PART 16

Mystery & Detective Completed 9185

Operasi kami akan dilancarkan dalam masa 2 bulan sahaja lagi. Aku,Rish,Hana dan Yonji mula menjalankan tugas yang kami perlu lakukan sebelum operasi bermula.

Han pula sedang melaksanakan masalah peribadi aku. Muahahahahahah. "Yonji,aku nak kau fokus dekat dua orang sebab aku nak hantar minggu depan." Yonji menunjukkan thumbs up dan meneruskan kerjanya.

"Hana,aku nak maklumat pasal Jeffry pukul 2 ni." Hana mengangguk tanpa menoleh kearahku dan terus fokus pada komputer layar skrin dihadapannya.

Aku dan Rish sedang melatih 20 orang remaja untuk berlawan dengan orang Dato' Lee jika diperlukan. Melatih 20 orang yang sudah berpengalaman dalam martial arts bukanlah susah mana hanya perlu memperbaiki dan menambah mana yang patut sahaja.

Apabila jam sudah menunjukkan 5:30 petang,aku, Hana dan Yonji bercadang untuk pergi ke Mall dan melepaskan tekanan.

"Aku nak beli barang kosmetik ni. Kita pergi Innisfree shop dulu." Cadang Hana. Tak sangka kami semua memakai produk muka yang sama.

Selesai membeli barangan yang diperlukan,aku meminta diri untuk menuju ketandas. Habis sahaja aku membuang hajat kecil,aku menuju ke cermin untuk membetulkan solekan. Tiba-tiba jam aku berbunyi. Aku terus memasang earphone pada telinga.

"Aku rasa Airisya memang baik. Dia maafkan kita lepas apa yang kita rancang untuk kenakan dia." Suara Yonji kedengaran.

"Aku pon rasa macam tu. Aku ni boleh tahan bodoh juga. Akubtak dapat nak dalami hati dia dengan baik sepanjang aku kenal dengan dia." Hana membalas .

Aku tersenyum. Aku dah masukkan satu cip dibadan diorang dan disambung pada jam aku. Apabila aku berjarak lebih 1 meter dari diorang dan diorang sebut nama aku,jam aku berbunyi.

Aku menuju kembali ke arah mereka. Kami berbual seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience