PART 19

Mystery & Detective Completed 9185

Kelasku telah selesai pada harini. Heaven weh,heaven! Balik je aku nak jumpa katil aku dulu. Rindu!

"Risya!" Seseorang menjerit memanggilku. Aku berhenti dan menoleh kebelakang. Senyuman paling manis aku hadiahkan pada Adriann.

"Penatnya I kejar you. Mana kawan you yang lain?"

"Diorang balik. Ada hal katanya. You ni nak apa?" Aku berjalan perlahan kearab kafe dan Adriann mengikut langkahku.

"I nak you. Boleh ke?" Aku ketawa sopan. Aku memandang Adriann dengan pandangan menggoda.

"You nak jiwa raga I pon I tak kesah." Adriann terus memeluk pinggang aku. Kami berjalan dengan mesra kearah kafe.

"Adriann!" Seorang wanita yang gila seksi datang kearah kami yang sedang duduk menikmati makanan. Sah,ex Adriann. Yang ni kategori tak boleh terima kenyataan. Aku ulang,Adriann adalah playboy kategori ANTARABANGSA.

"Hai Kate!" Adriann menyapa mesra wanita itu. Aku memberikan senyuman sinis pada Kate yang berdiri dihadapan kami.

"Adriann,siapa perempuan ni? I masih cintakan you tau!" Dah mula dah nak start drama gedik depan aku. Nak muntah tau tak?!

"Sorry Kate. I dah cakap I bukan jenis yang setia. Tu salah you sebab you yang terima." Serentak itu Kate memandang kearah aku.

Dia menyimbah air sirap pada bajuku. Weh,baju putih ni. Aku terus berdiri. Kuey tiaw milik Adriann aku capai dan aku tekap pada muja Minah tu. Aku bukan jenis senang untuk ditindas sejak setahun yang lalu.

"Berani kau!" Kate cuba untuk mencapaiku namun aku pantas mengelak dan aku sadung kakinya yang menyebabkan dia jatuh tersembam ke lantai. Semua ketawa!

Aku tersenyum sinis. Aku akan jadikan Kate mangsa aku. Kate bangun dengan pantas. Mata sudah merah tanda dia nak menangis. Aku merapati dia. Mulut dirapatkan pada telinga dia.

"Jangan cari pasal dengan aku. Kalau kau nak cari pasal bukan dengan aku,tapi Adriann. Kalau nak join jumpa aku malam ni dekat club Blue Diamond. Sharp pukul 11:00 p.m." Aku menegakkan badan kembali. Kate memandangku yang memberikan senyuman penuh makna padanya. Dia terus berlalu pergi meninggalkan kami.

"Adriann,temankan I pergi mall. I nak beli baju baru." Adriann mengangguk. Kami berjalan menuju ke kereta aku.

"Sorry. Sebab I tadi you kena simbah dengan air."

"Nah,its okay babe." Kelihatan Adriann tersenyum. Mestilah dia senyum,dah aku panggil dia babe. Cuba sebut babe dalam bahasa Melayu, tu memang sesuai untuk lelaki macam dia.

Tiba sahaj di mall,aku beli baju kemeja warna dan jenama yang sama. Selesai sahaja membeli baju,aku menghantar Adriann di kolej untuk dia ambil kereta dia dan aku pulang kerumah.

Laptopku berbunyi menandakan ada orang menghubungiku melalui skype. Wajah Hana dan Yonji terpampang serentak aku menerima panggilan itu.

"Weh!! Kau buat apa kat Minah tu duh? Teruk gila kau kerjakan!" Ujar Yonji sambil menunjukkan video aku mengenakan Kate di kafe petang tadi.

"Kesian dia weh. Tapi serius kelakar." Hana ketawa diikuti Yonji.

"Bagi pengajaran sikit je." Aku memberikan senyuman sinis pada mereka. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Kau rancang apa ni weh?" Tanya mereka berdua serentak. Aku memberikan kening double jerk pada mereka berdua dan mematikan panggilan. iPhone 6 dicapai dan nombor Han didail.

"Han,hipnosis someone guna phone. Pastikan kau dah set telefon tu. Nanti polis kesan mampus aku."

"Kau nak bunuh siapa pulak kali ni?" Nada Han kedengaran serius.

"Last aku bunuh dia. Lepas tu aku takkan bunuh orang sesuka hati. Aku janji." Ujarku bersungguh-sungguh.

"Okay. Nanti bagi aku isyarat." Talian dimatikan. Aku akan pastikan malam ni semua benda selesai.

Lepas membersihkan diri,aku memakai jeans legging blue black bersama singlet putih mengikut bentuk badan. Jaket berhoodie tidak lupa aku bawa.

"Akak,nanti cakap dengan abang,aku keluar dengan kawan jap." Aku terus berlari keluar menaiki superbike Ducati milik aku sendiri.

Selepas memarkirkan motor,aku masuk ke kelab Blue Diamond dengan gah. Jaket disangkut pada lengan. Rambut aku betulkan sedikit.

Aku memandang jam pada pergelangan tanganku. Tepat 23:00. Aku mencari kelibat Kate. Nak telefon dia,aku bukan ada nombor dia.

Mata aku melilau lagi. Jumpa! Dia sedang minum air setan dekat kaunter. Aku mendekati dia. "Lama ke kau tunggu?" Dia tidak memandang aku.

"Baru je." Jawabnya dingin. Aku tau dia marah aku sebab aku malukan dia tapi itu bukan salah aku.

"Kau nak aku buat apa?" Tanya dia sambil mata melihat sekeliling.

"Senang je. Aku nak kau call Adriann and cakap dengan dia untuk pergi dekat Hotel GalarHeight. Kau tempah hotel tu sekarang. Aku bayar,jangan risau tapi atas nama kau. Cakap dekat dia kau nak bagi dekat something dekat dia untuk kali terakhir sebelum kau pergi abroad." Panjang lebar aku jelaskan. Kepala Kate mengangguk-mengangguk mungkin memikirkan idea aku.

"Okay."

"Bagi aku nombor kau." Kate memberikan nombor telefonnya pada aku. Aku menghantar pada Han untuk tindakan seterusknya.

Nak buat jenayah kena bijak. Kalau cuai kau bahaya. Aku memakai make up yang cukup untuk orang tidak mengenal pasti aku. Lagipun aku dah tau Kate takkan pandang aku sebab tak nak orang curiga.

Tepat jam 24:00,aku membawa Kate keluar dari kelab setelah Kate menelefon Adriann dan menempah hotel. Aku menuju ke car park. Tiba-tiba telefon Kate berbunyi dan Kate mengangkat.

Aku memandang Kate. Pandangan matanya kosong. Aku tersenyum kemenangan. Kate memasukkan telefon pada begnya dan berjalan menuju ke keretanya. Semua dah selesai!

Aku nak balik. Nak tidur!! Penatnya!! Semua musuh sudah aku hapuskan. Tiba masa untuk aku cuci tangan dari bunuh yang aku benci.

®®

Hari minggu adalah hari untuk aku berehat bersama keluarga untuk pertama kalinya sebagai keluarga yang lengkap. Aku tak tahu nak cakap dekat family aku pasal pekerjaan sebenar aku.

Aku mencapai surat khabar hari ini. Tajuk utama ialah: Pelajar kolej hampir membunuh bekas teman lelakinya akibat dendam.

Aku tersenyum sinis. Kesian kau Kate. Maaflah sebab aku jadikan kau kambing hitam aku. Keluarga Kate telah aku berikan duit cash bernilai RM 2,000,000 sebagai tanda minta maaf.

Kalau nak bagi melalui bank nanti dapat kesan. Susah!

"Mummy,ayah,akak,abang. Sini jap. Adik nak cakap something." Mereka semua duduk membentuk bulatan dirumput.

"Semua nak tau adik kerja apakan?" Semua mata menumpu 100% pada aku. Norvos polak!(Nervous pulak)

" Tau tak International Elves Spy?"

"Tu bukan syarikat risikan terkenal dengan mission berbillion ke?" Kakak bersuara. Aku mengangguk.

"Jangan cakap adik kerja dekat situ dan adik terlibat dalam mission tumpaskan perniagaan dadah Gorden Group?" Nada tegas ayah kedengaran dan aku mengangguk perlahan.

"Dan yang paling teruk sekali,adik adalah ketua kumpulan tu." Aku memandang mereka semua. Abang dan kakak terkelu. Tak sangka memiliki adik yang berkelebihan begini.

Muka ayah merah tanda ayah sedang menahan marah. Mummy dah menitiskan air mata. "Kenapa adik join? Adik tau tak benda tu bahaya?! Kalau adik terbunuh macam mana?! Adik tu anak kami!" Marah ayah sudah meletus. Kakak menggosok bahu mummy untuk menenangkan mummy.


"Adik minta maaf tapi itu jiwa adik. Adik suka kerja tu." Aku cuba memujuk ayah agar membenarkan aku terus kerja di situ namun hampa,ayah tak benarkan.

"Tolong ayah! Bagilah adik kerja dekat situ lagi 2 tahun je. Lepas kontrak adik habis,adik berhenti. Ayah nak ke adik kena bayar saman berbillion?" Amik kau. Aku harap kalau aku ungkit pasal saman,ayah akan benarkan. Kedengaran ayah menghela nafas berat.

"Baik. Ayah benarkan tapi cuma 2 tahun. Dalam tempoh 2 tahun tu kalau adik cedera walaupun sekali,ayah tak kesahlah kena bayar berbillion ke trillion ke,adik kena berhenti." Aku dah tersenyum kemenangan.

"Thanks ayah." Akhirnya masalah terakhir selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience