PART 2

Mystery & Detective Completed 9185

Dah dua bulan berlalu. Kini aku tinggal bersama mummy dan abang. Ayah pernah hubungi mummy bertanyakan tentang keberadaanku tapi mummy tak cakap aku dengan dia.

"Abang,hari ni hantar aku pergi sekolah. SPM." Kataku sambil mencapai remote astro dan duduk disebelah abang.

"Okay. Pukul berapa?" Tanya abang sambil tangannya memeluk bahuku. "Dalam pukul 7:40 gitu ah." Abang mengangguk. Kami menonton cerita Deadpool. Abang beli VCD pagi tadi sebab... aku suruh.

Tepat sahaja jam 7:35 pagi,aku naik keatas dan menukar baju. Aku hanya memakai jeans legging,singlet putih pekat yang dimasukkan dalam jeans 5 button. Rambut ditocang kuda. Aku turun kebawah dan memakai kasut nike air force bewarna hitam putih.

Aku menuju ke kereta Audi abang. "Abang,semalam aku nampak makwe kau dengan lelaki. Sape tu?" Abang memandangku dengan wajah terkejut.

"Yeke? Abang dia kot." Jawab abang. Aku kenal kak Zara anak tunggal,tak mungkin ada Abang.

"Takkan abang,siap peluk pinggang bagai." Ujarku dengan nada sinis. Abang hanya diam menyepi. Aku tak suka Zara tu dengan abang. Aku tau zara tu Playgirl.

Setiba sahaja disekolah,aku menyalami abang dan melangkah masuk. Tahun ni SPM,jadi ibu hantar aku ke sekolah swasta dan sekolah ini tak pernah kesah tentang pakaian kami asalkan bukan pakai bikini or tak pakai apa apa langsung. Haha.

"Hai Airisya. Awalnya you sampai." Aku menoleh kearah suara yang menegurku. Kawan baruku. Intan.

"Hai Intan. I saja je nak datang awal. Mana tau boleh nampak u tengah 'main' dengan Irwan ke?" Gurauku pada Intan sambil membuat kening double jerk.

"Haha,bertuah punya member!" Intan menepuk manja bahuku. Kelas bermula. Kami menumpukan perhatian dan focus untuk menjawab soalan. Paper last ni.

Selesai kelas,aku dan Intan berjalan keluar menuju kepondok untuk menunggu driver masing masing. "Isya,malam ni I dengan Syira dan pergi tempat biasa, you nak join tak? Party Freedom from Spm."

"Tak sure la Intan. Nanti I tanya mummy I. Kalau mummy I bagi, I drive ke sana." Intan mengangguk. Kereta abang tiba dihadapanku. Aku menuju kearah abang dan melambai Intan.

Masuk je,abang terus bawa kereta laju tapi bukan menuju kerumah tapi ke tempat biasa aku dan Intan releasa tension. Tempat ni memang bukak awal dalam pukul 5 dan sekarang nak dekat pukul 7 malam.

Muzik DJ sudah memenuhi ruang. Sekarang aku di Club. Club yang hanya untuk VVIP dan artis popular sahaja.

"Bang,pahal ni? Ceritalah dekat aku." Abang meneguk air setan itu lalu memandang aku dengan mata yang penuh kemarahan.

"Zara curang dekat abang sya. Dia dah tak virgin. Dia serahkan virgin dia dekat anak dato tu. Siapa nama mamat tu? Ha, Mohd Adri Shah tu." Kata abang. Dia meneguk lagi air setan itu. Apabila club sudah dipenuhi perempuan yang sedang berjoget,abang join sekaki. Aku duduk di kaunter memikirkan cara nak balas perbuatan Zara terhadap abang aku.

Mohd Adri Shah tu bukan nama abang Adriann ke? Aku mencari iPhone milikku dibeg dan mendail nombor seseorang. " Weh, kau datang sekejap dekat Club Zouk ni. Aku tunggu. Cepat!" iPhone diletak kembali. Aku memandang jam. Dah pukul 10 dah.

Tiba-tiba bahuku ditepuk. Aku memandang tepi. Intan duduk dikananku manakala Syira dikiriku. "Awalnya you sampai. Dengan sapa?" Aku memandang belakang lama.

"Wait! You datang dengan abang you. Wah,rajinnya dia temankan u. Kalau abang I jangan harap." Ujar Syira.

"Taklah. I yang temankan dia." Mereka membuat bentuk mulut 'O'. "Intan,esok I ada projek nak buat. You nak join tak?" Tanyaku pada Intan. Syira entah kemana dia pergi pon aku tak tau.

"Projek apa? You nak kenakan sapa pulak kali ni?" Intan meneguk air coke miliknya. Aku memandang kearahnya dengan pandangan yang susah untuk ditafsirkan.

"Kak Yong!" Akhirnya orang yang aku call tadi sudah tiba. "Asal kau lambat?" Tanyaku dengan nada separa marah. Lelaki itu membuat peace. Aku suruh dia duduk antara aku dan Intan.

"Aku nak kenakan.... Zara. GF abang aku." Malam itu kami penuhi dengan sesi perbincangan cara mengenakan Tengku Az-zahra Jessica. Hahaha *evil laugh.

---------------

Aku berjalan menuju ke pintu untuk membuka pintu tersebut. Selesai membuka,aku kembali dekat kereta. Aku bukak pintu lalu memapah abang aku yang sudah sedia mabuk tak ingat dunia.

Mulut sebuk mencarut pelbagai dalam bahasa inggeris. "Sya,abang nak zara. Tapi Zara curang dekat abang. What the fu**! I'm truly fall in love with her! How dare her?! She's the fu**ing one yang tak nampak tahap handsome abang. I'm so perfect." Aduhh,sempat lagi dia masuk lif tekan sendiri.

Aku rebahkan abang di katilnya. Bajunya yang berbau arak itu aku buka dan aku ganti dengan baju singlet putih miliknya. Aku menuju ke bilikku.

Rancangan itu akan aku pastikan berjalan lancar. Aku menuju ke meja belajar. Buku catatan khas aku keluarkan.

Langkah pertama dicatat. Bibir sudah mula mengukir senyuman sinis. Terlalu sinis.

Selesai sahaja menulis plan,aku membersihkan diri. Singlet putih dan jaket kulit hitam menjadi pilihan. Legging jeans diambil dipakai. Aku memandang cermin. Perfect! Rambut diikat kuda.

Aku keluar rumah dengan menaiki super bike Ducati milik aku sendiri. Aku minat super bike dari kecil lagi. Memang minat gila. Setakat ni aku dah join 3 konvoi remaja mengelilingi Malaysia,Thailand dan Singapore. Mungkin lepas ni nak pergi korea.

Walaupun kena bayar cukai tinggi sekalipon aku tak kesah. Berbalik pada asal,aku menunggang motor aku menuju ke tempat yang telah ditetapkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience