PART 1

Mystery & Detective Completed 9185

Aku berjalan mengelilingi tasik. Cuba menenangkan fikiran yang tertekan dengan peperiksaan. Aku duduk disebuah bangku.

Nafas dihela. Aku memerhati sekeliling. Mata aku tertancap pada sebuah figura manusia yang amat aku kenali. Aku tersenyum sendiri. Aishh,kau buat dosa ya Shya!

Aku kembali memandang tasik. Kaki diayun perlahan. Telefonku berbunyi. Poket diseluk untuk mengambil telefonku. Butang hijau diseret ke kanan. "Hello."

"Oh,taklah. Aku kat tasik. Tak nak lah. Kau pergi je dengan bebudak lain. Aku taknak ikut. Ok,bye." Telefon disimpan kembali dalam kocek. Aku bangun. Kembali berjalan mengelilingi tasik.

Lelaki tadi kelihatan namun kali ini berlainan. Dia bersama seorang perempuan. Siap berpegangan tangan lagi. Sabar Sya,dia crush kau je pon. Bukan suami,pakwe or whatsoever. Hati aku berbisik mententeramkan aku. Aku mengalihkan pandangan. Aku berjalan pulang.

"Weh,kau jaga rumah jap. Aku nak keluar dengan kawan aku." Itu abang aku. Mohd Arfan yang berumur 19. Dia tak rapat dengan aku sejak aku berumur 12. Dia lebih rapat dengan kawan dia. Berbanding aku dengan kawan dia,lagi penting kawan dia. Aku dengan makwe,of courselah makwe dia.

Aku masuk ke rumah. Dia bersepahkan rumah balik! Aku hanya membiarkan. Pandai buat sepah,pandai kemas. Aku naik keatas. Masuk bilik,kunci pintu,baring.

Haih,besok dah sekolah. Malasnya. Cuti 2 minggu macam 2 hari. Telefon diambil. Aku menaip 'Mohd Adriann'.
Aku stalk dia di insta. Banyak gambar dia dengan perempuan tadi. Gambar dia tadi pon ada.

Haih,buat apalah aku nak stalk dia,tak dapat gaji pon. Haihh. Kedengaran bunyi kereta diluar. Ibu dan ayah dah balik. "Adik!! Asal rumah bersepah ni?" Ibu marah. Telefon aku letak tepi dan aku turun ke bawah.

"Abang yang sepahkan. Orang dah kemas dah sebelum orang keluar. Orang balik je,sepah balik." Terangku pada ibu.

"Kalau ye pun,kemas jelah!"

"For what orang nak kemas. Bukan orang yang sepahkan!" Suaraku meninggi.

"Airisya!" Ayah memberi amaran padaku kerana aku menaikkan suara dekat ibu. Aku menghentak kaki dan menuju keatas. Aku mengambil telefon dan turun kebawah lalu aku keluar.

Ibu dengan ayah selalu lebihkan abang. Aku pun anak diorang jugak. Ingat aku bibik abang ke? Aku menyampah betul! Tanpa memandang kiri dan kanan aku melintas jalan untuk menuju ke tasik.

BUMMM!!

Badanku terbaring dijalan. Kepala sudah mengeluarkan darah. Orang yang melanggarku keluar dari kereta dan mengangkat aku menuju ke hospital. Selepas itu aku sudah tidak menyedarkan diri. Perkara terakhir yang aku nampak ialah orang ramai berkerumun dan yang mengangkat aku itu ialah lelaki.

__________

Aku membuka mata perlahan-lahan. Kepalaku terasa sakit. Aku memerhati sekeliling. Aku dekat hospital. Pintu dibuka dari luar. Seorang wanita yang memakai abaya maroon dan rambutnya di sanggul masuk.

Dia menuju kearahku dan memelukku. Aku blur. "Anak mummy..." Hahaha,lawak apakah ini? Sejak bila aku ada mummy? Dan mana ibu aku?

"Ermm,aunty?? Siapa aunty?" Tanyaku. Wanita itu meleraikan pelukannya dan duduk di sebelah ku. Dia merenung mataku sebentar. Tanganku dicapai.

"Mummy ni mummy adik. Ibu adik dekat rumah tu adik tiri mummy. Nama dia Farhana kan??"

"Hah? Apa aunty merepek ni? Dia memang ibu saya. Sijil lahir saya nama dia."

"Percayalah mummy ni mummy adik. Mummy dah buat ujian DNA." Sehelai sampul kertas berukuran A4 dihulurkan padaku. Aku memandangnya sebelum membuka.

Ujian DNA antara Sharifah Airisya Farisya Binti Syed Azwan dan Tengku Airina Fauzan Binti Tengku Khalid. 99.999%.

Aku ternganga. Itu je boleh aku buat. Terkejut bukan kepalang. "Habis,how about sijil lahir??" Aku menyerahkan kembali surat itu kepadanya.

"Sijil tu palsu." Jelas mummy ringkas. "Kalau macam tu,aunty pon boleh palsukan jugak ujian tu." Aku sengaja menguji mummy. Dia mengukir senyuman nipis.

"Ujian darah tak boleh menipu sayang." Malam itu mummy menceritakan tentang bagaimana aku boleh berada bersama adik tirinya.

Mummy merupakan pewaris syarikat ternama dan terkenal didunia. Farhana iaitu ibu aku merupakan adik tiri mummy.

Dia iri hati dengan mummy sebab mummy ada apa yang dia tak ada. Sampailah satu hari,mummy nak kahwin. Setelah tiga bulan mereka kahwin,mumny mengandungkan abang. Nama abang kandung aku Syed Asyraf Farish. Berumur 21 tahun.

Selepas 3 tahun perkahwinan mereka,mummy dapat tahu papa kahwin dengan adik tirinya. Mummy marah sangat. Mummy cakap tentang nafkah zahir dan batin.

Mummy jugak cakap,aku tercipta diatas sifat ayah yang panas baran lalu merogol mummy. Mummy nangis masa cerita. Mummy cakap,lepas je aku lahir, ayah dan ibu duduk rumah tok ma dan tok pa. Tapi satu hari tu,semua terbongkar. Alasan ayah tinggal dekat rumah tok pa dan tok ma adalah sebab ayah nak ambik aku.

Ayah nak anak perempuan tapi ibu tak nak mengandung lagi. Ibu model. Jadi dia jaga penampilan dia. Dan semua rahsia selama ini terungkap.

Aku dah tanam dalam diri,aku akan balas dendam dekat mereka suatu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience