PART 8

Mystery & Detective Completed 9185

Setiba sahaja di Malaysia,aku memperkenalkan abang pada Yonji. Abang Agak terkejut melihat Yonji dan aku tak tau kenapa. Mungkin abang tak percaya kot Yonji asal korea sebab muka Yonji macam kacuk Malaysia-korea.

"Kau pergi rumah kau,aku pergi rumah aku. Kereta aku sekejap lagi sampai." Sebuah kereta Honda City warna kelabu berhenti di hadapan aku. Aku melambai kearah aku. Pemandu keretaku telah aku beri upah.

"Rumah kau dekat mana Airisya?" Tanya Yonji. Dia memerhati bandar Kuala Lumpur.

"Aku duduk apartment Herritage. Sorry kalau kau tak selesa nanti." Dia mengukir senyuman.

"Aku bukan jenis cerewet bab tempat tinggal ni. Asalkan ada bilik air,dapur,tilam aku dah ok." Tak sangka Yonji yang aku tengok diva perangai dia yang sebenar adalah bersifat sederhana. Aku tersenyum sendiri.

Setiba sahaja di apartment,aku menjemput yonji masuk. "Macam apartment mahal je. Hiasan ala inggeris. Cantiknya!" Yonji berjalan melihat apartmentku dengan perasaan teruja. Perangai budak-budak jugak Minah ni.

Aku membuka bilikku yang sudah sekian lama aku tak jenguk. Ruang tamu,bilik,dapur semua bersih. Mesti abang upah orang kemas.

Yonji sudah pon pergi kebiliknya dan mengemas barang. "Isya!!" Yonji menjerit memanggilku. Rasa pelik pulak orang panggil nama aku Isya.

"Kenapa?" Soalku pada Yonji. Yonji kelihatan cemas. "Kimchi!! Aku lupa nak bawak kimchi! Aku tak boleh hidup tanpa kimchi!! Acane ni?!!" Aaaa.... itu je ke? Buat aku gelabah je.

"Kau ni dah kenapa? Kan boleh buat dekat sini?"

"Bahan ada ke?" Macamlah Malaysia miskin sangat tak ada bahan buat kimchi.

"Dekat peti ais tu ada kimchi. Aku buat 3 bulan lepas. Ada lagi rasanya. Kau keluarkan. Aku buat maggi." Yonji tersenyum riang. Dia menarikku menuju ke dapur.

Maggi aku keluarkan dua paket dan rebus. Kimchi sudah Yonji potong dan diletakkan atas piring. Aku memang minat kpop dan makanan korea. Alhamdulillah aku pandai masak sikit-sikit masakan Melayu,inggeris dan korea tapi semua masakan kegemaran aku.

"Dah jom makan." Mangkuk berisi maggi aku hulurkan pada Yonji. Dia makan dengan penuh berselera. Macam ni rupanya yonji. Aku ingat dia jenis yang diva,poyo,berlagak,jaga makan. Rupanya tak.

"Lepas makan,kau siap-siap. Kita pergi beli barang dapur and shopping." Yonji mengangguk faham. Dia menuju ke biliknya dan mula bersiap.

Aku hanya mengenakan baju tshirt lengan pendek paras bawah punggung dan jeans legging dan sandal wedges menjadi pilihan menghias kaki.

Aku memandu honda city menuju ke Giant. "Isya,aku nak kau buatkan masak lemak cili api ikan keli boleh tak?" Terbelit-belit lidah dia nak cakap nama benda tu. Aku dah nak ketawa dah ni.

"Okay je. Benda senang. Jom ikut aku cari bahan." Aku berjalan mencari bahan untuk masakan dan memenuhi kabinet dan peti ais yang dah kosong.

"Isya,Innisfree ada tak dekat sini?"

"Innisfree? Kau tempah online jelah. Aku pun pakai innisfree jugak. Semua aku tempah online."

"Patutlah muka kita flawless gitu!" Serentak itu kami ketawa. Selesai membeli barang dapur kami pulang kerumah. Barang dikemas dan diletakkan ditempat sepatutnya.

"Pergi shopping esok jelah. Aku penatlah nak jalan lagi. Urut badan yok!" Aku menarik tangan Yonji menuju ke bilik gimnasium. Ada dua buah kerusi urut Gintell.

"Ahhh....sedapnya. Badan aku memang dah lama sakit-sakit. Dah lama tak urut. Thanks!" Ujar Yonji. Aku hanya tersenyum. Kami memejamkan mata menikmati urutan elektronik itu. Lama kelamaan mata terlelap dan kami tertidur disitu.

Bangun-bangun je dah pagi. Kelihatan Yonji tidak kelihatan. Aku menggosok mata dan menuju ke tandas bilik aku. Muka aku basuh dan aku menggosok gigi. Niat hati ingin menuju ke dapur tapi kedengaran tangisan dari bilik Yonji. Aku ingin membuka tapi dia sedang berbual. Mungkin dari telefon.

"Aku ada dengan Airisya. Aku tumpang dia dekat sini. Dia treat aku baik sangat. Sorry Hana, aku tak dapat tolong kau. Aku nak berbaik dengan Airisya. Kau nak bunuh aku bunuhlah tapi jangan kau berani nak sentuh Airisya!" Dia tengah berbual dengan Hana rupanya.

Hana. Kawan yang aku sangka boleh sehidup semati dengan aku tapi semua benda tu hanyalah harapan sekadar harapan. Sikap dia menjadi topeng segalanya.

Aku menuju ke dapur dan semua bahan untuk membuat sarapan aku keluarkan. Bayam,daging dan nasi adalah bahan utama. Nak buat nasi goreng bersama bayam special. Buahahahahahaha..

Sedang aku memotong bawang,Yonji muncul dan mengambil bawang putih didalam mangkuk dan mengisarnya. "Macam mana semalam? Selesa tak?" Soalku pada Yonji sambil menggaul bahan didalam pan.

"Aku selesa je. Thanks. Nanti lepas breakfast kita nak pergi mana?" A'ahlah. Aku tak fikir pun aktiviti harini.

"Erm,kita pergi KLMUC untuk daftar bidang kita and then pergi kedai buku sebab aku nak beli something. Lepas tu.....nanti kita fikir. Huhu." Aku ketawa kecil dan Yonji hanya tersenyum.

Selesai masak,kami makan dengan penuh selera. Habis je makan,kami terus pergi ke bilik masing-masing dan bersiap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience