PART 18

Mystery & Detective Completed 9185

Setelah lama menunggu,akhirnya operasi akan bermula harini. Semua sudah memakai pakaian untuk watak yang mereka akan bawa.

"Group Hot 1. Masuk!" Aku memberikan arahan. Hot 1 terdiri daripada 2 orang gadis yang aku upah dari syarikat untuk menggoda Jeffry. Mereka telah diajar martial arts untuk memperoleh lebih lagi kepercayaan.

Sekarang kami berada di pusat pengurusan dadah oleh Jeffry. Anak buah jeffry merangkap ketua bahagian maklumat menyebabkan semua maklumat palsu diperoleh. Seperti yang dijangka, Dato' Lee Yong Xin tidak memiliki kegiatan haram.

Setelah aku mendapat isyarat dari Hot 1,aku menyuruh Squad Active masuk dengan senyap untuk memerhati sekeliling dan bila isyarat clear diterima aku masuk bersama pasukan aku.

Kelihatan dua orang lelaki berbadan tegap berkawal didepan pintu. Angka 2 aku tunjukkan menandakan dua orang perlu mara dan menumbangkan dua lelaki tersebut dan mereka berjaya. Kami masuk untuk menuju ke lokasi tempat jeffry sedang mengira 'barang' yang akan dihantar ke Amerika untuk dikomersialkan disana.

"Jangan bergerak,anda telah dikepung!" Aku menjerit. Semua memandang kerahku dan setiap mereka mengeluarkan pistol dan memacukannya kearah pasukan aku.

"Serahkan diri sebelum kami melepaskan tembakan." Aku mengigit mereka. Jeffry tersenyum sinis.

"Macam mana kau boleh tau operasi aku dekat sini? Kau ingat aku senang-senang je nak menyerah. Setakat agent macam kau ni apalah sangat." Jeffry bercakap besar. Aku tersenyum sinis.

"Kita tengok je." Jawabku ringkas namum padat. Salah seorang dari ahlinya melepaskan tembakan pada aku tapi aku pantas mengelak. Pesta tembak menembak bermula. Sedang aku melepaskan tembakan,kelibat seorang gadis yang aku kenali kelihatan.

Kenapa dia dekat sini? Oh aku lupa,bapak dia dah bankrupt 4 bulan lepas. Peluang cerah untuk bunuh dia tanpa di hukum. Aku menetapkan sasaran lalu tembakan aku lepaskan. Tepat!!

Setelah hampir 45 minit kami bertarung, pasukan jeffry akhirnya tumpas. Aku menuju kearah wanita tadi. Masih hidup tapi tinggal nyawa-nyawa ikan. Kesian.

"Hai Kaila Maisarah. Long time no see huh?" Musuh sejati merangkap pembuli aku. Akhirnya aku dapat juga peluang untuk bunuh kau.

"Kau! A.. aku p.. pas...pasti kau a...ad....adalah Ai....Ri...sya! Kurang ajar kau!" Dia cuba mencapai aku tapi pistol yang telah aku pasang silencer aku letak dekat pada jantungnya dan tembakan aku lepaskan.

"Sorry girl!" Ujarku sinis. Aku berjalan menuju ke pasukanku dan kami beredar. Polis akan menguruskan mayat mereka semua.

Alah,Adriann. Macam mana aku nak balas dendam dekat dia ni?Hmm. Nanti jelah aku fikir. Aku nak rehat sekejap. Aku,Hana dan Yonji pulang menuju ke rumah masing-masing. Aku dah memindahkan semua barangku kerumah mummy dan ayah dan harini aku akan tinggal dengan mereka.

"Akhirnya,kau akan tinggal dengan kitorang." Akak menyambut kedatanganku. Aku menghentakkan punggung aku disofa. Kakak mengambil tempat disebelah kananku dan abang mengambil tempat dikiriku. Dengar cerita,masa abang dapat tau kak Syazwa adalah kakak dia,dia meroyan habis sebab dia tak suka akak syazwa.

Sebab.....sebab kak Syazwa banyak cari pasal dengan dia dekat twitter. Kelakar siot. "Dik,esok kitorang ingat nak pergi ice skating. Nak ikut tak?" Tanya abang. Mereka memandangku penuh harapan agar aku ikut.

"Boleh ke kalau aku cakap tak nak?" Tau sangat kalau aku cakap tak nak,diorang akan paksa. Sembang je bagi aku buat pilihan padahal tak.

Mereka menyengih. "Jom tidur dik. Memandangkan mummy and ayah honeymoon kali kedua,esok kita buat party." Cadang abang. Perangai dajal adik beradik ini masih belum hilang lagi. Tak tau bila naj dapat hidayah.

"Okay. Jom kak." Aku berjalan dengan longlai menuju keatas. Pada tangga ke-5 abang mencempungku. Katanya takut aku tergolek kebawah sebab nampak aku jalan lemah sangat. Sayang juga abang aku dekat aku.

"Abang,apa jadi dengan ibu and Arfan?" Aku tanya pada abang ketika dia baru sahaja landing disebelah kir aku. Kanan ialah kakak.

"Aku dengar ayah dah ceraikan dia dan bagi diorang RM 1 Juta. Arfan dah pergi abroad untuk belajar." Aku mengangguk. Mata semakin kuyu. Kakak dan abang memelukku dan kami tidur buat pertama kalinya sebagai adik beradik yang lengkap dan bahagia.

®®
Aku membuka mata. Kiri dan kanan dah tak ada manusia. Aku bangun dan membersihkan diri. Dah berapa bulan aku minta tangguh pergi kolej. So,harini aku akan pergi.

Aku memakai kemeja plain putih yang di masukkan kedalam seluar. Rambut diikat kuda. Make up natural dikenakan pada wajah. Aku turun ke bawah.

"Morning guys!" Sapa aku pada semua. Aku mengambil tempat disebelah abang. Sandwich keju diambil dan dimasukkan dalam mulut.

"Siapa buat ni bang?" Tanya aku pada abang dengan mulut yang masih penuh dengan sandwich.

"Akak yang buat. Kenapa? Tak sedap ke?" Aku memandang akak yang sedang datang sambil menatang dulang berisi jug.

"Taklah. Sedap je....cuma adik punya lagi sedap." Aku ketawa. Akak dan abang mencebik serentak.

"By the way,mana mak mah?" Tanya aku. Mak mah merupakan pembantu rumah ni. Dah lama juga dia kerja dengan mummy.

"Mak Mah cuti. Anak dia bersalin." Aku membuat mulut '0'. Selesai makan,aku terus pergi kearah kereta dan memanaskan enjin. Beg tangan bertali panjang jenama Gucci tidak lupa untuk dibawa.

Tiba sahaja di universiti,banyak mata memandangnya. Banyak juga budak saling berbisik namun aku endahkan. Aku harap diorang tak cari pasal. Aku rasa ada orang jalan belakang aku seolah-olah mengikut langkahku.

Langkah itu semakin laju dan aku stop mendadak. "Aduhhhh!" Aku terus pandang belakang. Au ketawa menutup mulut. Kesian, macam nangka busuk.

"Ketawa pulak kau! Tolonglah kitorang. Sakit tau tak?!" Hana memarahi aku. Aku menghulurkan kedua tangan aku untuk dicapai Hana dan Yonji.

"Korang buat apa dekat sini?" Soalku pada mereka sambil aku berjalan menuju ke dewan kuliah kelas bussiness.

"Aku nak buat catering. Tak nampak aku bawak lori catering?" Jawab Yonji dengan loya buruk.

"Aku pulak nak bersihkan universiti. Tak nampak aku pakai baju cleaner ni?" Hah,baguslah. Dua-dua loya buruk dengan aku.

"Malaslah aku nak layan korang." Aku terus berjalan laju kedepan dan diikuti mereka berdua yang sedang ketawakan aku. Kuajaq!!

Masuk je kelas,kami terus mengambil tempat duduk di kerusi barisan ke-5. Dua orang lelaki datang ke arah kami. "Hye girls." Salah seorang darinya menyapa kami. Kami memandang mereka berdua.

"Hye Adriann." Aku tersenyum sinis. Akal sudah berpusing untuk membunuh Adriann. Jahat aku pada orang yang cari pasal dengan aku sahaja. Kalau setakat Adriann ketawa dan tak peduli ketika aku dibuli oleh Kaila,aku tak kesah tapi dia dah buat sesuatu yang hampir menghancurkan hidup aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience