PART 15

Mystery & Detective Completed 9185

Yonji,Hana,Hazwan dan Kim Hae Jin sudah sedar dari 'tidur' mereka. "Airisya! Apa kau dah buat ni? Lepaskan aku weh!" Hana menjerit sambil menggerakkan badannya meminta aku melepaskan. Hell no baybeh!

Aku mendekati Kim Hae Jin dan duduk diatas pehanya. Aku mengelus wajahnya dengan jari telunjuknya dengan cara menggoda. "I sebenarnya bukan nak susahkan you,tapi you yang minta semua ni. I dah start sayang you tapi ini yang you balas." Bibirnya aku cium dengan rakus untuk menaikkan nafsunya. Apabila nafsunya sudah naik,aku bangun dan menuju kearah Hana.

"Hai BFF!" Aku menekankan perkataan BFF itu. "Risya,aku minta maaf sangat-sangat. Aku datang sini untuk minta maaf dengan kau untuk semua yang aku dah buat. Please maafkan aku." Air mata Hana keluar. Aku mengelap lembut air matanya lalu aku tampar kuat wajah dia. Terdapat kesan merah pada wajahnya dan darah pekat pada hujung mulutnya.

"Apa semua ni weh?!"

"Rileks lah weh. Jangan marah-marah. Kau yang minta semua ni. Aku bagi jelah. Aku dah warning awal-awal,jangan pernah main dengan api tapi kau bukan nak padam tapi makin marakkan." Aku ketawa jahat. Aku berjalan mengelilingi mereka.

"Aku bukan nak susahkan korang,tapi korang yang paksa aku buat macam ni. Aku tak pernah kacau korang. Korang yang mulakan dulu. Aku takkan buat macam ni kalau kauorang tak kacau keamanan aku." Kataku. Kim Hae Jin kelihatan panas. Kesianlah pulak. Aku mengambil ubat didalam beg aku dan aku menyumbat paksa dalam mulut Kim Hae Jin untuk ditelan. Aku bagi dia air mineral.

Baru dia kelihatan tenang. "Thanks." Dingin saja bunyinya.

"Aku buat semua ni sebab kau ada semua yang aku tak ada. Kau kaya,kau cantik,kau pandai. Semua nak rapat dengan kau. Aku tak ada semua tu." Aku dah ternganga.

"Hana,cuba kau fikir. Kalau kau tak kaya,macam mana kau boleh ada semua ni? Aku tak ada sesuatu yang aku nak dari kecik tapi kau ada. Setiap hari aku rasa dengki dengan kau. Kau penuh dengan kasih sayang. Kau ada mama dan papa kau yang perhatian dengan kau. Aku?? Kau tak fikir. Aku tak perlukan kekayaan,kecantikan dan kepandaian. Aku cuma nakkan kasih sayang yang kau ada." Air mataku mula menitis. Hana melihatku lalu menundukkan mukanya. Aku tau dia sedang memproses kataku.

"Dan yonji,aku ingat kau dah insaf rupanya tak. Kau ni cukup untuk aku tafsirkan tak kenang dek untung. Aku dah minta maaf dekat kau. Kau nak apa lagi? Aku dah cukup bersabar dengan kau. Kalau kau tak cari pasal dengan aku,aku takkan buat semua ni."

"Aku geram. Kau faham tak aku geram! Mula-mula kau datang dekat kolej tu,semua tengok kau dan kau senyum dekat diorang tapi bila tiba dekat aku,kau buat muka selamba dek je. Aku nak kawan dengan kau tapi kau tak pernah pandang aku."

Aku menghela nafas berat. "Time tu kau jeling aku. Aku ulang lagi,JELING. Kau ingat aku nak senyum dekat orang yang jeling dekat aku?" Aku menggelengkan kepala. Aku duduk dibirai katil menghadap mereka. Eh,baru aku perasan, dari tadi Hazwan tak bersuara.

"Hoi! Boleh pulak kau tidur!" Aku menyimbah air pada wajah Hazwan. Dia terkejut dan matanya terbuka luas.

"Hazwan..eh,bukan Hazwan tapi Fauzan Akmal. Kau pecah masuk rumah orang dah 3 kali bulan ni. Haih,kenapalah kau buat semua tu? Kerja berlambak dekat dunia ni,tapi kenapalah kau buat kerja susah macam tu?" Fauzan a.k.a Hazwan terkejut.

"Macam mana kau tau?" Soal Fauzan. Aku hanya tersenyum sinis.

"Aku akan lepaskan korang kalini. Aku tak jadi nak bunuh korang. Silap aku juga sebab tak cuba mendalami hati korang. Han,nak cek." Aku mengambil cek yang dihulurkan Han dan mencatat jumlah RM 500,000 diatasnya lalu aku serahkan pada Fauzan.

Mereka telah dilepaskan dari ikatan. "Kau nak aku buat apa dengan duit ni?" Tanya Fauzan yang sedang terpinga-pinga.

"Duit tu untuk kau guna sampai kau dapat kerja. Mark akan tolong kau cari kerja. Ingat,lagi sekali aku dapat tangkap kau buat kerja tak berfaedah tu,siap kau aku kerjakan." Fauzan tersenyum dan mengangguk.

"Hana,kalau kau dah fikir dalam-dalam apa yang aku cakap,baguslah. Tak perlu aku nak jelaskan lagi sebab bagi aku kasih sayang keluarga lagi penting dari semua benda." Hana mengangguk dan dia pantas memelukku.

"Aku minta maaf. Aku betul-betul minta maaf!" Hana menangis teresak-esak. Aku menggosok belakangnya perlahan. "Aku maafkan." Kami meleraikan pelukan.

Yonji menundukkan wajah. "Silap kau tau Yonji,bukan aku. Aku pun sebenarnya nak kawan dengan kau masa first time aku masuk situ sebab aku tau kau budak pandai dan cantik tapi disebabkan kau jeling dekat aku,terus aku cancel. Bukan silap aku." Yonji mengetuk kepala aku lalu pantas memelukku.

"Sorry." Ringkasnya lahai. "Sedap-sedap kau ketuk kepala aku,lepas tu kau minta maaf." Aku dan Yonji ketawa serentak.

Aku,Yonji dan Hana berpelukan. Tiba-tiba terdengar bunyi deheman. "Oh lupa. Kim Hae Jin,aku tau kau sebenarnya sukakan minah nerd a.k.a Rin Eun Ji. Pergi confess dekat dia sebab aku dengar mak ayah dia nak jodohkan dia dengan musuh sejati kau." Kin Hae Jin membulatkan mata.

"Seriuslah weh!" Aku mengangguk bersungguh-sungguh. Kim Hae Jin sempat mengucapkan terima kasih pada aku sebelum pergi.

"Dia minat Eunji ke? Mana kau tau?" Tanya Hana pada aku. "Adalah. Oh ye,Hana,kau terrorkan bab teknologi?" Hana mengangguk. "Yonji,kau pulak terror bab penyamaran and penggubahan watak. Betul?" Yonji juga mengangguk. Aku memandang Han.

"Kau pasti?" Tanya Han pada aku. Aku dengan penuh yakin mengangguk.

"Aku nak tawarkan kerja untuk korang." Hana dan Yonji berpandangan sebelum memandang aku semula.

"Kerja apa?" Aku membuat kening double jerk sebelum menjelaskan semua benda.

"Aku fikir kau kerja dengan mafia." Ujar Yonji sambil.menyumbat pizza dalam mulut. Hana sedang menonton TV. "Hana,ambik laptop kau. Aku tak bawak laptop aku." Hana terus menuju keatas dan mengambil laptopnya.

"Gila kau aku nak kerja dengan mafia. Mampus aku weh." Jawabku.

"Apa yang sebenarnya kau nak kitorang buat?" Tanya Hana sambil menghulurkan laptopnya pada aku.

"Aku nak Hana godam maklumat sebenar tentang lelaki ni dan Yonji latih beberapa orang yang akan aku upah dari syarikat lelaki tu menjadi seorang yang mesra dan menggoda." Aku menunjukkan gambar dan maklumat Lee Yong Xin pada mereka.

"Kau gila! Dia ni berpengaruh kot!" Aku tau Hana pasti mengenali lelaki ni sebab Hana boleh dikira tahu tentang sesiapa sahaja yang popular dalam bidang perniagaan. "Aku tak gila cuma nak selesaikan masalah negara je."

Yonji menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Berapa orang yang kau nak aku latih?" Aku menunjukkan 4 angka menggunakan jari. Yonji mengangguk kepalanya.

"Sorrylah aku terpaksa libatkan korang dalam semua ni. Orang yang pro pasal teknologi kitorang mati minggu lepas sebab kena tembak. Yang pro bahagian Yonji pulak tarik diri sebab suami dia suruh."

"Takpe. Kitorang okay je."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience