay,” Membulat mata Anisa.

What again? Gay? Oh, no! Tak boleh, tak boleh. Tetapi, mindanya juga bagaikan mengakui kebenaran itu.

“Oh, ye ke? Tak kot. Saya kan tunang dia,” balas Anisa. Fatihah sengih.

“Amboi, berbual sakan nampak. Tak kerja ke, Cik Fatihah?” usik seorang doktor lelaki yang tiba-tiba muncul.

“Eh, Dr Shamsul, Dr Adry. Tak adalah. Ni hah, kami berbual dengan tunang Dr. Adry,” Serentak itu Adry yang sedang menyemak fail pesakitnya mengangkat wajah.

‘Siapa pula ‘tunang’nya itu?’ bisik hatinya.

Anisa kaku.

‘Alamak, kantoi! Alamak, macam mana ni? Relaks, Anisa. Dia tak makan orang pun,’ desis Denisa.

“Errr, hai,” sapa Anisa, teragak-agak. Disengih pada Adry yang merenungnya pelik itu. Segak pula gay ni dalam scrub dia. Handsomenya bakal menantu abi ummi ni!

“Come with me,” Tanpa isyarat, ditarik lengan Anisa agar mengikutnya.

Dr Shamsul dan Fatihah terpinga. Drastik sungguh tindakan si Adry itu. Tak sempat Dr Shamsul ingin menyoal tentang gadis cantik itu. Tidak pernah pula dia tahu Adry sudah bertunang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience