CHAPTER 13

Romance Series 161938

Sudah hampir satu minggu Andara berada di rumah Hayden. Dia juga sudah boleh menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran di rumah mewah milik suaminya itu. Segala makan minum dan pakaian Hayden, Andara uruskan tanpa bantahan.

Kebelakangan ini juga Hayden sangat sibuk dengan kerjanya. Pergi awal pagi dan kadang-kadang dekat maghrib baru balik. Tumpuan dia terhadap Andara juga kurang.

"Dara.. Tolong ikatkan tali leher aku nie kejap." Andara berkerut dahi.

Tak pernah pula sebelum ini menyuruh dia ikat tie. Andara tetap juga melangkah mendekati Hayden. Tali leher yang sudah berada dileher suaminya itu ditarik perlahan lalu cuba untuk mengikatnya. Seumur hidupnya tak pernah dia ikat tie, mana nak reti.

"Erk.. Tuan.. Macam mana nk ikat nie? Saya tak pandai." Andara bersuara perlahan sambil merenung ke arah Hayden.

"Seriously Dara? Tak pernah langsung ikat tie?" Dan Andara hanya mengelengkan kepala sambil mata terkebil-kebil melihat Hayden. Dia orang kampung mana pernah sentuh tie nie semua.

Hayden tersenyum senget. Sebelum menarik pinggang Andara rapat ke tubuhnya. Tangannya mengusap lembut pipi Andara. Matanya menikam tajam ke arah bibir mungilĀ  kemerahan milik Andara itu. Sudah lama dia ingin menyentuh bibir itu tapi tidak berkesempatan lagi.

Tanpa menunggu lama, dia terus menerkam bibir isterinya itu.
Mata Andara terbuka luas. Terkejut dengan tindakan spotan suaminya itu. Baju kemeja Hayden digengam kuat. Tidak pernah dia rasa seperti ini.

Apabila tiada tindakbalas dari Andara, Hayden melepaskan bibir tersebut. Dia merenung tidak puas hati pada Andara.

"Kenapa tak balas?"

"Hah?" Andara seakan blurr dengan soalan Hayden.

"Why you don't kiss me back?"

"Sa..saya tak pan..pandai." Jawap Andara. Wajahnya ditunduk ke bawah.

Hayden seakan terkejut dengan jawapan yan keluar dari bibir mungil itu.

"Kau biar betul? So I'm the first who kiss you?"

Andara mengangguk. Muka Andara mula bertukar menjadi merah. Tak tahu nak jawab apa. Memang itu kenyataannya. Tidak mungkin dia akan bagi orang bukan yang halal dengannya buat sesuatu melainkan suaminya.

"So, I need to teach you some lesson this morning." Hayden tersenyum sinis.

"Hah?" Tak akan la Hayden nak tunjuk dekat dia cara-cara nak bercium. Andara mula gelabah.

"Close you eyes when i kiss you then kiss me back whenever you are ready and open your mouth."

Tanpa menunggu lama, Hayden mengurut lembut bibir Andara. Dan tidak sampai seminit Andara pejamkan matanya lalu membalas ciuman Hayden. Hayden mengeratkan lagi pelukannya dipinggang Andara. Manakala sebelah tangannya lagi turun perlahan ke bawah.

Akibat terkejut dengan tindakan spontan Hayden menyebabkan Andara membuka mulutnya sedikit. Tanpa menunggu lama Hayden terus mendalamkan ciuman mereka. Rasa sensasi mula hadir dalam diri Andara membuatkannya terasa tidak cukup nafas. Tanpa menunggu lama Andara menolak kuat dada Hayden sebelum Hayden melepaskan bibirnya perlahan.

"Not bad. I like." Hayden tersenyum apabila melihat Andara menundukkan muka. Malu.

"Tu.. Tuan dah lewat nie. Tuan pergi la kerja dulu." Tidak dinafikan jantung Andara makin kuat berdegup. Tidak pernah bibirnya diceroboh orang sebelum nie.

"Erm.. Rasa taknak pergi kerja pula. Kalau aku nak tuntut hak aku sekarang juga, boleh?" Sengaja Hayden menduga. Leher Andara mula dikucup perlahan.

Lagipun sudah lama bersabar menahan gelora dihati apabila melihat tubuh Andara yang cukup sempurna dimata lelaki.

"Tapi..."

"Tonight dear." Belum sempat Andara membalas, laju Hayden memotong dengan renungan tajam lalu melepaskan pelukan di pinggang isterinya itu.

Tanpa kata Hayden meninggalkan Andara yang terpinga-pinga.

Tak faham dengan perangai suaminya. Kejap garang, kejap terlebih mengada. Boleh buat dia putus nafas.

_______________________________________________________

Andara yang berada di dapur sedang sibuk menyiapkan hidangan untuk makan malam dia dan suaminya. Semua jenis lauk dalam peti sejuk ada sejak dia masuk ke dalam rumah ini. Semua keperluan telah siap tersedia. Ini memudahkannya kerjanya.

Lauk simple hanya tomyam, ayam goreng dan telur dadar untuk makan malam mereka nanti.

Jam sudah menunjukkan pukul enam petang tapi kelibat Hayden masih juga belum kelihatan. Sambil menunggu suaminya pulang, kakinya melangkah ke kolam renang yang terdapat di laman sebelah kanan rumah. Buat kolam besar-besar siapa nak mandi.

Andara mencebik.

Kalau dia pandai berenang boleh juga dia terjun terus dalam kolam tu. Punggung dilabuhkan disisi kolam. Lalu kakinya dicelup ke dalam kolam. Bestnya kalau pandai berenang ni.

Andara tersenyum.

"Kau siapa?!" Satu suara menyentak lamunan Andara.

Andara berpaling ke arah suara itu. Matanya membulat. Terkejut dengan kehadiran seorang perempuan yang berpakaian agak menjolok mata. Lipstik merah menyala menghiasi bibir perempuan itu dan rambut yang keperangan.

"Ma..maaf, cik siapa ye? Cik nak cari siapa?" Andara bangun dari duduk.

"Eh.. Soalan aku tu yang patut kau jawab. Kau siapa? Apa kau buat dalam rumah boyfriend aku nie?" Perempuan itu mara ke arah Andara.

Kenyataan yang baru sahaja keluar dari mula perempuan itu begitu mengejutkan Andara.

Hayden ada kekasih?

"Saya isteri Tuan Hayden. Cik siapa?" Tanya Andara lagi. Dia mula gementar apabila melihat raut wajah perempuan di hadapannya itu seperti marah.

"Isteri? Sejak bila dia kahwin? Kau jangan nak buat cerita la perempuan! Aku yang patut kahwin dengan dia."

Belum sempat dia menerkam Andara, satu suara mencelah.

"Qisya! Apa kau buat dekat rumah aku nie?" Hayden muncul di antara mereka.

Melihat sahaja kelibat Hayden, perempuan yang bernama Qisya itu terus menerpa ke arah Hayden.

"Baby.. I datang sini nak jumpa you. Tapi siapa perempuan nie baby? Berani dia cakap dia wife you." Qisya tergelak sinis. Lengan Hayden dipaut kemas.

Andara menunduk. Tidak sanggup untuk melihat adegan mesra perempuan itu dengan suaminya.

"Dara, siapkan makan malam. Aku nak naik mandi kejap. Qisya, tolong balik. Aku tak ada masa nak layan kau." Hayden berlalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Qisya hentak kaki tanda bengang. Matanya merenung tajam ke arah Andara. Tanpa menunggu lama, akal jahatnya mula bertindak.

"Arghhh."

To be continued..

Author Note : Maaf tak dapat update selalu dan lambat update. I'm partime writer. Ada kerja hakiki. Harap u all faham and don't push me..

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-10 22:45:45 

oh dear next please tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience