PART 11

Mystery & Detective Completed 9185

Setiba sahaja dirumah dia,aku berpura-pura tidur. Dia mencempungku kebiliknya dan badanku diletakkan perlahan diatas katil.

Aku bergerak sedikit dan membuka mata. "You dah bangun? I kejutkan you ke?" Aku duduk dan menyandarkan diri dikatil. Aku menggeleng sambil memberikan senyuman kecil padanya.

"Sorry I susahkan you pulak." Aku berkata dengan nada lembut dan sopan. Dia datang menuju kearahku dan duduk disebelahku.

"Tak adalah. Boleh I tau apa masalah you?" Tanya dia. Aku mengeluh berat. Akal sedang mencerna pantas apa yang patut aku katakan.

"Ibu I sakit. Dia masuk hospital dan I baru je kena buang kerja. I tak tau apa yang I patut lakukan untuk bayar bil ibu I." Ujarku dengan nada sedih. Dia memeluk bahuku erat dan aku landing dibahunya. Dia menggosok perlahan bahuku.

"I boleh bagi you kerja dan I akan langsaikan bil ibu you dan rawatan dia." Aku mengangkat muka pantas dan memandang matanya. Aku berpura-pura excited.

"Betul ke? Apa kerja tu?" Jangan dia minta aku jadi perempuan simpanan dia sudah. Memang aku tarik diri dari misi ni.

"I nak you jadi PA I. Tapi you akan jalani beberapa latihan untuk kebaikan you. You ada belajar apa-apa martial arts tak?" Nasib PA je.

"I ada belajar Judo dengan taekwando. Kenapa?"Dia tersenyum puas. "You akan jadi PA I. I bekerja sebagai seorang yang berpengaruh dan macam-macam boleh jadi kepada orang sekeliling I."

"Oh,so sekarang ni nyawa I pon dalam bahaya ke?" Macam orang bodoh pulak aku tanya soalan ni. Aku tersenyum sinis secara tidak sengaja.

"Yup. By the way,kenapa you tersenyum?" Alamak,dia perasan ke? Adehh...selamat aku ni otak putar belit kalau dah dalam keadaan gawat.

"I suka thriller. Tak sangka I akan hadapi dia." Tipu aku. Dia tersenyum. "I Kim Han Bin,you?"

"I Airisy Farzana." Aku tersenyum. Senyuman yang penuh makna sambil akal membayangkan apa yang bakal terjadi sepanjang hidupku bersama lelaki ini.

______________________________________

Aku berjalan dengan penuh bergaya memasuki Syarikat GanHeight Sdn. Bhd. Semua mata termasuk warga wanita memandangnya. Sudah mula kedengaran bisikan dan perbualan antara mereka.

Aku memasuki lif bersama Kim Han Bin. "I nak you jangan layan sangat Mamat nama Lee Jason. Dia pantang sikit nampak perempuan cantik macam you. Hari ni I akan jumpakan you dengan boss I,Lee Yong Xin." Aku hanya mengangguk faham.

Harini aku hanya memakai singlet lebar dimasukkan dalam jeans 5 button dan dilebehkan(??) keluar sedikit. Dipadankan bersama kot wanita bewarna blue black. Wedges bewarna hitam 4 inci dipadankan pada kaki.

Aku berjalan seiringan bersama Kim Han Bin. Ramai perempuan memandangku dengan pandangan tak puas hati. Kim Han Bin memiliki ciri-ciri lelaki idaman. Dengan badan umpama model,bermata hazel,bibir nipis,alis yang sangat sempurna terbentuk,hidung yang mancung dan senyuman yang memukau. Semua itu cukup untuk membuatkan perempuan cair.

Kami memasuki sebuah bilik. "Dato',ini PA baru saya." Didepanku kini adalah target sebenar,Dato' Lee Yong Xin. Dia memandangku dari atas ke bawah lalu memandang Kim Han Bin.

"Kita pergi ke pusat penilaian." Dato' Lee bangun dari kerusinya dan berjalan keluar. Kami hanya membontotinya. "Pa,nak pergi mana?" Seorang lelaki menjerit kearah kami sambil menuju ke arah kami.

"Papa nak jumpa klient." Jawab Dato' Lee ringkas. Lelaki itu memandangku sambil tersenyum. Tangannya mula menjalar pada tanganku.

"Pa,pinjam perempuan ni boleh tak?" Katanya sambil memandangku. Aku cuba menepis tapi tangan dia tetap gatal juga. Dato' Lee terus berlalu dan Kim Han Bin menarik tanganku.

"Itulah Lee Jason." Aku mengangguk mendengar kata-kata Kim Han Bin. Dahlah tak hensem,ada hati nak aku. Pergi mati sana! Jason ni kulit dia putih tapi ada jerawat sikit pada muka dia. Hidung dia mancung tapi mata dia sepet dan bibir tebal. Paling penting, dia terlalu kurus. Not my style!

Kami menaiki kereta Vellfire milik Dato' Lee Yong Xin dan kereta ni macam nak menuju ke Pahang. Sepanjang perjalanan, tiada sesiapa pun membuka mulut sehingga...

"Gosh,I lupa nak tanya you? You pandai menembak tak?" Aku berpura-pura membuat muka gelabah tanpa bercakap apa-apa. "Macam mana I nak bagi you kalau you tak pandai shoot!" What the f**k,sesuka hati longkang dia je nak marah aku. Aku mencebik sambil memandang arah luar.

Tolonglah,kalau bab menembak ni hujung jari jelah. Kami tiba di sebuah bangunan. "Nanti kalau dato' suruh you shoot,cakap je tak pandai. I akan carikan kerja baru untuk you." Saran Kim Han Bin. Aku hanya tersenyum dan meneruskan perjalanan tanpa mengendahkan panggilan Kim Han Bin.

Tiba sahaja di pusat menembak,Dato' menyerahkan headphone,cermin mata khas dan pistol. "I nak you tembak. Point terendah ialah 20." Kacang goreng jelah Dato'. Terasa bahuku disentuh. Tangan Kim Han Bin aku tepis dan aku mara kehadapan.

Sasaran di pastikan. Setelah nafas diambil dan aku berasa telah bersedia,picu ditarik dan shoot! Yes! Tepat kena sasaran. Aku memandang Kim Han Bin. Dia seperti terkejut. Dato' tersenyum. Aku akan pastikan misi kali ni berjaya tanpa ada sebarang gangguan.

"I tak sangka you hebat. Tadi you macam tak pandai je. Buat I gelabah je. Sorry sebab marah you tadi." Maaf Kim Han Bin aku endahkan dan hanya memberikan senyuman nipis padanya.

"So,Airisy takkan kerja dekat syarikat tapi dia akan tolong you uruskan group dan barang kita." Aku tersenyum sumbing. Akal sedang mencerna langkah seterusnya. "No problem Dato'. I akan uruskan semuanya." Ujar Kim Han Bin dengan yakin. Kami disuruh pergi oleh Dato' menuju ke pusat kegiatan mereka.

Setiba sahaja disebuah kilang yang di kota metropolitan ini otakku mencerna sesuatu. Kalau diorang buat kegiatan haram,kenapa kilang diorang tempat terdedah? Bukan dalam fail,kilang diorang dekat pendalaman pahang ke? Maklumat ni betul ke tak?

"Ini kilang kitorang. Group kita adalah Eagles Group. Group ni ditubuhkan untuk kawal kegiatan dan keselamatan kilang sebab ada salah satu kilang kami hampir saja dibakar oleh musuh Dato'. Kegiataan kami hanya membuat perabot,membeli barang dari luar negara dengan cara yang sah dan menjaga keluarga Dato'. Itu sahaja. Any question?" Maklumat salah. Sah!

"Ermm,setahu I lahkan,bukan ke Eagles Group ni popular and bukan diorang ada kilang pemprosesan dadah terbesar Asia?" Kim Han Bin ketawa halus sambil memandangku.

"Kami tahu polis tengah memerhatikan kami sebab maklumat tu tapi kami tak pernah proses dadah or whatsoever. Tu semua kerja Jeffry. I dengar Jeffry ada saudara dalam unit penyiasatan polis tapi lantaklah,I taknak ambik kisah semua benda tu. Yang I tahu I selamat asalkan I tak buat salah." Betul ke Kim Han Bin ni? Dia tak tipu aku ke? Awas dia kalau dia tipu aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience