BAB 17

Romance Completed 61357

Kini…

Cuitan di bahu Anisa, menyedarkan dia akan dari imbauan kisah lama. Adry yang berdiri dengan tangan kiri menutup hidung itu dipandang penuh tanda tanya. Buat tabiat ke suami dia ni?

“Kenapa dengan abang ni? Nia dah mandilah,” Soalan Anisa tidak dijawab sebaliknya Adry menghulurkan mangkuk yang berisi pulut durian kepada isterinya.

“Yours,” Anisa senyum lebar.

“Thank you, abang. Temanlah Nisa makan. Tak seronok makan seorang,” Sepantasnya Adry menggeleng.

“Abang tunggu kat atas. Make sure sebelum tidur, gosok gigi dulu. Listerine sekali,” pesan Adry sebelum menghilang ke tingkat atas.

Anisa ketawa kecil. Macam-macam hal. Dipandang Dr Norita di ruang tamu. Wanita itu sedang sibuk melayan cucu-cucunya, anak-anak abang dan kakak Adrean. Bukan main meriah lagi banglo Dr Afdlin malam ini. Abang dan kakak Adry sengaja meninggalkan anak-anak mereka di sini kerana mereka mempunyai rancangan lain. Bulan madu yang ke sepuluh kata mereka.

Usai menghabiskan makanannya, Anisa mendaki anak tangga naik ke tingkat atas. Sempat dia bermain dengan anak-anak saudara Adrean tadi. Dek berasa kurang selesa, dia naik ke bilik. Entah kenapa, kebelakangan ini badannya lenguh-lenguh. Selera makannya juga meningkat. Petang tadi, dia meminta suaminya membelikan pulut durian. Puas jugalah nak pujuk suami tersayang dia itu. Adry bukannya suka bau durian. Busuk katanya.

“Abang, lusa Nisa ada conference dekat Bangi. Abang teman Nisa ya?” Anisa menyapu losyen ke tangan sambil mata memandang Adry bersandar di kepala katil, sedang melayan movie di Ipad.

“Lusa? Insha Allah. Abi tak join ke?”

“Tak. Resort punya conference. So, abi memang tak ambil bahagian,” Dipanjat katil. Selambanya dia memeluk Adry. Erat pula tu.

“Cerita apa ni?” Matanya turut ke skrin Ipad.

“Casino Royale,” Terangkat kening Anisa. Oh Daniel Craig! Hero pujaan Anisa.

“Abang, ni hero Nisalah,” Adry pandang kepala Anisa di dadanya.

“Hero Nisa? Abang siapa ya?” Anisa sengih jahat. Nasib baik ‘Encik Suami’ tak nampak. Mahunya kena terajang dia dengan sengihan ala penjahat itu.

“Abang? You’re my truly herolah,” Punyalah dia kejar si Adry ni dulu, takkanlah senang-senang nak letak tepi kan. Daniel Craig, Lewis Tan si abang Nivea tu pun tak boleh lawan tau. Dr Adry yang super kacak ini kepunyaan dia. Okey!

“Mulut manis eh. Terlebih manis durian ke?”

“Bolehlah. Nisa ada benda nak bagitahu abang ni. Sehari dua ni kan, Nisa rasa lainlah. Nisa sendiri pun tak tahu. Tapi, ada satu benda ni yang Nisa pasti,” Anisa duduk bersila menghadap Adry.

Adry menutup Ipadnya.

“Apa yang lain dan apa yang pasti?”

“My stomach feels something. Either I have a diseases or I’m pregnant.” Diangkat kening berkali-kali.

“Oh, either or? I hope the second one, sayang. Esok ikut abang pergi hospital. We need an examination,” ujar Adry.

Anisa senyum nakal. Matanya dipaku pada wajah Adry. Susah juga ingin memenangi hati suaminya itu. Selepas sebulan lawatan tak rasminya ke hospital itu barulah Adry memberikan kata putus. Peliknya cinta apabila Adry mengaku dia menyukai Anisa sejak peristiwa ‘cempung’ itu lagi. Hanya lelaki itu sahaja menidakkan rasa hatinya.

“Abang, what make you accept me as you wife?”

Adry mendepangkan tangannya. Ingin si isteri mendakapnya. Anisa menurut. Ah, seronoknya dipeluk begini. Selamat rasanya berada di dalam dakapan suami tercinta.

“You’re so cute with that pale face. I can’t take off my eyes from watching you. Kiranya, abang curi-curi pandang Nisalah masa Nisa tengah pening nak muntah lepas keluar dewan bersalin dulu. Pertama kali abang sentuh perempuan bukan muhrim macam tu sekali,” Kusyuk Anisa mendengar penjelasan Adry.

“I thought you’re gay before. Fatihah told me, abang jarang tegur staf perempuan. Then, banyak habiskan masa dengan staf dan patient lelaki aje,” Adry gelak.

“Tak adalah sampai gay. Abang serik nak berteman dengan perempuan masa belajar kat Ireland dulu. Semuanya tergila-gilakan abang. Semuanya crush dengan abang. Sebab tu abang sering menjauhkan diri.”

“Oh, that’s why abang tried to push me away, right? Tapi, terima jugak. Untung Nisa kan?” sengih Anisa. Adry menolak tubuh isterinya lembut.

“Yalah tu. Yang awak tu, kenapa awak dulu nakkan kat saya sangat-sangat?” soal Adry lagi.

“How I want you to be mine badly, abang. I want you to be my hubby no matter what, at that time. You already touched my body, you saw my bad side and even you curi-curi watched me,” Adrean sengih nakal.

“Patutlah tak reti nak behave isteri abang ni. Panggillah pejabat agama pun, abang sudi,” Adrean buat lawak sarkas.

“Apalah abang ni. Tak mainlah kahwin free ni. Nia ada harga tahu,” seloroh Anisa bersahaja.

Adrean sepit hidung isterinya. Kemudian, mereka ketawa serentak. Anisa kembali memeluk suaminya.

Pelik sungguh cinta mereka. Hendak tapi menolak. Bukan cinta pandang pertama, tetapi rasa itu hadir tanpa pintaan keduanya.

Share this novel

Roslan Nawang
2022-03-24 22:56:45 

update pleaseee.....

EMAacik1974
2021-06-27 15:24:31 

sis x der update ker


NovelPlus Premium

The best ads free experience