CHAPTER 10

Romance Series 161938

Muka beku Hayden disebelah buat Andara tidak berani untuk menegurnya. Permintaannya untuk tinggal di rumah Puan Maryam diterima oleh lelaki disebelahnya itu. Dia mengerling sekilas ke sebelah kiri.

Hayden yang sedang khusyuk meneliti email di Ipad itu dipandang. Kehadiran tiba-tiba lelaki itu dalam hidupnya buat hidupnya tidak tenteram.

Bunyi deringan telefon bimbit Hayden menghentikan lamunan Andara. Segera dia mengalihkan pandangan ke hadapan. Tidak mahu di tuduh sebagai perempuan gatal. Mencuri pandang lelaki.

"Speak."

Hayden diam mendengar berita yang disampaikan oleh pemanggil disana. Dengar sahaja apa yang disampaikan oleh si pemanggil, rahangnya diketap kuat. Matanya terus menikam tajam pada wajah Andara.

Andara yang terasa seperti diperhatikan menoleh. Dia seakan terkejut melihat muka Hayden yang putih mula bertukar kemerahan, seperti menahan marah.

Dia menunduk. Kedua belah tangannya diramas sesama sendiri. Hatinya mula berdetak laju.

"Haikal, turn back to the black mansion now." Arah Hayden. Haikal sedikit terkejut dengan arahan tiba-tiba oleh Tuannya namun tetap juga dia akur. Laju sahaja dia mengangguk dan segera buat pusingan u-turn.

Andara yang menyedari akan hal itu terus menoleh ke arah Hayden. Seolah menagih jawapan dari lelaki disebelahnya itu.

"Tuan cakap nak hanya saya balik rumah Puan Maryam. Kenapa U-turn?" Tanya Andara dalam ketakutan.

"I need to settle down something. Nanti Haikal akan hanya kau." Andara hanya mengangguk.

Tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati dengan situasi ini tapi dia hanya biarkan. Tidak berani untuk bertanya lagi.

_______________________________________________________

Apabila kereta berhenti di depan pintu rumah, Hayden terus keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Andara. Maklumat dari Zander yang ingin disampaikan lebih penting sekarang ini.

"Damn it!" Jeritan kuat Hayden dari dalam rumah buat Andara tersentak.

Kakinya teragak-agak ingin memasuki rumah itu tapi dia tetap melangkah juga walaupun hatinya melarang keras. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, Zander terus memandang tepat ke arahnya. Riak wajah Zander yang kelihatan terkejut itu buat Andara bertambah hairan.

Melihat raup wajah Zander, Hayden segera menoleh ke arah pandangan Zander. Mata hitamnya tajam menikam wajah Andara yang berada di muka pintu. Wajahnya mula bertukar bengis.

Andara mula menggigil apabila melihat Hayden mula mendekatinya. Dia mengundur setapak demi setapak. Zander seakan cuba menghalang hayden daripada mendekati Andara namun ditepis kuat olehnya.

"Go Andara!" Jerit Zander kuat tapi terlambat.

Hayden terus menarik pergelangan tangan Andara kemudian tubuh Andara dihentak kuat pada dinding. Tangan sebelah kiri Hayden menekan kuat bahu Andara.

Andara pula memejam mata, menahan rasa perit dibahagian belakang dan bahu. Dia takut melihat wajah bengis Hayden yang berubah tiba-tiba.

"Where you get this necklace, Cahaya Andara?" Tanya Hayden keras sambil tangan kanan memegang erat seutas rantai emas yang mempunyai loket bermata ruby.

Mata Andara membulat. Itu rantai dia. Rantai yang dia sorok di rumah Puan Maryam tapi kenapa ada pada Hayden.

Andara ketap bibir kuat.

"Answer me!" Jerit Hayden kuat sambil tangan menumbuk kuat dinding tepat disebelah kepala Andara.

"Stop it bro. You hurt her!" Zander cuba menghalang tapi bukan jenis Hayden untuk dengar arahan orang.

"Just get the hell out from here, Zander. Kalau kau tak nak cari nahas dengan aku." Arah Hayden keras tanpa mengalihkan pandangannya pada Andara.

Zander akur. Walaupun dia teragak untuk meninggalkan Andara dengan Hayden, tapi dia melangkah juga dalam terpaksa. Tidak sama sekali untuk mencari nahas dengan Hayden yang baran itu.

Andara mula menangis teresak-esak. Tubuhnya menggigil kuat.

"I'm still waiting for your answer."

"Ran..rantai sa..saya. Arwah a..aayah sa..saya ba..bagi sebelum di..dia meninggal. Tolong lepaskan saya, tuan. You hurt me." Balas Andara dengan suara yang perlahan.

Tersedar akan perbuatannya, dia terus melepaskan pegangangnya di bahu Andara. Dan sekelip mata tubuh Andara melorot jatuh ke bawah. Andara menangis teresak-esak disitu. Dia mula terasa benci akan lelaki didepannya itu. Dia tidak tahu apa salahnya sampai lelaki itu bertindak seperti ini padanya.

Hayden meraup muka dengan kasar.

"Keep about this necklace as a secret and I don't want to hear anything about this necklace anymore until I said it yes. I will take this with me. Understood Cahaya Andara?"

"Ye tu..tuan." Andara langsung tidak mengangkat wajahnya.

"Iris, bring her to upstairs."

Setelah mendapat arahan dari Tuannya, Iris segera mendekati Andara dan membantu gadis itu bangun dan membawanya naik ke bilik. Iris merupakan adik Haikal, yang juga pembantu rumah di situ.

Andara gagahkan juga dirinya melangkah ke tingkat atas. Akibat kejutan yang diberikan oleh hayden sebentar tadi, seluruh tubuhnya terasa lemah. Muka yang putih bertukar menjadi kemerahan.

Sampai sahaja di bilik, dia segera membaringkan tubuh di atas katil tanpa menghiraukan pandangan perempuan yang bernama Iris itu. Dia memeluk kuat kedua belah lututnya. Air mata tidak henti mengalir keluar.

"Kalau Dara perlukan apa-apa, nanti panggil akak ye. Akak turun siapkan makanan dulu, nanti akak naik hantar." Melihat tiada respon dari Andara, Iris terus keluar meninggalkannya.

Sementara di mini pejabat Hayden sedang termenung jauh memandang ke luar tingkap. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Berbaju t-shirt hitam berlengan pendek menampakkan sedikit tatoo yang tersembunyi disebalik bawah lengannya itu.

"Apa kau nak buat sekarang?" Tanya Ethan Hayyes memecahkan kesunyian diruangan itu.

Hayden berpaling dan melangkah mendekati Ethan. Melabuhkan punggung dihadapan kawannya itu. Rantai diatas meja dihadapannya itu dipandang sebelum mata hitamnya memandang tepat ke arah lelaki dihadapannya itu.

"I'm going with you to Italy."

"For what? What are trying to do? Non essere stupido (don't be stupid)." Ujar Luth Ethan keras.

Bukan boleh buat main dengan Hayden ni. Kalau datang gila dia, jadi macam tadi la. Orang yang tak bersalah jadi mangsa. Bukan dia tidak tahu apa terjadi sebentar tadi.

Hayden berdecit perlahan sambil tersenyum sinis.

"I know what I'm doing. Non ti preoccupare (don't worry about it)." Rokok ditangan dihembus ke atas.

Ethan hanya mengangguk. Kalau itu yang diputuskan oleh kawannya, dia akur. Tanpa menunggu lama, Ethan bangun dari duduknya. Bersedia untuk beredar.

"I keep your word. And don't be late."

Pesan Ethan sebelum dia meninggalkan Hayden disitu dengan senyuman penuh bermakna. Hanya mereka berdua sahaja tahu maksud disebaik senyuman itu.

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-07-13 22:39:59 

next please


NovelPlus Premium

The best ads free experience