PART 5

Mystery & Detective Completed 9185

"Kau pergi mana semalam?" Hana memulakan sesi soal jawab setelah kami selesai makan aiskrim. Nak terus terang ke tak? Haih....

"Erm...semalam..." Aku menceritakan kesemua yang terjadi pada hari semalam. Hana tercengang dan Park Yi An membuat muka terkejut.

"Perlu ke korang buat ekspresi muka macam tu?" Soalku pada mereka. Aku menyuap kentang goreng dalam mulut sambil memandang wajah mereka berdua.

"Kau tau tak sunbae tak pernah bagi perempuan naik superbike dia dan dia paling tak suka perempuan yang dia tak kenal masuk bilik dia. Kau ni...kau ada apa² ke,dengan sunbae?" Laju saja aku menggeleng untuk menafikan dakwaan Hana.

Betul ke? Kira aku orang keberapa naik superbike dia? Bangga aku. Tapi aku belum jatuh cinta lagi dengan dia. Bagi aku ada sesuatu yang sesuai dengan sunbae tapi tak ada pada sunbae. Apa yek?

"Dahlah. Jom balik. Lepas ni ada kelas lagi. Hana nanti tunggu aku dekat lobby tau." Aku berlalu pergi menuju ke business management department. Bilik kuliah 4 dicari.

Aku mengambil tempat duduk ditengah-tengah. Hana sepatutnya dengan aku tapi dia ponteng kelas semata-mata nak pergi tengok konsert exo dia. Jadah je. Tapi macam ramai yang tak ada sebab sekarang aku berseorangan dekat bilik kuliah.

Pintu terbuka. Terpacul wajah sunbae. Alamak,mampus aku. Sunbae melabuh kan punggung disebelah aku. "Siapa nama awak? Asal mana? Dan ayah awak kerja apa?" Mak aih, banyak soalan dia. Tarik nafas dan hembus.

"Nama saya Nur Airisya Farisya. Asal Malaysia dan ayah saya seorang doktor pakar jantung. Extra,mummy saya pemilik Syarikat kosmetik,BeautyHall Sdn. Bhd. Mummy and ayah dah bercerai." Jawabku. Aku memandang kehadapan kembali sambil tangan bermain dengan pen.

"Jadi awak dekat korea ni sorang?" Aku mengiyakan. Prof Han masuk. Dia memandang kami berdua. "Kamu berdua je harini?" Soal Prof Han. Kami mengangguk serentak.

"Haih,apa nak jadi dengan budak sekarang. Disebab hanya ada kamu berdua je,saya akan naikkan markah damerit(hentam??) kamu berdua. Lagi satu,disebabkan Airisya budak baru,saya nak Kim Hae Jin terangkan syllabus 1 hingga 7 pada Airisya." Kami berdiri dan memberikan tunduk hormat pada prof. Prof Han berlalu pergi.

Aku mengemas semua barang. "Awak nak pergi mana? Lupa Prof suruh saya ajar awak?" Ujar Sunbae dengan nada tenang. Dia berdiri.

"Apa awak tunggu lagi? Jom."

"Ermm sunbae,boleh tak bagi saya masa 2 jam sebelum kita start? Saya nak release tension jap." Pohonku pada Sunbae. Sunbae melihatku.

_?_?_?_?_?_?_?_?_?_?_?_?_?_?_?_?_?

Muzik Fire Truck nyanyian NCT 127 bergema distudio yang aku sewa. Badan mengikut rentak muzik. Aku menari sepuasnya mengikut choreography asal kumpulan itu.

Muzik semakin mencapai kemuncak dan aku menghabiskan tarian. Peluh keluar. Aku duduk disebelah sunbae dan mengambil botol air ditangannya. Air mineral itu aku teguk rakus.

"Dah. Jom teman saya pergi butik bawah. Saya nak salin baju." Aku mengambil beg dilantai lalu berjalan keluar studio. Sunbae hanya mengikuti langkahku. Macam pengawal pulak gaya dia.

Selesai aku beli baju dan aku salin,kami menaiki superbike sunbae menuju ke YerIva Privacy Cafe. Satu ruang bilik ditempah untuk makan dan belajar tanpa sebarang gangguan bunyi atau manusia. Makanan dihantar melalui mesin bergerak yang berhubung dari dapur dan pelanggan hanya perlu ambil apa yang mereka perlukan. Makanan yang diambil akan automatik tercatit di mesin elektronik yang terdapat dalam bilik ni.

"Macam gitu ke cara awak release tension? "Soal sunbae sambil tengan sibuk mengeluarkan buku. Aku melihatnya dan menghembus nafas ringan.

"Itu hanya salah satu cara. Ada lagi satu dan belum ada sesiapa tahu cara tu lagi." Aku menghadiahkan senyuman pada sunbae. IPad dikeluarkan untuk mencatat segala nota yang akan diberi oleh sunbae.

"Awak tak perlu salin nota. Saya dah hantar semua nota pada awak dekat email. Balik nanti awak print dan baca. Esok saya akan adakan examination untuk sub topik 1 sampai 7." Marilah kita ketawa beramai-ramai. Nampak macam 'senangggggg' sangat!

Aku tersenyum palsu. Senyuman tak puas hati. Memandangkan ruang bilik ni luas,earphone dikeluarkan dan disumbat pada telinga dan muzik good luck dari AOA bermain. Aku berdiri dan tarian asal kumpulan itu aku tarikan. Walaupun Agak sexy.

Mulut mengeluarkan suara mengikut nyanyian sambil menari. Sunbae hanya melihat aku sambil memeluk lututnya dan melihat aku.

Selesai menari aku kembali duduk. Nasib tak berpeluh sebab bilik ni ada aircond. "Stress sangat ke?" Aku memandang sunbae dengan pandangan tak puas hati. Earphone kembali disimpan.

"Esok ikut saya. Muktamad!"

"Pergi mana? Esok bukan ada ke........ okay. Kelas batal." Aku kembali menyimpan IPad dalam beg dan telefon dikeluarkan.

"Sunbae,kenapa ramai budak pandang kita ya?" Soalan itu tiba-tiba terlintas difikiran. Sunbae tersenyum senget.

"Mungkin sebab diorang pelik. Nanti lama- lama awak tahulah." Peliknya senyuman sunbae ni. Nevermindlah.

"Sunbae,Yonji tu makwe sunbae ke?" Sunbae tersembur air. Nasib bukan dekat aku. "Ahh,taklah. Dia tu cuma sukakan dekat saya je. Sebab tu dia asyik-asyik ikut saya je kalau ada peluang. Dan selalunya saya cuba nak lepas dari dia tapi susah sikit." Seriusnya muka dia. Agaknya dia ni susah nak ketawa kot.

"Ohh,bagi saya orang macam yonji tu senang je nak uruskan." Dengan nada penuh yakinnya aku katakan pada sunbae. Sunbae terus membetulkan duduknya dan mata memfokus padaku.

"Macam mana? Cakaplah!" Aku tersenyum sinis. Aku merapatkan muka dengan sunbae dan menceritakan tentang rancangan aku.

"Boleh juga. Nanti saya cuba cari orang yang sesuai dan pro. Thanks sebab bagi idea yang bernas tu." Habislah kau yonji. Tak sabar nak tengok detik kau hancur. Kau dah cari pasal dengan aku,jangan fikir aku tak balas. Kau tak kenal lagi siapa Airisya.

FLASHBACK

Aku berjalan menuju ke kantin. Hana pergi mana tah. Aku suruh tunggu dekat lobi tapi dia takde. Haihhhh...

Aku mengambil tempat duduk disebelah tingkap. Suapan pertama ingin dimasukkan kedalam mulut tapi ada yang menghentak meja aku. Sudu diletakkan kembali diatas tray.

Aku mengangkat muka. Yonji rupanya. "Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?" Soalku. Rakan di kiri dan kanan yonji tertawa sinis. Yonji mara kearah aku dan serentak itu rambut aku ditarik.

"Ahhh!!! Kenapa kau nak tarik rambut aku? Sakit si**!!!" Kan aku dah mula mencarut. Aku memegang tangannya yang menarik rambutku.

"Macam mana kau boleh naik superbike pakwe aku? Aku belum rasmikan lagi kau tahu?! Kau ni perempuan tak sedar diri betul!" Rambutku semakin ditarik kuat. Hati aku dah tak ada sabar lagi. Tangannya aku cengkam kuat sehingga dia perlahan-lahan melepaskannya.

"Tolong jangan kacau aku selagi aku belom kacau kau. Itupun kalau kau taknak kena kick dengan akulah." Aku terus bangun dan pergi.

End OF FLASHBACK

Superbike Kim Hae Jin berhenti dihadapan rumahku. Aku turun dan membuka helmet. Helmet itu aku serahkan pada Kim Hae Jin. "Thanks sunbae for today. Hopefully we will be a good friend. Annyoeng!" Aku berjalan masuk kedalam rumah.

Badan aku hempas keatas katil. Hana belum balik lagi. Konsert tu habis lagi 2 jam. Baik aku mandi lepastu jalan-jalan cari makan. Aku dah lapar tahap nak makan orang dah ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience