PART 7

Mystery & Detective Completed 9185

Dah seminggu abang dekat sini. Aku tidak memaklumkan lagi pada Kim Hae Jin. Aku harap dia tak salah faham kalau nampak aku date dengan abang sendiri.

"Biy,boleh tak hari ni biy dinner dekat rumah sayang. Ada something sayang nak bagitau." Ujarku pada Kim Hae Jin. Dia hanya memandangku sekejap dan mengangguk lalu meneruskan kerjanya yang telah aku tangguh tadi.

Aku tak faham dengan dia. Walaupun baru seminggu kami bersama tapi rasa macam tak couple pon. Dia dingin kebelakangan ni. Aku tak faham. Ke dia nampak aku keluar dengan abang?

Aku keluar dari dewan kuliah untuk balik ke rumah. Baru tengahari. Petang takde kelas,bolehlah aku rehat sekejap. "Adik,kau kata nak beli barang dapur untuk malam ni,kau nak pergi sorang ke abang teman?" Abang melabuhkan punggung dihujung kepalaku. Kepalaku diangkat dan diletak diatas pehanya.

"Tak payahlah. Adik boleh pergi sendiri. Nanti pukul 3 kejut adik." Ujarku pada abang dengan nada lemah. Aku terus melelapkan mata dan tidur. Sedar-sedar je wajah abang muncul bila aku bukak mata.

"Dah pukul 2:30. Pergilah siap. Kata nak pergi market." Aku terus bangun dan menuju keatas untuk membersihkan diri. Kemeja plane putih tanpa lengan dan skirt labuh pink menjadi pilihan. Rambutku sapu dengan pelembut rambut. Setelah aku puas dengan penampilan aku,aku terus keluar.

Nike Air Force warna hitam menjadi pilihan. CR-Z dipandu secara berhemah menuju ke supermarket berdekatan. Aku selesai membeli aku pulang kerumah. Barang aku kemas dan selepas itu aku keluar untuk pergi ke taman. Tenangkan diri sekejap.

Aku rasa dari aku kecik sampai ke besar,bila aku stress je mesti pergi taman or pantai. Tak pernah berubah. Aku tersenyum sendiri. Aku bersandar dibawah pokok rendang sambil melihat langit. Kaki aku lunjurkan.

"Aku nak cakap dengan dia tapi aku tak sanggup. Kesian kot." Itu macam suara.....

"Untuk apa kau kesian. Kau sendiri yang rancang nak kenakan dia. Kau kira beruntung sebab Hana minat kau. Kalau tanpa bantuan dia,Airisya takkan jatuh cinta dengan kau Hae Jin!" Suara tu suara Edward dan Kim Hae Jin.

"Dan kau kena ingat Hana nak kau jadi milik dia bulan ni or dia akan dedahkan rancangan kau dekat Airisya." Mulut aku tekup. Air mata menitis tanpa dipinta. Manusia,tiada siapa yang dapat meneka.

Aku keluar dari tempat persembunyian dan menuju kearah Kim Hae Jin. Tanganku menampar kuat pipinya. Dia terpaku sambil memegang pipinya yang aku tampar.

"Sayang....."

"Aku tak sangka selama ni orang yang aku cinta rupa-rupanya sengaja datang dalam hidup aku untuk siat hati aku. Apa kau fikir cinta aku ni sampah? Kau dah ambik lepas tu buang macam tu je. Kau cinta pertama aku. Aku harap sangat aku dapat kekal dengan kau. Tapi tak sangka belum sampai seminggu kita bersama,ini hakikat yang perlu aku terima. Aku nak cipta kenangan kita banyak-banyak. Bila nanti aku dah tua bolehlah aku kenang. Boleh cerita balik bila kita dah tua. Haha. Aku harap semua ni mimpi tapi malang,ini semua realiti. Realiti yang sakit.Thanks Kim Hae Jin for the sweet memories and for the hurt that you give me just now." Aku berlalu tanpa menoleh kebelakang. Dia tidak cuba untuk tahan aku pon.

Balik sahaja,aku terus mengemas semua barangan aku. Tiada satu pun barangan yang aku tinggal. Aku menuju ke bilik abang. "Abang kemas sekarang. Kita balik harini. Adik dah tempah tiket. Cepat!" Abang hanya mengangguk walaupun aku tau banyak benda dia nak tanya.

Air mata yang menitis aku kesat kasar sambil memasukkan barang kedalam kotak. Selesai mengemas,semua barang aku angkat dan letakkan dibawah. Kenderaan yang akan membawa kenderaanku sampai. Aku dan abang hanya membawa bagasi berisi barang-barang keperluan dan baju.

"Adik,kenapa ni sebenarnya? Kenapa drastik sangat ni? Apa jadi?" Abang bertanya apabila kami sudah duduk didalam pesawat.

Aku menggeleng sambil tersenyum kecil. Mata memandang kepulan awan diluar tingkap. "Abang kenal adik abang. Nanti kalau adik dah sedia,adik boleh cerita dekat abang." Pujuk abang. Aku mengangguk perlahan. Dia bangun menuju ketandas.

Tiba-tiba aku rasa ada seseorang disebelahku. Takkan abang kot? Cepat sangat tu. Aku menoleh bersama wajah ingin tahu. Alamak,apa Minah ni buat dekat sini?

"Hai Airisya, apa kau buat dekat sini?" Soal gadis itu sambil mengerutkan dahinya. "Aku nak balik Malaysia. Kau pulak?" Soalku pada gadis itu.

"Aku nak belajar dekat Malaysia. Tenangkan fikiran kat sana." Helaan nafasnya kedengaran. Aku menggigit bibir. Nak bagitau tak?

"Yonji,sebenarnya idea tu aku punya. Sorry......" Aku menundukkan wajah. Rasa bersalah menerpa. Dia memegang bahuku. Aku mengangkat muka.

"Aku tau. Tapi rancangan kau ialah kau nak buat dia salah faham. Tapi lain pulak jadi. Aku nampak dia atas katil dengan perempuan lain." Aku ternganga. Aku memeluknya erat. Dia menangis dan aku menggosok perlahan belakangnya dengan perlahan. Cuba untuk menenangkannya. Abang datang.

"Duduk dekat situ." Aku hanya memberi gerak mulut pada abang. Dia mengangguk faham. Yonji melepaskan pelukan. Dia mengesat air matanya. Dia meminta maaf padaku.

"Tak apa. Aku faham. Nanti dekat sana kau nak tinggal dengan siapa?"

"Entah. Aku mana ada sesiapa dekat Malaysia. Survive sendiri jelah."

"Kau duduklah dengan aku. Lagipun aku tinggal sorang je."

"Family kau?"

"Ni rumah aku sendiri." Aku duduk dengan Yonji. Banyak cerita yang kami kongsi bersama. Rupanya hobi dan citarasa kami sama dalam fashion,teknologi,gajet dan hiasan rumah. Bestnyeeeee.. rasa macam kembar pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience