BAB 11

Romance Completed 61357

Dr Norita menghampiri kakaknya, Dr Rozilah di ruang menunggu. Kakaknya itu kelihatan resah sedikit. Mungkin risaukan keadaan anak perempuannya yang masih di dalam dewan bersalin.

“Kak, siapa yang Adry dukung tu?” soal Dr Norita terus.

“Dia teman kawan dia kat dalam tu. Ada nurse minta dia masuk dalam, bagi sokongan. Keluar aje tadi, terus lembik. Akak rasa dia trauma kot. Tak pun, takut darah,” jelas Dr Rozilah.

“Patutlah lembik semacam aje Ita tengok perempuan tu. Nak pulak Adry tolong ya,” Dr Rozilah tergelak. Faham sangat akan kelemahan Adry; tak suka perempuan.

“Akak yang paksa dia. Akak manalah larat nak bawak pergi tandas. Semput ni hah, semakin menjadi-jadi…”

“Yana tak bersalin lagi ke? Rasanya dah lama dia kat dalam tu,” Dr Norita memandang ke pintu wad kecemasan itu.

“Entahlah. Akak suruh Adry masuk tengok, dia tak nak,” Tergelak Dr Norita.

“Apalah akak ni. Dah namanya dewan bersalin. Takkanlah dia nak masuk sesuka hati. Dia tu doktor bedah, mana mahu tengok orang bersalin,” kata Dr Noruta dengan ketawa masih bersisa. Dr Rozilah mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience