CHAPTER 16

Romance Series 161938

Bahang yang terasa didadanya memaksa Hayden membuka matanya. Baru je terasa nak lelapkan mata, tidurnya terganggu. Andara yang tidur di atas dadanya dipandang dengan muka sedikit berkerut.

Laju sahaja tangannya menekap di dahi isterinya itu. Dia sedikit terkejut apabila badan Andara panas. Baru sekejap tadi dia dan Andara bersama. Tadi tak ada pula rasa bahang di tubuh kecil itu.

Jam di sisi dilihat sekilas. Pukul 9 pagi.  Dengan perlahan, Hayden mengalihkan perlahan kepala Andara dan diletakkan di atas bantal. Boxer yang terdapar dilantai di ambil lalu disarung ke tubuh tegapnya itu.

Bilik tidur mula terang dengan cahaya dari balkoni yang dibuka oleh Hayden. Hayden melangkah ke wardrobe lalu tuala diambil.

"Dara.. Hey, wake up." Pipi Andara ditepuk perlahan.

Perlahan Andara membuka mata. Kepalanya terasa berat. Tubuhnya terasa lemah dan sengal seluruh tubuh. Bahagian kewanitaannya mula terasa sakit apabila dia bergerak. Mukanya mula berkerut.

Wajah suaminya dipandang.

"Kenapa?" Tanya Andara lemah.

"Kau demam. Jom aku tolong mandikan kau. Dah pukul 9 pagi nie. Lepas mandi makan ubat." Dia bantu Andara dari bangun baringan. Andara menarik comforter membaluti kemas tubuhnya yang tanpa seurat benang itu.

"Saya tak larat." Andara mula merengek. Dia betul-betul tidak larat. Ini semua gara-gara Hayden yang kerjakan dia tanpa belas kasihan. Dari awal pagi sehingga subuh dan kembali bersambung selepas subuh.

"Manja. Sini aku angkat."

"Sakit la. Nie semua salah tuan. Tuan kerjakan saya sampai tak ingat dunia." Bebel Andara perlahan.

Walaupun muka menunduk semasa membebel namun Hayden masih mampu mendengar apa yang keluar dari mulut Andara walaupun perlahan.

"Aku pula yang kena. Dah benda sedap, tak akan aku nak tengok je. Tambah-tambah yang halal depan mata." Hayden tersenyum senget.

Muka Andara mula bertukar warna merah. Kejadian awal pagi tadi mula bermain difikirannya.

Bibir digigit kuat.

"Don't bite your lips, dear. I warned you." Ujar Hayden keras.

"Sorry."

Tubuh Andara dibalut dengan tuala sebelum mengangkatnya masuk ke dalam bilik air. Andara yang cuba memberontak itu tidak dihiraukan oleh Hayden.

"Better you stop before I raped you now." Ujar Hayden dengan keras. Lebih kepada memberi amaran.

Andara ketap bibir. Dia tidak berani untuk melawan kerana dia tahu Hayden akan buat apa yang keluar dari mulutnya itu. Pautan dileher Hayden dikemaskan lagi, kepala disandarkan dibahu suaminya. Mata dipejam sejenak.

Dia tak larat.

_______________________________________________________

"Makan ubat nie dulu sebelum tidur." Lalu ubat dihulurkan kepada Andara yang sedang bersandar di kepala katil.

"Tuan nak keluar ke?" Ubat disambut lalu terus dimasukkan ke dalam mulut. Air diteguk sehingga habis.

Andara menyoal seperti itu kerana melihat Hayden berpakaian kemas tetapi agak santai sedikit dari hari-hari biasa.

Gelas yang Andara hulur disambut lalu diletakkan di meja sisi katil. Tubuh Andara yang masih sedikit panas itu dibaringkan dan diselimutkan.

"Aku nak masuk pejabat kejap. I need to settle some matters with someone. Kau rehat, tengahari nanti aku balik." Dahi Andara dikucupnya.

Belum sempat Hayden melangkah kaki, tangannya ditarik perlahan oleh Andara. Dia berpaling. Wajah Andara dipandang. Kening diangkat sedikit.

"Kenapa? Do you need anything?" Soal Hayden. Punggung dilabuhkan kembali disisi Andara.

Andara bangun dari baring. Genggaman pada tangan Hayden makin kemas. Dia teragak-agak untuk bersuara. Nafas ditarik sebelum bersuara perlahan.

"Tu-tuan.. Saya nak ikut tu--tuan ke pejabat boleh?" Wajah suaminya direnung.

"Nak buat apa? Kau kan demam, duduk je la dekat rumah. Lagipun Mike ada kat bawah tu." Permintaan Andara seperti tidak masuk akal. Tubuh tu tidak sihat, duduk je kat rumah.

"Saya nak ikut.. Saya taknak duduk rumah sorang-sorang." Andara merengek.

Hayden mengeluh.

Macam-macam pula budak kecik nie.

"Fine. Tapi dengan syarat, jangan ganggu aku buat kerja. Boleh?" Laju Andara mengangguk.

"Promise." Andara tersengih.

______________________________________________________

Tangan Andara digenggam kemas. Kaki terus melangkah masuk ke pejabatnya. Wajah tanpa senyuman itu buat setiap pekerja Hayden Lee tidak berani menegur tapi wanita disebelah boss mereka itu begitu menarik perhatian mereka semua.

Genggaman tangan dieratkan lagi apabila banyak mata-mata memerhati ke arahnya. Wajah yang putih itu mula bertukar merah. Dia segan apabila setiap pekerja Hayden merenungnya dengan pelbagai riak.

"Kenapa?" Soal Hayden bila tersedar kelakuan Andara. Wajah Andara di pandang.

"Saya tak selesa, diaorang pandang saya pelik." Jawap Andara perlahan.

"Just ignored them."

Tombol pintu bilik pejabatnya dipulas lalu kaki melangkah masuk ke dalam. Diikuti oleh Michelle, PA Hayden. Andara diarahkan duduk di sofa yang disediakan di depan meja kerja Hayden.

Mata Andara mula melilau memandang segenap ruang pejabat suaminya itu. Besar, cantik dan klasik. Andara tersenyum sendirian.

Dia suka.

"What's up Michelle? Apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu aku masuk esok ke?" Soal Hayden sambil mata mula membaca isi kandungan dokumen yang baru dihulurkan oleh PA nya itu.

"Sorry, Tuan. I didn't mean to disturb you but you have to check this document. Ada sedikit masalah dengan barang yang kita order. And someone wants to see you."

Mata Hayden tajam memandang ke arah Michelle. Dia paling tidak suka kalau orang tidak buat temujanji dengannya.

"Who? Kan aku dah cakap, aku tak nak jumpa siapa-siapa hari ini. Do you understand my order?!"

"I know that Sir but I can't stop him. I sorry." Balas Michelle. Dia harap sangat mood bosnya bukan bertukar menjadi taufan kali ini.

"Who the hell is he?" Hayden masih memandang PA nya dengan pandangan yang tajam. Andara didepan matanya dilihat sekilas.

Andara yang berada di sofa hanya diam tanpa mencelah apa-apa pun. Kedua belah tangan diramas. Hatinya mula berdebar apabila mendengar suara Hayden yang kuat memarahi PA nya itu.

"Mr. Ca--"

Belum sempat Michelle menghabiskan ayatnya, pintu pejabat dibuka kuat dari luar.

Hayden mendengus apabila melihat gerangan yang melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

Damn it!

Andara yang sudah terlelap di sofa dipandang sekilas sebelum Hayden mengarahkan Michelle keluar.

"What do you want Ad?"

Kaki Hayden mula melangkah ke arah Andara. Tubuh Andara diangkat perlahan lalu dicempung.

"Wow.. New girl huh?" Tanya Adrian sinis apabila Hayden berlalu di depannya.

"Shut up."

Hayden terus masuk ke dalam satu bilik yang terletak di dalam pejabatnya itu di satu sudut bahagian tepi meja kerja.

Tubuh Andara diletakkan perlahan di atas katil. Andara tidur dengan nyenyak sekali, mungkin kesan dari ubat yang dia makan tadi. Bilik itu cukup lengkap dengan segala kelengkapan bilik tidur termasuk wardrobe bajunya dan toilet. Bilik yang direka sendiri olehnya untuk kemudahan dirinya sendiri.

Tubuh Andara diselimut, dahi isterinya dikucup lembut.

"Take a good rest, dear."

Done!

To be continued..

Love and hug ????

Author Noted: Not edit version.

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-09-16 02:27:30 

next please...tq for update..lama menanti

misyiezal
2021-09-15 22:02:22 

arghhhh hayden caring lah


NovelPlus Premium

The best ads free experience