CHAPTER 1

Romance Series 161938

PINGGAN mangkuk yang kotor di dalam sinki di ambil lalu dicuci satu persatu dengan penuh berhati-hati. Sedang leka dengan mencuci, Andara di sapa lembut dari belakang.

"Dara dah siap cuci ke?" Tanya Nenek Vouge a.k.a Puan Maryam.

Puan Maryam merupakan majikannya yang juga telah menyelamatkan Andara malam dimana dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah yang telah banyak mendera jiwanya, mental dan fizikalnya.

Andara banyak terhutang budi dengan kebaikan Puan Maryam yang telah banyak menolongnya. Sebagai membalas budi, dia hanya mampu memberi khidmat yang terbaik di dalam rumah itu dengan membuat kerja-kerja rumah tanpa meminta apa-apa balasan mahupun gaji.

"Sikit saja lagi Nek. Nenek nak air ke? Dara boleh buatkan."

Wajah tua Puan Maryam langsung tidak dimamah usia itu dipandangnya dengan penuh kasih. Bersyukur masih ada orang yang baik, yang sudi menolongnya dan mengambilnya bekerja. Masih ada insan yang baik sama seperti ibu dan ayahnya.

"Tak apa, nenek tak rasa dahaga lagi. Dara tinggalkan saja semua itu, dari tadi lagi tak henti buat kerja. Nanti Mak Mah tolong habiskan. Mari sini duduk dengan nenek. Nenek ada benda nak cakap dengan Dara." Puan Maryam melabuhkan punggung di stool bar.

Andara yang akur dengan arahan Puan Maryam terus meninggalkan kerjanya. Gelas di atas rak diambil. Jus epal dalam peti sejuk diambil dan dituangkan ke dalam gelas. Andara mendekati Puan Maryam bersama gelas tersebut lalu di letakkan didepan Puan Maryam.

Andara tersenyum.

"Nek minum jus dulu. Nek nak bagitahu Dara apa?"

Dara renung wajah Nenek vouge di hadapannya itu. Walaupun usia sudah mencecah 60-an, tapi wajah dan penampilannya tidak seperti usianya. Sebab itu dia memanggil Nenek Vouge. Darah campuran Melayu-British buat dia kelihatan lebih muda. Ditambah pula Puan Maryam selalu menjaga permakanannya.

"Dara ingat lagi tak cucu nenek yang nenek ceritakan hari itu?" Puan Maryam merenung wajah gadis polos dihadapannya. Sejuk matanya apabila melihat gadis muda di hadapannya itu.

"Cucu lelaki nenek yang dah lama tak balik tu ke? Kenapa dengan dia nek?" Andara berkerut dahi.

Tiba-tiba saja bangkitkan tentang cucunya. Apa kaitan dengan dia pula.

"Ye la. Dia call tadi cakap nak balik sini dengan papa dan mama dia sekali. So nenek ingat nak buat makan-makan sikit. Untuk keluarga kita je. Dara boleh tak tolong nenek urusan semuanya nanti?" Tangan Andara diambil dan digenggamnya erat.

"Oohh.. Pasal itu. Dara ingatkan apa tadi. Boleh je nek. Demi nenek, dara sanggup buat apa je. Lagipun nenek dah banyak tolong Dara. Kalau nenek dan abang Adam tiada malam itu, Dara tidak tahu apa nasib Dara sekarang ni."

Andara berasa sayu dan sedih bila mengingatkan apa yang terjadi dalam hidupnya. Abang Adam merupakan pemandu peribadi Nenek vouge yang hampir melanggarnya pada malam itu.

"Nenek ikhlas tolong Dara. Lagipun nenek syukur sangat dengan kehadiran Dara. Sekurang-kurangnya nenek tidak ada la sunyi sangat. Ada juga peneman nenek untuk berbual." Puan Maryam tersenyum.

Terubat rindunya pada anak cucunya. Lagipun sikap Andara yang lembut itu betul-betul menyenangkan hatinya. Mungkin itu yang buatkan dia mudah jatuh sayang dengan si gadis manis di hadapannya saat itu.

Dan dia sudah punya rancangannya sendiri untuk mengikat Andara dalam hidupnya. Dia sangat berharap rancangannya akan terjadi dan tiada sebarang halangan. Puan Maryam nekad untuk tidak akan melepaskan dan membiarkan Andara pergi dalam hidupnya.

Dia tahu dengan sikap polos dan naif Andara itu senang untuk mana-mana pihak mengambil kesempatan terhadapnya.

"Terima kasih nek. Dara sayang nenek." Lantas Andara terus memeluk Puan Maryam tanpa segan silu.

Hanya Puan Maryam tempat dia menumpang kasih selepas kehilangan Ibu dan Abahnya.

ANDARA membawa dulang yang berisi teko air dan sedikit pengat pisang ke ruang santai yang terdapat meja dan kerusi sofa di tepi kolam renang yang terdapat di dalam rumah Puan Maryam. Puan Maryam yang sedang membuang daun kering pada pokok bongsainya itu ditegur lembut.

"Nek, Dara ada buatkan pengat pisang dengan Teh O panas ini. Jom la makan dulu. Kalau dah sejuk nanti tak sedap pula."

Air di tuang ke dalam cawan yang disediakan. Puan Maryam melangkah mendekati Andara lalu melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Rajin la Dara nie, kalau hari-hari macam ini, boleh gemuk nenek dibuatnya." Andara tersenyum kecil.

"Dara tengok ada pisang lebih tadi, dari membazir, Dara buat la pengat. Boleh juga nenek makan petang."

Puan Maryam mengambil tangan Andara lalu memgenggamnya erat. Dia merenung Andara dengan penuh kasih. Kasih sayangnya terhadap Andara mula hadir.

Andara yang merasa tidak selesa dengan renungan Puan Maryam itu terus menunduk. Dia mula terfikir, dia ada buat apa-apa kesalahan ke sampai nenek renungnya bagai nak tembus.

"Nek.. Kenapa tenung Dara macam tu? Dara ada salah cakap ke?" Andara mula cuak.

Puan Maryam yang tersedar dari lamunan itu terus berdehem.

"Tak adalah. Kalau nenek nak tanya Dara jangan salah faham ye."

Andara berkerut.

"Tanya apa nek?"

Puan Maryam menarik nafas sebelum dilepaskan perlahan.

"Dara okay ke duduk sini dengan nenek? Dara tak terfikir nak sambung belajar ke? Dara kan masih muda."

Andara gigit bibirnya kuat.

Soalan yang diajukan kepadanya tiba-tiba buat dia teringat akan ibu dan ayahnya. Janji untuk melanjutkan pelajarannya hingga ke menara gading hanya terkubur begitu sahaja apabila dia hilang tempat bergantung sekelip mata.

Kepalanya digelengkan perlahan.

"Dara tak mampu. Dara tak ada duit nak tampung kos belajar yang mahal tu. Dara suka duduk dengan nenek, kerja dengan nenek. Nenek bagi Dara tumpang berteduh dekat sini pun dah cukup buat Dara. Nenek jangan halau Dara. Dara tak tahu nak pergi mana lagi. Dara kerja dengan nenek tanpa gaji pun tak apa asalkan nenek bagi Dara tumpang dekat sini. Please nek.." Airmatanya mula mengenang dibirai mata.

Puan Maryam yang melihat terus menarik Andara dalam pelukkannya. Belakang Andara diusap. Bagi menenangkan remaja tersebut. Kelibat Mak Mah yang berada dipintu itu dipandangnya sekilas, Mak Mah yang melihat situasi tersebut tidak jadi untuk melangkah mendekati mereka berdua.

"Tak. Nenek tak akan halau Dara. Dara nak duduk sini dengan nenek sampai tua pun boleh. Dah, taknak nangis lagi. Nanti tak comel dah cucu nenek nie."

Andara tergelak kecil bila mendengar nenek vougenya memujuknya. Seperti anak kecil.

Andara sayang nenek..

Thanks nek vouge.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience