PART 13

Mystery & Detective Completed 9185

Aku menuju kearah Kim Han Bin yang sedang diubah wajahnya. Kami akan memasangkan topeng kekal(ciptaan) pada wajahnya. Topeng itu boleh dibuka jika kodnya dibuka. Ya,itulah topeng elektronik yang dicipta oleh Han untuk orang yang kami cipta identiti baru.

Tiada siapa dibenarkan untuk mengenali mereka. "How's everything?" Tanyaku pada Han sambil menyerahkan mug berisi nescafe padanya.

"Semua okay buat masa ni. Oh ya, aku dah cipta database baru untuk dia dan database dia yang asal dah dilindungi 100% oleh kerajaan." Aku tersenyum senget. Han memang pantas dalam semua benda.

"Apa identiti baru dia?" Han menjongketkan matanya dua kali dan menghadiahkan senyuman misteri pada aku.

______________________________________

Mana pulak Syed Asyraf Farish ni? Berjanggut aku tunggu dia. Berkurun weh! Aku dahlah pantang tunggu orang lama-lama ni.

Dari kejauhan sudah terlihan kereta lamborghini Galladro berwarna hitam berbelang putih. Kereta itu berhenti dihadapan aku dan apabila pintunya dibuka secara automatik,aku terus memboloskan diri dalam kereta itu.

Abang menayangkan sengihannya dan aku buat muka marah dan menyampah. "Sorry dik."

"Kau fikir aku suka tunggu orang lama-lama? Aku pantang tau tak!" Ujarku marah. Kereta itu bergerak perlahan dijalan raya.

"Kau pantang?? Ya Allah dik! Anak siapa weh?! Mummy tau tak?!" Kalaulah dekat sini ada dinding,dah lama aku hentak kepala Syed sorang ni dekat dinding kuat-kuat.

"Lantak kaulah bang." Ketawa abang meletus. Aku tau dia sengaja buat main aku. Aku dahlah tengah marah ni.

"Eh dik,aku baru ingat. Semalan aku nampak Hana dekat Pavillion. Dia dengan Yonji. Aku nak tegur tapi ada sorang Mamat korea dengan diaorang." Abang menyerahkan Samsung S8 Edge miliknya padaku.

Gambar Yonji,Hana dan Kim Hae Jin. Yup,Kim Hae Jin. Aku tersenyum sinis. Telefon abang aku serahkan kembali dan aku mengambil telefonku di dalam poket seluar.

To My Han:

Han,aku nak minta tolong kau carikan data logs panggilan nombor antara 012-78*****1 dan 016-******** . Aku nak harini. Thanks.

Telefon aku simpan. Kalau Yonji bekerjasama dengan diorang berdua,taulah apa yang patut aku buat nanti. Aku tersenyum penuh makna.

"Adik,esok mummy nak pergi London. By the way,aku harap kau maafkanlah mummy. Dia tak bersalah. Ayah yang culik kau. Mummy taknak pon kau jauh dari dia. Dari dulu dia cari kau dan bila dia jumpa,dia harap sangat kau takkan pergi dari dia." Aku tersenyum nipis.

"Entahlah bang. Aku pun tak tau. Aku penatlah." Abang memandu dengan tangan kanannya dan tangan kirinya menggengam tanganku erat.

"Abang bukan nak paksa kau tapi kesian dekat mummy. Masa kau pergi korea,dia risau sangat dekat kau. Dia banyak menangis."

"Hm. Taulah nanti aku nak buat apa."

"Ayah ada dekat rumah tau." Aku mengangguk lemah. Mesti abang bagitau mummy yang aku nak balik rumah and mummy bagitau ayah. Aku cuba memejamkan mata. Apalah aku ni lemah sangat. Harap je kerja thriller.

Tiba sahaja didepan pintu rumah,mummy terus memelukku erat. Aku hanya membiarkan dan tidak membalasnya. Mummy menarik lenganku untuk masuk kedalam dan menyuruh aku duduk disofa.

"Adik,mummy minta maaf." Mummy memelukku kembali. Ayah hanya memandang sepi. Kelibat isterinya tidak kelihatan pula harini. Lantaklah,kesah apa aku.

"Last adik cakap. Adik balik bukan untuk duduk dengan mummy or ayah. Adik maafkan segala kesalahan mummy dan ayah tapi biarkan adik hidup berdikari." Mummy melepaskan pelukan apabila aku berkata begitu.

"Tapi kenapa? Mummy masih mampu jaga adik. Janganlah macam ni. Mummy minta maaf sekali lagi dan please duduk dengan mummy. Mummy tak puas bermanja dengan adik. Tolong dikk." Mummy menangis. Abang hanya memerhati. Ayah mendekati aku.

"Ayah dengan mummy dah bernikah. Kami suami isteri yang sah kembali. Ayah ikhlas. Ayah nak adik duduk dengan kami. Jangan biarkan kami menangis. Adik dengan abang satu-satunya anak kami. Kami dah tak sanggup merasa kehilangan lagi." Merasa kehilangan lagi?? Kehilangan siapa?

"Dulu semasa kami baru kahwin,mummy mengandung anak sulung. Seorang perempuan. Dua bulan lepas mummy lahirkan dia,dia diculik. Mummy meroyan lama. Sampai sekarang mummy tak jumpa dia." Aku baru tau. Jadi aku ada kakak. Aku akan siasat.

"Adik nak maklumat yang mummy dan ayah ada pasal kakak." Ayah dan mummy memandangku serentak.

"Adik nak buat apa?" Soal ayah. Aku hanya memberikan senyuman.

"Please jangan tanya. Adik nak sekarang." Walaupun ayah berasa pelik tapi ayah pergi keatas untuk mencari maklumat pasal kakak. Aku akan cari kakak sampai jumpa tak kira apapun yang berlaku.

"Ni sijil lahir dia dan gambar. Cuba bagitau kami adik nak buat apa?" Aku memandang mata mereka berdua. Belum masanya lagi.

"Nanti bila dah tiba masanya adik akan bagitau. Bagi adik 7 bulan dan selepas tu adik sendiri akan balik dan duduk dekat rumah ni tapi buat sementara ni jangan cari adik dulu." Tegasku lalu aku beredar dari rumah itu. Aku menelefon Rish untuk mengambilku dan selepas 20 minit dia tiba.

Sampai je di syarikat aku,aku terus mencari Han. "Han tolong aku weh." Aku meyerahkan segala maklumat pada Han. Han meneliti maklumat itu. "Kau ada kakak?" Aku mengangguk. Kami terus berjalan ke pusat pencarian.

Gambar kaka ketika kecil diletakkan disuatu mesin untuk mengimbas dan diramal wajahnya ketika dewasa sekarang. Selepas 10 minit menunggu,akhirnya imbasan selesai. Segala maklumat dikenal pasti tentang gambar wanita diskrin depanku ini.

Seorang wanita yang berusia 25 tahun dan dibesarkan di pusat anak yatim. Dijumpai dimasjid oleh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun. Terdapat rantai dilehernya. Sekarang telah menjadi pereka fesyen terkenal di New York.

"So,dialah Syazwa Fariza." Han bersuara. Aku memandang Han lama. Dia mengeluh. "Yelah,aku buat." Aku tersenyum dan dia berlalu pergi. Aku mengambil kunci kereta dipejabat aku dan menuju ke car park.

Aku menuju kembali kerumah. "Adik nak balik rumah sekarang ke?" Tanya mummy keterujaan. Aku meggeleng dan menuju ke ruang tamu.

Aku menunjukkan gambar pada Syazwa pada mummy. "Mummy kenal dia?" Gambar itu bertukar tangan.

"Mestilah mummy kenal. Mummy nak pergi London esok untuk pertunjukan fesyen dia." Cantik! Aku tersenyum dan terus berlari keruang kebun untuk mencari ayah. Aku tau ayah suka menanam bila tertekan.

"Ayah,nak tangan." Ayah memandangku sambil berkerut dan menyuakan tangannya perlahan. Aku memegang jari telunjuk ayah.

Pisau dari poket dan tisu aku keluarkan. "Tahan eh yah. Sikit je." Aku menoreh sedikit jari telunjuk ayah dan darah keluar. Aku tekapkan tisu pada tangan itu.

"Apa semua ni dik?" Tanya ayah.

"Nanti ayah akan tahu. Jangan risau. Tak lama je lagi." Aku memberikan senyuman ikhlas. Aku berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience