PART 4

Mystery & Detective Completed 9185

Setiba sahaja dirumah Kim Hae Jin, tubuh sunbae,aku baringkan di sofa. Bahu yang sengal diurut untuk mengurangkan rasa sakit. Kaki menuju keatas. Ada 5 bilik mana satu walk in closet dia ni? Okay,jumpa!

Wah,semua berjenama. Tshirt lengan pendek aku ambil. Kaki menuruni tangga. Sunbae tengah bersandar dikerusi sambil mengerut kepala.

"Sunbae..nah." T-shirt itu aku hulurkan pada dia. Dengan selamba badak,dia bukak baju dia. Aku terus memandang kearah lain. Abs dia jangan cakap. DAEBAK!

"Thanks." Ujarnya. Dia ingin bangun tapi aku menolak bahunya kembali untuk dia duduk. "Sunbae nak apa? Cakap je bahan dekat mana,saya buatkan."

"Buatkan saya ramen mabuk. Pedas." Aku mengangguk lalu menuju ke dapur. Wah,dapur ala modern inggeris. Cantik. Tinggi jugak cita rasa dia. Disebabkan dia tak cakap bahan dekat mana,jadi aku akan buat dapur ni jadi dapur aku.

Rasanya kalau ramen mabuk campur sos selatan Asia,okay jugak. Set! Lets start our job! Tangan lincah mengopek ikan bilis dan bawang putih. Bahan lain diletakkan di tepi. Selesai membuat sos selatan Asia,ramen mabuk diambil dan direbus.

Selesai sahaja merebus ramen,sos selatan asia dicampurkan kedalam ramen. Nak buat air apa? Drawer dibuka. Nescafe je ada? Pelik. Ramen dan air nescafe dibawa ke ruang tamu. Sunbae sedang menscroll telefon.

"Sunbae,dah siap. Kalau dah tak ada apa-apa,saya balik dululah ye." Aku mempamitkan diri. Dia mengangkat wajah memandang aku.

"Tidur je sini. Dah malam sangat. Awak perempuan." Dia menyuapkan ramen didalam mulut. Dia berhenti pada kunyahan ketiga. Dia seperti berfikir. Tak sedap ke?

"Ramen tu tak sedap ke? Atau pedas sangat?"

"Awak letak apa dalam ramen ni?" Hah,dia syak aku letak racun ke? Saya tak letak apa-apa!!

"Saya cuma masak ramen macam biasa and saya tambah sos selatan asia. Tak sedap ke?" Dia mengangguk lalu meneruskan kunyahan. Apa sehh?

Aku melabuhkan punggung disofa dihadapannya. Melihat dia makan,sopan je walaupun sedikit laju. Dia nampak comel bila makan. Tiba-tiba telefon aku berbunyi.

"Hello."

"Kenapa kau buat aku macam ni?!! Apa salah aku dekat kau sampai kau buat aku macam ni?! Kau tau tak Zara terpaksa kahwin dengan Mamat tu?!!"

"Yang kau nak marah kenapa?! Memang patut dia kene macam tu. Bukan salah aku,salah dia sendiri. Salah ke aku nak lindungi hati abang aku? Salah ke untuk aku jaga hati abang aku sendiri supaya dia tak terluka?!"

"Ye salah! Kau baru kenal aku sekejap. Kau bukan sesiapa untuk ambik tindakan untuk aku. Kau tak layak. Kau cuma menambahkan masalah aku. Kau!!! Kau memang tak patut wujud dekat dunia ni!" Talian dimatikan. Air mata aku menitis. Aku membongkok sedikit dan kedua telapak tangan menutup muka. Aku menangis.

Kenapa semua tak paham niat aku? Kenapa semua nak salah tafsir tindakan aku? Aku ni tak patut bahagia ke? Aku salah apa sampai mereka nak buat aku macam ni? Kenapa semua ni terjadi dekat aku?

Aku merasakan ada tangan yang membawaku sandar disebuah tempat. Sangat selesa. Aku menangis dan menangis sehingga tertidur.

Bila bangun je,aku melihat sebuah tangan memeluk bahu aku dan aku bersandar didadanya. Sunbae!! Aku terus bangun. Sunbae tersadar.

"Erhhhh,maaf sunbae sebab sandar dekat tempat yang tak sepatutnya. Saya minta maaf." Ujarku sambil menundukkan badan 45°.

"Takpa. Kita dah lambat nak pergi kolej. Awak naik atas,pergi bilik yang ada tulis 'YUNHA'S STUFF'. Pilih je baju mana awak nak. Rasanya muat."

Aku mengangguk. Telefon dikeluarkan. Panggilan dari Hana ada 27 dan dari abang ada 40. Nombor abang aku block dari talian.

Aku membersihkan diri lalu memilih sebuah dress tanpa lengan paras atas lutut bercorak florel. Losyen dan conceler diambil dari beg dan dipakai. Selesai menyiapkan diri,aku turun ke bawah.

Sunbae sedang menunggu dipintu. "Ermm,sunbae,biar saya naik cab. Nanti apa pulak budak lain cakap." Kataku sambil menyarungkan kasut. Aku menundukkan kepala tanda hormat dan berjalan menuju ke depan.

"Hei you!" Kedengaran jeritan sunbae menjerit namaku. Aku menoleh. Dia sedang menyarungkan helmet full face diwajah. Superbike distart dan dia menuju kearahku.

"Cepat. Naik je saya." Dia menawarkan dirinya untuk hantar aku. Wahh. Aku mengambil helmet full face yang dia suakan padaku. Bahunya aku pegang dan aku menaiki Superbike. Dengan hotstuff youhhh!

"Peluk saya." Arahnya. Tapi aku cuma memegang sedikit baju dipinggangnya. Malu! Tangannya terus menarik kedua tangan aku memeluknya erat. Badanku dengan belakangnya sudah tiada jarak. Terus dia menunggang superbike dengan laju menerjah jalan raya. Nasib aku dah biasa dengan kelajuan superbike ni. Biasanya kalau race dengan geng guna superbike,dekat litar KL. Aku selalu champion. Wahhh!!!! Bangga aku.

Setiba sahaja di kolej,aku terus menyerahkan helmet pada sunbae dan mengucapkan terima kasih. Aku berlari sambil menundukkan muka agar tiada siapa yang nampak.

Hari first berjalan seperti biasa. Sesi suai kenal memang Best. Diorang pandai speaking yang menyebabkan aku mudah nak berinteraksi. Budak-budaknya yang baik dan pandai mungkin akan menyenangkan kerja aku bila ada presentation. Tapi yang menyebabkan aku blur dan malu ialah, sunbae adalah classmate aku!!!

Ada sorang Minah ni,asyik berkepit je dengan sunbae. Sunbae layan gitu-gitu je. Aku perasan sunbae tak senang sangat dengan tingkah laku Minah tu. Sekejap peluk lengan sunbae,sekejap baring dekat bahu sunbae. Menyampah pulak aku.

Bila kelas habis,aku terus menuju ke bahagian fashion untuk menunggu Hana. Aku melabuhkan punggung di kerusi berdekatan.
Badan cuba direhatkan. Telefon diambil dari beg.

Mesej dari GoSean Sim card ada 37 yang mana dia mengatakan abang call aku. Ada satu mesej dari dia.

Abang: Disebabkan kau,Zara benci aku. Disebabkan kau jugak,aku terpaksa lupakan Zara. Tapi tu semua tak penting. Aku boleh cari pengganti zara yang setia dengan aku.

Tapi kau adik aku. Kau tak ada pengganti. Adik,maafkan abang sayang. Abang minta maaf sangat sebab cakap macam tu. Abang tak ada niat pon. Abang cuma terlalu ikutkan perasaan. Adik dekat mana? Bagitau abang. Abang datang. Tolonglah dikk..... Abang minta maaf ye.

Terlambat. Itu je yang aku boleh cakap. Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata??? Hurm. Kelihatan kelibat Hana keluar dari dewan kuliahnya. "Hana!" Hana menoleh kearahku dan terus memeluk aku.

"Kau pergi mana semalam,kau menakutkan aku. Kau tidur mana semalam? Ada cedera mana-mana tak?" Aku buat wajah blur. Macamlah aku kena langgar. Over betul.

"Aku tak ada apa apalah. Dah jom balik. Aku cerita semua."

"Eh jap. Kau tak nak tanya ke siapa sebelah aku ni?" Hana membuat kening double jerk. Aku memandang lelaki tinggi dihadapan aku. Hensem!

Aku mengangkat kening tanda 'siapa'. "Kenalkan,Park Yi An. Pembantu aku merangkap.......hamba? Hahaha." Yi An membuat muka.

"So,boleh tak aku anggap dia hamba aku jugak?" Gurauku. Yi An membuat muka.

"Boleh je. Kau punya bemaksud aku punya. Begitu jugak sebaliknya." Serentak itu ketawa aku dan Hana meletus.

"Yah! Apa ni?" Yi An marah. Aku terus memeluk lengan Park Yi An dan Hana dan berjalan menuju ke Tuiti Cafe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience