BAB 5

Romance Completed 61357

Enam bulan yang lalu…

Anisa memeluk suaminya yang sedang bersarapan itu dari belakang. Sempat dihadiahkan ciuman di pipi kanan Adry.

“Mak nak buat apa hari ni?” soal Adry sambil menyuapkan sandwich ke mulut.

“Emmm, Nia nak pergi shopping barang sikit. Abang boleh teman tak?”

“Of course. Bahayalah Nisa keluar seorang, dah sarat ni. Sampai bila nak peluk abang ni? Tak bosan ke hari-hari peluk,” Anisa kerut hidung. Digeselkan hidung mancungnya ke pipi Adry.

“No. Peluk suami dapat pahala apa. I’m collecting the worth thing, okay. Nanti anak dah keluar, susah dah nak peluk-peluk Nisa. Semuanya kena kongsi dengan baby,” ujar Anisa manja.

“Iya, iya. Tapi, sekarang ni waktu bersarapan. Nisa breakfast dulu, kejap lagi peluklah puas-puas. Okey?”

“Sound good. Suapkan, please,” Dilabuhkan punggung di kerusi sebelah Adry.

Adry mengambil sepotong cheese cake ke pinggannya. Selera Anisa sejak mengandung ni lain macam sikit, hari-hari nak bersarapan kek. Tak kiralah kek apa pun, asalkan makanan itu bernama kek. Sah, habis semua jenis kek dia bedal. Nasib baik, diet yang disediakan oleh Dr Adry kesayangannya itu diikut.

“Nak pergi shopping apa je?” Disuapkan kek ke mulut si isteri.

“Nia terlupa nak beli kain alas untuk baby. Hari tu, keluar dengan mama memang teringat nak beli pun. Tapi, balik rumah check barang semua, tertinggal kain alas tu,” jawab Denisa.

“Kita keluar petang sikitlah. Abang ada kerja nak buat,” Anisa hanya mengangguk.

Jika pasal kerja, Anisa memang tidak boleh menghalang. Faham sangat dengan kerja Adry sebagai doktor itu. Sebelum berkahwin, Adry hanya akan bermalam dan menghabiskan masanya di hospital sahaja. Kini, segala fail yang perlu diteliti, dia akan membawa pulang ke rumah. Tidak betah untuk membiarkan Anisa seorang diri di rumah. Tambahan pula, isterinya itu sedang mengandungkan anak pertama mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience