PART 10

Mystery & Detective Completed 9185

"Siapa Elen?" Tanyaku dengan nada mendatar tetapi tegas. Dia memusing menghadapku dengan pantas. Aku mengundur perlahan-lahan.

"Farisya...." Evan panggil aku Farisya? Dia dah lupa apa panggilan yang di panggil aku selalu? Apa yang dah jadi dengan Evan ni? Aku membuat muka pelik dan menggeleng sedikit.

"Sorry,I ingat tadi yang peluk I girlfriend I." Dia bahasakan I.Okay,rileks Airisya. Jangan ikut emosi. Aku terus keluar dari bilik itu dan menuju ke bilik menembak.

Aku mencapai pistol taurus 740FS dan menembak pokok dengan laju untuk melepaskan tekanan. Peluru habis,aku masukkan sehinggalah aku puas. Aku duduk dikerusi yang ada disitu. Aku menangis sepuasnya.

Aku ingat aku boleh lupakan Evan masa aku dengan Hae Jin tapi ternyata tidak. Aku tak boleh lupakan Evan. Teruknya aku. Aku hancurkan hati aku sendiri. Aku ketawa palsu sendirian.

"Bodohnya kau Airisya!" Aku menjerit dan ketawa. Terasa ada langkah dibelakang aku. Aku tau siapa tu. Dia sahaja yang berani mendekati aku bila aku marah. Tiada lain.

"Jangan dekat dan pergi. Aku taknak tengok muka kau." Kataku tegas. Langkah iti terhenti tapi dia tetap menuju kearah aku. Bahuku dipegang. Aku pantas pegang tangannya dan menariknya kedepan dengan laju. Aku sekat kakinya dan membalingnya kedepan.

Dia mengaduh. Aku terus menuju ke bilikku yang biasa. Aku tak tau Yonji dekat mana. Lantak dialah. Pepandai dia survive sendiri.

Pintu aku diketuk kasar. "Farisya! Please bukak pintu ni. You kenapa? Cerita dekat I. I ada buat salah dekat you ke? Come on,please tell me if I do." Aku menuju kearah pintu dan membukanya.

"Siapa nama aku dekat sini?"

"Farisya?"

"Siapa Elen?"

"Gf I.."

"Siapa you?"

"Haha,of course I Evan Gerdinne."

"You forgot all about me. I baru je pergi 4 bulan and this is what I got. I' ve thinking the wrong way. I want to suprise you and I thought you will say 'Jane! Welcome back! U know what,I really miss you.'. But I am totally wrong dude!!" Aku ketawa palsu dengan kuat.

Evan memandang mataku. "Maybe this is we ought to be." Aku berlalu pergi meninggalkan dia yang sedang termangu. Aku mencari kelibat Yonji dan melihatnya sedang berbual dengan Thomas.

"Yonji,jom balik!"Yonji berlari kearahku dan melambai Thomas,Kevin dan Haris. Aku hanya memberi senyuman pada mereka bertiga. Evan hanya memerhatikanku dengan wajah berkerut dan serius.

"Awalnya kita balik. Best tau tadi berbual dengan Thomas. He's such A sweet talker. I like it." Ujar Yonji dengan nada gedik. Aku hanya senyap.

______________________________________

Telefon aku berdering. Aku bangun dari pembaringan dan menggosok mata lalu mencapai telefon dan aku mengangkat panggilan tanpa memandang si pemanggil.

"Hai Jane,Selamat kembali bertugas. Ada tugas baru untuk anda." Aku terus berdiri. Aku memandang telefon. Matilah nak. Nasib ni telefon lama.

"Huh? Datang sana pon dikira kembali bertugas ke Han?" Han ketawa dihujung talian. "Of course Honey." Aku dah tak boleh nak senyum dah sekarang.

"I hantar dekat telefon ni tau." Aku hanya mengiyakan. Talian dimatikan. Beberapa saat selepas itu,ada MMS masuk. Aku membukanya. Selepas aku melihat tugasan itu,aku mencampak telefon aku keluar bangunan dan telefon itu meletop.

Telefon ke-6 bermaksud ini adalah kerja ke 6 untuk aku. Adakah ini yang sepatutnya gadis 18 tahun lakukan? Goshhh!!! Aku terus bangun dan memakai baju yang sepatutnya. Aku menuju ke bilik Yonji. Pintu diketuk.

"Ada apa Isya?" Laung Yonji padaku. Aku memberitahunya bahawa aku ada kerja dekat luar negara dan menyuruhnya agar menjaga rumah. Dia hanya berkata okay. Aku keluar dan menuju ke car park.

Kereta hitam berhenti dihadapanku dan aku masuk dengan pantas. Pemandu menghulurkan baju kepadaku. Satu butang ditekan dan penghalang antara aku dan pemandu naik perlahan dan aku menyalin baju dengan pantas. Penghalang itu perlahan turun kembali setelah aku selesai menyalin baju.

Aku memakai dress paras lutut bertali halus pada bahu. "Barang lain mana?" Tanyaku pada pemandu dan dia menunjuk di seat belakang. Aku mengambilnya.

"Dekat dalam tu ada bedak compact,gincu,pen,bedak serbuk,minyak wangi,mascara,and earphone. You tau kan apa kegunaan semua barang tu?" Ujar pemandu itu. Aku mencebik lalu menjawab,

"I baru pergi 4 bulan,bukan 40 tahun. Mestilah I tau. You ingat I budak-budak ke? Asalkan nampak muka I je,mesti benda ni wajib I buat. Dahlah amik masa lama pulak tu. Sampai hati Rish buat I macam ni?" Ujarku dengan nada merajuk. Rish mencapai tanganku.

"Rilekslah. You taukan you tu ace. Semua pasal you perfect. You je yang sesuai untuk misi ni." Aku ketawa ala comel. "I gurau jelah. Minta fail." Rish menghulurkan fail biru padaku.

NAMA: Dato' Lee Yong Xin
UMUR: 54 tahun
TEMPAT KERJA: Pemilik Syarikat GanHeight Sdn. Bhd.
FAKTOR: Disyaki memilik kilang dadah antara yang terbesar Asia dan memiliki kumpulan kongsi gelap antara yang paling ditakuti di Asia.
ORANG BERKAITAN: Kim Han Bin [anak luar nikah bersama orang korea][Orang yang menguruskan kongsi gelapnya]
MUSUH: Jeffry Hardin[Gorden Group]
KELEMAHAN: Perempuan

Aku mengeluh perlahan. Make up dimuka dibetulkan sedikit. Rish berhenti ditepi jalan. Kami menanti mangsa muncul dari bangunan syarikatnya.

"Good Luck Jane." Ujar Rish kepadaku setelah kelibat mangsa kelihatan. Aku memberikan senyuman pada Rish dan keluar dari kereta untuk melaksanakan tugasan.

Aku mengambil telefon dikocek dan berpura-pura bercakap ditelefon. Setelah mangsa semakin dekat,aku mula bercakap.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" Ujarku mendatar. Talian seolah-olah aku matikan. Air mata palsu keluar dan aku terduduk.

"Hi miss,are you okay?" Tanya mangsaku. Aku tersenyum dihati. Dia melututkan salah satu lututnya dan memegang kedua belah bahuku. Aku memeluknya secara tiba-tiba. Aku menangis dengan penuh perasaan. Habis nanti mata aku jadi panda. Aku belasah Han!

"Its okay. Come,I bring you to my home." Aku mengikutinya tanpa kata-kata. Aku memandang Rish diseberang jalan dan dia memberikan thumbs up pada aku. Aku tersenyum puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience