PART 20

Mystery & Detective Completed 9185

Dua tahun kemudian,

Aku sudah berhenti dari menjadi agen. Han juga begitu kerana dia......jeng...jeng...jeng..

"Adik,tolong akak susun barang kat atas katil tu." Jerit akak. Aku membuat apa yang disuruh. Rumah Mummy dan ayah sedang kecoh sebab akan ada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung esok. Antara siapalah agaknya?

Hana dan Yonji sedang menolong mummy mengemas bahagian bawah. Alhamdulillah,Hana sudah bertunang dengan Rish. Entah macam mana boleh terjalin aku tak tau. Tetiba je. Aku dengan yonji pon terkejut.

Yonji pulak,dia tengah menjalinkan hubungan dengan sorang Mamat dari China yang study dekat kolej kami. Dari awal aku dapat detect Mamat tu suka Yonji. Aku ni bekas profesional perhatikan gerak geri oranglah.

Kin Hae Jin. Okay yang ni kelakar. Masa dia balik korea sebab nak kejar Eun ji,Eun Ji sedang makan di ruang tamu dengan family besar dia tapi Kim Hae Jin main terjah je. Dia dapat malu besar. Aku tipu je. Eunji manalah suka orang tentukan masa depan dia.

Mark. Han dah kembalikan ingatan asal dia. Jadi sekarang dia kembali menjadi Kim Han Bin. Ingatan yang diingat ialah aku kerja bersama dia dan Han buat memori baru. Aku berhenti kerja sebab dia pecat aku.

Evan dan Elen. Pergi mampus. Aku tak nak jumpa diorang. Buat sakit hati je. Dengar kata dah kahwin. Lantaklah. Kesah apa aku.

Aku,aku dah berhijrah tapi tak mendadak. Aku mula dengan pakaian yang sopan dulu dan baru-baru ni aku jinakkan diri dengan memakai tudung.

Kate,aku baru jumpa berdepan dengan dia minggu lepas. Dia akan dibebaskan lagi 3 tahun lebih. Kate atau nama sebenar dia Katherine Haryana seorang gadis kacukan inggeris-Melayu. Aku dah berurusan dengan kerajaan agar bila Kate keluar dari penjara,dia tak ada data banduan dan semua selesai.

Kate dah maafkan aku dan berterima kasih dekat aku sebab dekat penjara dia dapat belajar banyak beda pasal agama dan kehidupan. Terharu tau tak!

"Adik,tolong akak pakaikan inai." Aku menuju kearah akak untuk memakaikan inai padanya.

"Akak dah sedia?" Akak tersipu. Dia akan berkahwin dengan Han. Yes Han. Aku setuju sangat sebab Han baik dan bertanggungjawab.

Lepas sahaja aku siap pakaikan akak inai,aku turun bawah. "Adik,ada orang nak jumpa kamu dekat luar." Kata mummy. Siapa pulak nak jumpa aku ni.

Kelihatan seorang lelaki berpakaian kasual membelakangi aku. "Yes ada apa Encik nak jumpa saya?" Aku menegurnya dengan sopan. Perlahan-lahan tubuh itu menghadap aku.

Aku tergamam. Dia,seorang yang aku rindu,terlalu rindu. Aku sedar aku dah jatub cinta dekat dia sejak dia tinggalkan agensi tu. Dia banyak gembirakan aku dalam keadaan aku tak sedar. Senyuman dia,mata dia,gerak geri selalu mendapat perhatian aku.

"Kim Han Bin." Walaupun berat untuk aku lafazkan nama tu,tapi dialah yang berdiri didepan aku. Dia pantas memelukku erat.

Aku terkelu sebentar. "Saya minta maaf sebab pecat awak. Saya....saya betul-betul tak sengaja. Saya dah taknak rasa kehilangan lagi. Saya dah tak sanggup nak menangis sebab perkara yang sama. Syarifah Airisya Farisya, saya cintakan awak. Please marry me." Apakah? Alamak,cinta kau berbalas.

"Saya tak berhak nak buat keputusan. Apa kata awak jumpa mummy and ayah saya?" Kim Han Bin memberikan senyuman. Dia terus meninggalkan aku dan masuk kedalam rumah. Aku tersenyum nipis.

"Uuuuuuuu!!!" Aku pandang kearah suara itu. Hana dan Yonji menuju kearahku.

"Untunglah,cinta tak bertepuk sebelah tangan." Aku tersengih. Bahagianya aku.

Aku harap aku bukanlah watak antagonis dalam diri aku sendiri. Menyimpan dendam,cuba membunuh orang,membunuh orang,mengenakan orang. Aku fed up.

Aku harap aku akan teruskan hidup bersama keluarga berlandaskan agama. Happy ending sebagai seorang bekas ANTAGONIS.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience