CHAPTER 5

Romance Series 161938

"C'est ma décision. je ne prends pas ça non ( This is my decisions. I don't take it no)."  ujar Puan Maryam tegas.

Hayden dan juga kedua orang tuanya terkejut dengan apa yang Puan Maryam sampaikan. Tanpa apa-apa perbincangan, Puan Maryam membuat keputusan yang mendadak seperti itu.

Tangan Hayden mula memicit pelipisnya. Pening dengan karenah nenek kesayangan dia seorang ini. Bukan dia tidak tahu, kalau A katanya, maka A la semua orang kena turuti.

Just like she said before, she's don't take no as a answer.

"Pourquoi moi? (Why me?)"

Hanya soalan itu yang keluar dibibir Hayden. Dia perlu tahu apa tujuan neneknya buat keputusan seperti itu sedangkan mereka semua tahu Andara hadir dalam hidup neneknya baru sahaja. Dia hanya perlukan jawapan kepada soalannya sahaja sebelum dia membuat keputusan. 

Andara yang berada di depan, bersebelahan dengan Puan Maryam direnungnya tajam.

Apa budak perempuan ni dah bagi makan dekat nenek aku sampai sayang sangat nenek dekat dia. Getus Hayden di hati.

"Je l'aime, elle n'a personne. je veux que tu prennes soin d'elle ( I love her, she has nobody. I want you to take care of her). She's innocent." Puan Maryam berkata lembut kepada Hayden.

Berharap agar cucunya berlembut hati menerima cadangannya. Dia tahu apa yang ada dalam fikiran cucu lelakinya saat ini berdasarkan pada riak wajah tegang yang ditunjukkan oleh Hayden.

Andara hanya diam membisu di sebelah Puan Maryam. Melihat mereka dalam perbincangan yang serius, dia tidak berani untuk mencelah. Lagipun pandangan tajam Hayden buat dia tidak selesa.

"Did she knows this?" Tanya Hayden.

"Not yet. Nenek bagitahu kamu dulu. Kemudian baru nenek tanya dia."

Hayden mendegus perlahan. Kemudian dia bangun dan melangkah menuju ke arah Andara lalu tangan Andara di tariknya kuat. Tindakan Hayden yang tiba-tiba itu buat Andara hilang imbangan lalu tersembam di dada tegap milik lelaki beku itu.

"Hayden pinjam dia kejap, nanti kita orang balik." Hayden terus menarik Andara dan melangkah keluar dari pintu utama. Kunci kereta di atas almari diambil.

Andara mula ketakutan. 

Andara menoleh ke arah Puan Maryam, berharap agar Puan Maryam dapat halang Hayden dari menculiknya. Tapi lain pula jawapan nenek vogue itu.

"Hayden jangan nak apa-apakan Andara. Kalau nenek tahu kamu buat tak senonoh, siap kamu." Puan Maryam sempat beri amaran kepada cucunya.

Pintu kereta Audi milik neneknya dibuka dan menolak tubuh Andara masuk ke dalam kereta. Apabila Andara mengeraskan badan, dia mencerlung tajam ke arah Andara.

Melihat wajah yang tegang itu, Andara akur. Berdoa agar lelaki beku disebelahnya ini tidak apa-apakannya. Wajah tegang Hayden buat dia tidak berani untuk bertanya lebih.

Sepanjang perjalanan, dia hanya membisu. Pandangan di halakan ke luar tingkap. Memerhati setiap laluan yang di lalui oleh lelaki beku di sebelahnya. Mana tahu dia ditinggalkan di tepi jalan. Mana dia nak cari jalan pulang nanti.

Semakin jauh perjalanan, Andara semakin resah. Dia tidak tahu ke mana Hayden hendak bawa dia pergi. Lelaki disebelahnya dipandang.

Bibir digigit sebelum dia beranikan diri untuk bersuara.

"Tu..tuan, ki...kita nak pergi mana? Ki..kita kat mana ni?"

Andara pandang sekeliling, jalan yang dilalui oleh Hayden tiada sebarang struktur bangunan pun. Hanya dikelilingi pokok-pokok kiri dan kanan jalan. Itu yang membuatkan Andara semakin resah dan gelisah.

Hayden memandang ke arah Andara sekilas sebelum mata hitamnya dihala ke hadapan kembali tanpa menjawap soalan Andara.

Tidak lama kemudian, kereta mula masuk ke pekarangan sebuah rumah agam yang dikelilingi dengan pagar yang agak tinggi. Halaman rumah yang sangat luas.

Mata Andara membulat.

Rumah yang sama besar dengan rumah nenek vouge. Cantiknya. Matanya tertacap pada beberapa orang lelaki yang seperti sedang berkawal disekeliling rumah. Ada juga di depan pintu masuk rumah tersebut.

Matanya terkebil-kebil.

Hatinya berdengup kencang saat melihat lelaki yang berada di segenap sudut kawasan rumah itu memegang benda gitam di tangannya. Senapang.

"Tuan.. Rumah siapa ni? Ke..kenapa kita ada dekat sini?" Tanya Andara lagi.

"Keluar." Lain yang ditanya lain yang di jawab.

Andara yang melihat muka tegang Hayden itu terus melangkah keluar lalu mendekati Hayden yang sedang bercakap dengan seorang lelaki dimuka pintu utama.

Sebaik sahaja Andara berdiri di belakang Hayden terus menarik tangannya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Andara memandang sekeliling rumah tersebut.

Hayden mengheret Andara ke tingkat tiga rumah itu. Sampai sahaja di muka pintu berwarna hitam dengan saiznya yang agak besar, tanpa buang masa pintu itu dibuka dari luar oleh Hayden lalu menolak tubuh Andara ke dalam bilik itu. 

Hayden juga turut masuk.

Klak! Pintu dikunci.

Gulp!

Andara telan liur.

Renungan tajam Hayden buat dia gelisah. Apa salah dia sampai muka cucu nenek vougenya itu garang semacam je. Andara mula berundur setapak demi setapak apabila melihat Hayden mula menghampirinya dengan muka yang mengerunkan itu.

"Tu--tuan nak apa? Kenapa ba--bawa saya dekat sini? Sa--saya nak ba--balik." Andara bersuara takut-takut. Mata masih memandang sekeliling bilik atau lebih kepada pejabat mini.

"Apa kau dah hasut nenek aku? Aku tak akan hantar kau balik selagi aku tak selesai dengan kau." Hayden mula menapak perlahan ke arah Andara. Wajah putih yang bermata hazel itu dipandang tajam.

"Apa maksud tu--tuan? Saya hasut apa? Sa--saya tak faham?" Andara terpinga-pinga apabila Hayden bertanya soalan seolah-olah dia yang bersalah.

Hayden terus menarik lengan Andara mendekatinya lalu mencengkam kuat lengan itu. Urat-urat mula timbul di wajahnya, menandakan dia dalam kemarahan.

"Kau jangan buat-buat innocent la. Kau yang hasut nenek supaya nenek paksa aku kahwin dengan kau kan? Apa yang kau dah bagi makan dekat nenek aku sampai dia begitu sayang dengan kau hah?!"

Bahu Andara terhenjut kecil.

Andara terkejut dengan tuduhan Hayden.  Matanya mula berair. Patut la Hayden seperti tidak puas hati dengan neneknya tadi. Tidak terlintas difikirannya semua itu. Cengkaman yang makin kuat dilengannya buat dia ketap bibir kuat. Menahan sakit dilengan dan juga hati.

"Demi Allah.. Saya tak pernah terlintas pun untuk hasut nenek tuan supaya kahwinkan saya dengan tuan. Saya sedar kedudukan saya tak sama taraf dengan tuan. Saya tak pernah lupa asal usul saya. Saya hanya mahu menumpang mencari rezeki dalam rumah nenek tuan. Dan demi Allah, saya masih ingat mana halal mana haram. Sekiranya dengan kehadiran saya ini, tuan tidak senang, saya janji saya akan keluar dari rumah nenek tuan. Dan saya janji saya tidak akan terima apa-apa permintaan nenek tuan."

Airmata yang mengalir dipipi itu dibiarkan begitu sahaja tanpa menyapunya. Gengaman tangan pada lengannya diretap kuat.

Hatinya sakit, hatinya terluka. Remuk.

Betul orang cakap, Enggang dan pipit tidak mungkin terbang bersama. Dia bukan pengemis. Dia masih sedar siapa dirinya. Sampai bila-bila dia tidak akan lupa dari mana dia datang.

Kaki melangkah menuju ke pintu, sebelum tombol pintu ditarik, dia bersuara.

"Tolong hantar saya balik." Andara melangkah keluar tanpa berpaling ke belakang.

Keluar sahaja dari bilik itu, kedengaran bunyi hempasan kaca yang kuat dibelakangnya. Andara tidak peduli, dikeraskan hatinya. Cukuplah dia di tuduh tanpa usu periksa. Mungkin kehadirannya dalam keluarga Puan Maryam adalah satu kesilapan besar.

Mistake.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience