PART 14

Mystery & Detective Completed 9185

Aku menuju kearah Kim Han Bin yang sedang makan. Aku menepuk bahunya. Dia memandang kebelakang dan matanya mengikut gerakku hingga aku duduk di hadapannya.

"Yes Jane. Anything I can help?" Aku menyengih menayangkan gigiku. "Mark..........Can you help me on one thing? Its very simple." Yes,identiti baru Kim Han Bin ialah Mark Lee. Still guna nama keluarga dia tau. Sejahat aku,ada juga good side. Cewahh.

"Apa dia? Aku penatlah weh." Aku mencebik. "Ala kau ni. Kawan sendiri pon nak kedekut tenaga." Kataku dengan nada merajuk.

"Ish kau ni. Yelah,apa dia?" Aku menyengih lagi. Kerusi aku dekatkan dengan dia.

"Aku nak kau goda sorang perempuan ni. Nama dia Yonji. Lepas kau berjaya goda dia,aku nak kau 'hancur'kan dia. Jangan bagi sesiapa tau." Mark hanya mengangguk lalu pergi bersiap. Gambar yonji telah aku hantar melalui wassap.

Aku dapat tau dari maklumat yang Han bagi bahawa Yonji dan Hana merancang untuk mengenakan aku melalui seorang lelaki. Aku dah dapat tau siapa lelaki tu. Mengikut maklumat,lelaki itu akan bertindak harini.

Aku akan pastikan Hana dan Yonji tidak akan wujud dekat dunia ni lagi dalam masa 3 bulan bermula dari sekarang. Kim Hae Jin akan aku lepaskan disebabkan Kim Han Bin. See,aku baik tau.

Aku keluar dari Syarikat dan menuju ke Pavillion untuk membeli barang penjagaan wajah aku yang dah nak kehabisan Stock. Sedang aku berjalan,aku terasa macam ada orang follow aku. Aku mengambil telefon dan berpura-pura meletakkan phone pada telinga perlahan and aku nampak lelaki yang Hana dan Yonji upah untuk menghancurkan aku.

Aku berjalan dengan tenang. Menuju ke Starbuck dan menikmati kopi. Tiba-tiba seorang lelaki duduk dihadapan aku. "Hai,boleh kenal?" Tanpa sedar aku tersenyum sinis. Boleh,boleh sangat!

"Kenapa awak nak kenal dengan saya? Saya tak pernah nampak awak pon."

"Sebab tulah saya nak kenal dengan awak. By the way,saya Hazwan Akmal. Just call me wan. I am a pilot. You?" Dia memperkenalkan dirinya. Semua itu adalah dusta. Aku kenal dia. Semua database dia dari kecik sampai besar,aku tau.

"Oh,saya Airisya. Nice to meet you wan." Kataku dengan nada misteri. Dalam masa sehari,kami menjadi semakin rapat dan setelah dua bulan,dia semakin berani. Dia mula menyentuh aku. Banyak kali dia meminta lebih dari itu dan aku menolak. Aku dapat tau bahawa malam ni,mereka akan melaksanakan rancangan yang sebenar. Aku menuju ke tempat yang mereka rancang.

Aku berjalan menuju ke arah penjaga kaunter. "Hey bro. Nak tanya sikit boleh?" Dia berjalan kearahku dan dengan melihat ekspresi dia,aku dapat tau bahawa Hana dan Yonji bertindak lebih awal dari aku.

"Yes miss. Anything?" Cina rupanya. Muka macam Melayu. Aku memberi senyuman 'paling manis' pada lelaki dihadapanku. Beg diseluk dan dikeluarkan cek lalu aku serahkan pada lelaki itu.

"Cukup?" Tanyaku sinis. Lelaki itu menelan air liur apabila melihat angka yang aku tulis diatas cek itu. Iti duit aku okay. Tak mainlah duit mak bapak ni. 6 kerja aku buat,semua nilai berjuta berbilion.

"Untuk apa ni miss?" Apa punya soalan bodoh Mamat ni. "Aku nak kau jangan buat apa Minah tu nak kau buat pada aku tapi dalam masa yang sama aku nak kau pura-pura buat. Faham?" Dia mengangguk laju. Aku pasti lepas ni dia takkan kerja lagi. Banyak tu aku bagi. 3 keturunan memang tak habis. RM 3,000,000.

Aku keluar dari kelab itu dengan memakai topeng mulut dan berjalan dengan selamba. Jangan pernah korang nak buat jenayah lepas tu perhati sekeliling. Buat biasa je. Jangan perhati sekeliling. Orang akan perasan korang adalah orang yang mencurigakan.

Siang melabuhkan tirai dan malam menyapa. Aku menyiapkan diri. Dress merah hati tanpa tali aku pakai. Wedges merah terang aku padankan padaku bersama beg bewarna hitam. Solekan seksi dikenakan pada wajah.

Done! Aku menaiki kereta ferrari kepunyaan Han menuju ke club. "Hazwan, saya dah sampai." Aku menghubungi Hazwan. Tidak sampai 3 minit,dia muncul dipintu masuk kelab.

"Wow babe! You look damn hot!" Dia memeluk pinggangku dan membawaku masuk dan merempuah kesesakan orang tengah menari. Ada yang tengah mabuk. Kelibat dua orang wanita yang membelakangiku Agak mencurigakan. Melihat bentuk badan dan ketinggian, aku dah dapat agak siapa. Aku tersenyum penuh kejahatan.

"Babe,awak duduk sini jap. Saya nak panggil kawan saya." Aku mengangguk membenarkan dia pergi. Lelaki iaitu butler petang tadi menuju kearahku dan memberikan dua cawan berisi coke pada aku.

Terdapat satu kertas kecil diatas dulang. Aku memandang kearahnya dan dia memberikan senyuman. Butler itu berlalu pergi.

Cawan yang ada tulisan ada pil khayal.

Aku tersenyum. Aku mengambil cawan yang tidak mempunyai tulisan lalu aku teguk rakus. Haus weh! Tiba-tiba ada tangan memelukku dari belakang. Hazwan duduk disebelahku.

"Awak dah minum dulu. Kenapa tak ajak saya?" Nada merajuk kedengaran. Ceh,macam aku kesah. Aku hanya senyum sahaja. Dari setiap sudut, watak yang telah aku upah bersedia untuk melaksanakan tugasan.

Hazwan meneguk air coke cawan yang mempunyai tulisan. Aku tersenyum sinis. Aku berpura-pura memegang kepalaku. " Hazwan, saya nak balik. Kepala saya rasa pening ni."

"Hah,yeke? Jom saya bawak awak balik." Aku mengangguk lemah. Aku memandang orang upahanku dan memberikan mereka isyarat untuk melaksanakan tugasan.

Aku diletakkan di kerusi sebelah pemandu. Kunci kereta aku tadi sempat aku serahkan pada salah seorang watak upahanku. Honda HR-Z itu bergerak laju membelah jalan raya. Hazwan perlu sampai sebelum 11:00 p.m sebab dia minum air tu pukul 10:30 dan pil itu hanya ambil masa 30 minit untuk bertindak.

Seperti yang dirancang,10:55 p.m Hazwan telah tiba di sebuah rumah banglo yang aku kenali. Banglo milik Hana. Hazwan mencempung tubuhku memasuki rumah itu dan membawaku ke sebuah bilik.

10,9,8,7,6,5,4,3,2....1. Hazwan pengsan. Aku bangun dan mendail nombor watak upahan rancangan aku. "Dia dah pengsan. Cepat bawak minah dua orang tu dengan mamat ti sekarang. Map aku dah hantar." Talian aku matikan pantas. Badan Hazwan aku ikat di kerusi tapi sebelum itu,semua badannya aku cek bagi memasti tiada bahan yang tajam untuk memudahkan dia lepas dari ikatan aku.

Kedengaran pergerakan dari luar. Aku keluar dari bilik itu. "Bawak diorang naik atas." Watak upahan 1,2 dan 3 membawa mangsa keatas dan kami ikat dia sama seperti aku ikat Hazwan. Ubat ni ambil masa 3 jam nak sedar. Lamanya! Apa aku nak buat ni?

"Han,tolong aku ambikkan video game dekat kereta." Yes. Kenapa aku bagi nama watak upahan? Sebab watak upahan satu which is Han,adalah orang yang bertanggungjawab menggoda Yonji dan Mark merupakan watak kedua untuk menggoda Hana. Bagi Kim Hae Jin pula,aku mengupah Tisha iaitu junior aku yang paling aku rapat untuk menggoda mamat tak sedar diri tu.

Rancangan aku akan berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience