PART 3

Mystery & Detective Completed 9185

"Korang stand by tau. Bila aku bagi isyarat je terus buat kerja korang." Arahku pada Intan dan Farhan iaitu lelaki tadi. Mereka membuat isyarat okay.

Kepalaku bergerak mengikut rentak muzik sambil jalan merempuh orang ramai yang sedang sibuk menari. Kelibat Zara cuba aku cari. Okay,dah jumpa!

"Zara...." Zara yang sedang menari sambil tangan lelaki 'meneroka' dia terus terperanjat dan mengalihkan tangan lelaki itu.

"Eh, Rrr...Risya. Apa kau buat dekat sini? Abang kau mana?" Cehh,tak payah nak tunjuk concern dekat abang aku sangatlah. Aku menilik jam.

"Kita minum dulu yok Zara. Aku ada something nak cakap dengan kau pasal abang aku." Ujarku lalu menarik tangan Zara keluar dari kerumunan orang dan pergi kekaunter minuman.

Kami duduk dikaunter. Air wiski dihulurkan oleh butler. Aku memandang butler tersebut. Dia mengangguk lalu berlalu pergi. Zara meneguk airnya.

"Apa yang kau nak cakap?" Soalnya.

"Kau serius ke tak dengan abang aku?" Zara tersentak. Dia kelihatan gelisah. Aku sudah tersenyum sinis.

"Emm,aku serius dengan dia. Tapi dia macam taknak aku. Harini aku call pon dia tak angkat. Ermm,aku chaww dululah ye. Aku tak selesa ni." Aku mengangguk. Telefon aku ambil dalam beg.

Nombor Syafiq dicari.

Kerja aku dah selesai. Giliran kau.
-Risya-
Butang send ditekan. Senyuman sinis terukir dibibir sambil memerhati gerakan Zara.

Kelibat anak buah Syafiq muncul. Punggung diangkat dan aku menuju keluar kelab. Selamat menikmati malam yang indah ini...Zara.

Telefonku berbunyi. Panggilan diangkat. "Hello." Sapa aku pada orang dihujung talian.

"Mummy nak Risya balik sekarang. Ada perkara yang mummy nak bincangkan dengan Zara." Dah apa pulak mama ni? Panggilan dimatikan. Kaki menuju ke parking lot. Motor distart menuju ke rumah.

Setiba dirumah,aku melihat kereta yang agak tidak asing lagi bagi aku. Apa dia nak dekat sini? Tak habis lagi ke menyusahkan hidup aku?

"Ya mum,ada apa?" Aku menghempas punggung disofa import dari itali itu. Wajah tetamu yang tak diundang langsung aku tak pandang.

"Risya nak ikut mummy or ayah?" Aku hanya berdecit. Mata memandang Ayah dan ibu. Ibu hanya membuat muka menyampah.

"Mummy dah tak boleh tahan tengok ayah risya ni telefon mummy tanya mummy. Dia kata mummy bawak lari Risya. Risya sendiri nak ikut mummykan sayang?" Ujar mummy.

"Takpelah mummy. Kalau mummy dengan ayah nak gaduh,teruskan. Mummy dengan ayah dah tak boleh nak halang Risya lagi. Risya dah besar. Risya bebas. Jangan jadikan Risya dan abang tempat mummy dan ayah bergaduh. Risya nak pergi dari sini. Risya nak tenangkan diri sambil belajar. Nanti bila Risya dah berjaya,Risya akan balik. But please biarkan Risya keluar dari semua ni untuk sementara.

Tak cukup dengan rahsia pasal mummy,datang lagi masalah dari abang. Then,ayah and mummy rebut Risya. Mummy,kalau mummy sayang Risya,kenapa mummy tak cari Risya dari dulu? Ayah,kalau ayah sayang adik,kenapa ayah dera mental dan fizikal adik? Tak logik!! Semua memang nak Risya merana ke?!!" Aku terus berlari keatas.

Mengambil apa yang patut. Bagasi dibawa turun. Kunci kereta Honda CR-V diambil. Mummy dan ayah tak boleh halang aku. I'm done with all this shit thing!

××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Setiba sahaja di destinasi, aku terus menuju ke apartment yang telah aku tempah yang terletak dibandar Seoul. Ya,sekarang aku di seoul,korea. Aku rasa dekat sini paling baik untuk aku belajar tentang kosmetik,dan teruskan legasi syarikat mummy. BeautyHall Cosmetic Sdn Bhd.

Aku mencapai telefon. Nombor seseorang didail. "Yaesaekkya!!! Kenapa tak jemput aku dekat airport tadi?! Tak pepasal aku naik cab. Sakit pinggang aku bijak!" Marahku pada orang dihujung talian.

"Alaa,rilekla. Aku dekat kolej. Ada presentation. Nak kena prepare untuk add point." Ujar gadis dihujung talian.

"Haih,jap lagi aku sampai kolej kau. Teman aku pergi bahagian kosmetik dengan bussiness management. Aku nak daftar. Okay?" Talian dimatikan. Aku pergi bersiap-siap .

Kunci Kereta Honda Cr-Z diambil dan aku memandu menuju ke kolej Seoul Academy. Umur aku baru 17. Disebabkan Korea diawalkan setahun,jadi aku 18.

Setiba di kolej,aku berjalan menuju ke bahagian bussiness management department. Aku melabuhkan punggung disofa yang disediakan di lobi.

Tiba-tiba ada satu badan berdiri dihadapanku. Aku mengangkat muka. Hensemnya dia.....Aip,Risya!! Behave!

"Anthing?" Soalku pada lelaki itu. Nampak macam pelajar. Tinggi,Badan kurus sado,rambut seperti Park Hae Jin dalam cerita Cheesed in Trap,mata sederhana besar,bibir tidak terlalu tebal dan sedikit lebar. Hidung mancung. Perfect!

"Are you the new intake here?" Suara dia gentle. Cukup untuk mencairkan wanita diluar sana tapi tidak cukup lagi bagi aku.

"Yes I am." Jawabku ringkas. Mata meliar mencari kelibat Hana Kim rakan yang ku hubungi tadi. Mana Minah ni?!

"Oh ok." Lelaki itu terus berlalu. Eek,tu je? Jadah sehh! "Hoi!" Sergah satu suara dari arah belakangku. Untung aku pakai skirt panjang,kalau tak memang dah kena back kick dengan aku.

"Lambat gila kau. Dah jom teman aku daftar." Selesai sahaja urusan mendaftarkan diri,kami menuju ke kedai Ttobeokki yang terletak sedikit jauh dari kolej. Takpe,exercise sikit apa salahnya. Kereta telah aku telefon designated driver hantar kerumah.

"Weh,tadi aku nampak kau berbual dengan senior. Bestlah kau! Aku nak tegur dia pon tak berani apalagi dia nak tegur aku. Aku ni dahlah tak cantik." Aku membuat muka menyampah.

"Kau ni aku cakap,buat macam tu pulak."

"Lah,apa yang salahnya aku buat muka macam tu? Dia tegur je pun. Bukan ajak aku couple. Haihh,kau ni pun!" Aku sambung makan ttobeokki. Sedappppp......

"Kau nak tau tak,sunbae tu nama dia Kim Hae Jin. Berumur 21 tahun. Dia lagi 1 tahun dekat situ. Dia punya profile complicated gila. Dia nampak macam kaya,tapi tak tau mak bapak dia kerja apa and dia hotstuff kat kolej!" Hana berdecit keriangan. Apakah?!!

"Hmm,whatever. Aku nak jalan-jalan ni. Pape nanti kau call. Bye." Aku berjalan keluar. Kaki hanya melangkah tanpa memikirkan hala tuju.

Fikiran berserabut. Bermacam-macam aku fikir. Thanks to mummy sebab tak sekat kad kredit aku dan masukkan duit dekat akaun aku. Kalau tak makin bertambah masalah.

Aku tak pasti apa yang aku fikirkan,tapi semua berkaitan keluarga. Tiba-tiba seorang lelaki merempuhku. Bau arak! Mabuk agaknya. Aku memusingkan badan sedikit kebelakang melihat gerangan lelaki itu.

Tiba-tiba lelaki itu rebah kebumi. Orang sekeliling menjauhkan diri. Aku memapah tubuh lelaki itu ketepi. "Oh,sunbae!" Kim Hae Jin yang berada dalam keadaan stress sekarang berada dihadapan aku. Kenapa dia ni?

"Wae?!! Waeyo appa?!! Waeyo?!!" Apa yang kenapa dengan ayah dia? Nak menjerit bagai? Sakit telinga aku. Tanganku seluk kekocek miliknya. Terpaksa,nak cari alamat rumah. Okay,dah jumpa!

Mak aih,kawasan perumahan vvip. Confirm kawalan ketat. Tapi kalau naik kereta dia tak kot. Tapi mana kereta dia? Seluk lagi kocek. Kunci kereta dah jumpa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience