PART 9

Mystery & Detective Completed 9185

Aku membawa honda City dengan berhemah dan menuju ke KLMUC untuk tujuan pendaftaran.

Tiba sahaja di KLMUC,aku terus menuju ke bussiness faculty. Memandangkan Yonji pun ambik business,jadi kami akan daftar bersama.

"Aku nak ambik kursus designer lepas ni dekat Shah Alam. Kau nak ikut or nak duduk rumah?" Yonji memandangku dengan muka berkerut.

"Nak buat apa kau amik design?" Soalnya kembali pada aku.

"Akukan ambik design kat korea sebelum ni,so dekat sini better aku ambik kursus je." Dia membuat bentuk 'O' dengan mulut.

"Aku ikut. Taknak aku duduk rumah sorang-sorang. " Aku tersenyum kecil. Kelas kami akan bermula esok pagi. Nasib semua kelas pagi,kalau petang nanti aku tak ada masa nak manjakan diri. Hihi...

Dalam perjalanan aku pusing-pusing disekitar kolej mengikut peta,aku ditolak oleh seseorang dan jatuh tersembam ke lantai. Sakit siakkk!!

"Airisya!!! Wehh,kau okay tak?!" Yonji membantu aku bangun. Aku memandang insan yang menolak aku tadi. Minah diva ni study dekat sini ke? Seriuslah?!

"Kau nak apa tolak aku? Dah tak ada kerja lain? Kau siapa nak tolak aku hah?!" Jeritku pada Minah tu. Pada mulanya dia terkejut namun tidak lama kemudian,senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Wah,budak tak ada mak ni. Dah pandai tengking aku pulak . Kau fikir kau siapa nak tengking aku? Bapak setakat doktor pakar apalah sangat. Budak pathetic!" Serentak itu ketawa nya meletus diikuti ketawa budak lain.

"Kau siapa nak hina kawan aku?! Kau tu lagi pathetic,kurang kasih sayang,sebab tu asyik nak kacau orang je. Macam mak bapak kau tu kaya sangat. Besar sangat ke pangkat mak bapak kau hah?! Kau yakin ke kau anak mak bapak kau? Kalau kau yakin,kenapa mak bapak 'kandung' kau tu taknak ajar kau cara beradab?!" Wuish,Yonji pandai cakap bahasa Melayu. Buat penat lidah aku je terbelit sana sini cakap bahasa korea.

"Kau ni siapa pulak? Berani kau hina aku?!" Minah tu cuba menampar Yonji tapi tangannya sempat aku tahan dan aku genggam kuat.

"Kau tak kenal ke aku siapa? Tak pernah tengak ONE Championship ke? Kalau rasa tak kenal aku boleh search AieRish(berangan je) dekat google." Tangannya aku lepas dengan kuat dan aku berlalu dari situ untuk meneruskan perjalanan meneroka universiti.

"Siapa Minah biadap tu?" Tanya Yonji.

"Kaila Maisarah. Anak Bachelor Universiti Medical Focus(ciptaan) dekat USA. Budak tu selalu buli aku masa aku sekolah menengah." Ujarku dengan nada malas. Yonji hanya mengangguk.

"Hai. You Airisyakan?" Aku mengangkat muka memandang gerangan yang menegur aku.

"Hai,yes I am. You Mohd Adriann Shah right? Adik kepada Mohd Asri Shah." Adriann ketawa ala-ala macho gitu dengan suara serak-serak basah dia.

"Yes. You're right. So how's your life? I heard you just came from abroad." Ujar Adriann sambil tersenyum. Senyuman yang dah tak dapat nak mencairkan aku lagi.

"Yes I am. How 'bout you?" Tanyaku lagi. Adriann ni seorang playboy kelas atasan. Semua perempuan yang lekat dengan dia adalah perempuan yang kaya. Tiada seorang pon perempuan miskin.

Dulu masa aku kena buli dekat sekolah dia cuma tengok dan join ketawa sebab dia benci dengan perempuan yang miskin dan kini giliran untuk aku dekati dia dan buat dia jatuh cinta pada aku. Aku nak dia kenal siapa aku.

"Macam nilah hidup I. Pelajar. By the way,macam mana you boleh masuk sini? Tempat nikan mahal and you pergi abroad. Guna duit siapa? I tak rasa ayah you and ibu you akan bagi you duit." Senyuman sinis dia hadiahkan pada aku. Aku membalas dengan senyuman sinis juga.

"Oh ...you tak tau ke yang mummy I pemilik BeautyHall Sdn. Bhd?" Aku memancingnya. Aku pasti dia akan mendekati aku selepas ini. Adriann,aku kenal kau macam mana. Aku takkan lepaskan kau kalini. Aku tau kau tengah bersama Minah kerek tu. Aku akan pastikan korang sengsara semahu aku.

"Nah..You're kidding me right?" Adriann ketawa palsu. Aku memberikan dia kad mummy. "Kalau you tak percaya,you boleh call mummy I. Kay bawah tu ada nombor I sekali. Apa-apa call je I." Aku merapatkan diri padanya dan mendekatkan bibirku pada telinganya.

"I tau you dah bosan dengan Kaila. I selalu ada untuk you." Aku berjalan perlahan dan melurutkan tangan dengan cara menggoda pada dada bidangnya sehingga absnya. Aku berlalu sambil tersenyum sinis.

"Aku tau apa yang kau fikir Isya. Dia pernah buat apa dekat kau?" Aku menceritakan segalanya pada Yonji tentang Adriann dan kelakuan abangnya. Yonji tersenyum. "Aku tak sangka kau ada sifat ni."

"Aku akan buat apa je untuk selesaikan ketidakpuasan hati aku. Siapa buat hal dengan aku,jangan pelik kalau esok dia mungkin takkan tengok dunia lagi." Kataku dengan penuh yakin dan kejam. Riak Yonji seperti tidak selesa. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

Dia takkan khianat aku macam yang Hana buatkan? Dia takkan. Tapi aku berdiri dekat depan pintu dia masa tu. Tak hairan kalau dia ubah percakapan untuk aku percaya dia. Jadi aku pasti dia sedang merancang dengan Hana.

"Jomlah kita pergi suatu tempat. Aku nak tunjukkan dekat kau tempat aku selalu luahkan amarah aku." Aku dan Yonji berjalan menuju kearah kereta. Aku memandu memasuki sebuah hutan. Memandu perlahan. Tiba-tiba 5 orang lelaki muncul dihadapan aku. Aku tersenyum sinis. Baguslah, dia orang ikut cakap aku. Aku membuka tingkap.

Kepala dikeluarkan sedikit dan dimasukkan kembali. Sebuah pintu terbuka diatas tanah. Aku memandu kereta memasuki lorong itu. "Weh,tempat apa ni? Seramnya!" Aku hanya membiarkan persoalan Yonji.

Aku sudah tiba di destinasi. Kelihatan ramai lelaki dan perempuan sekitar 30 orang sedang berlatih martial arts dan menembak. 3 orang lelaki tegap menuju kearahku.

"Boss,dah lama tak nampak. Sihat boss? Siapa perempuan cantik ni boss? Untuk kitorang ke?" Kevin membuat kening double jerk manakala Thomas dan Haris tersenyum sinis sambil melihat Yonji dari atas hingga bawah berkali-kali.

Yonji berdiri dibelakang aku." Hotakmu! Ni kawan aku,Yonji." Yonji hanya memberi senyuman dan tidak bersalam dengan mereka. Takut barangkali.

"Ala boss ni. Ingat dapat makan dinner besar-besaran malam ni." Thomas mengeluh. Aku ketawa.

"Tanya tuan badan sendiri. Tailong mana? Aku rindu dia ni." Aku berjalan menuju ke markas ketua aku. Markas yang penuh dengan senjata api dan bahan risikan.

Seorang lelaki yang berdiri sambil membelek fail aku dekati perlahan. Mesti dia tak perasan sebab dia tengah fokus. Pendengaran dia ni bukan boleh buat main. Orang bernafas pon dia boleh dengar kalau dia dalam keadaan fokus dan teliti.

Badannya aku peluk dari belakang. Dia tidak kelihatan terkejut. Ni mesti kes dah tau aku ada dekat belakang dia. "Ada apa Elen? I tengah buat kerja ni. Kan I dah cakap malam nanti kita buat. Bukan sekarang." Aku terkejut. Elen? Buat? Aku melepaskan pelukanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience