DOKUMEN yang bertimbun di atas meja diselak satu persatu. Setiap urusan jual beli, keluar masuk stock barang kemas disemak satu persatu. Setiap pesanan dan kualiti yang diimport harus diteliti dengan baik.
Segala batu permata serta berlian yang digunakan pada barang kemas di kedai dia adalah diimport dari luar negara. Untuk memenuhi setiap citarasa dan kepuasan pelanggannya terutama pelanggan VVIP.
Hayden Lee adalah seorang usahawan yang memiliki berpuluh-puluh cawagan HLee Jewels diseluruh negara. Satu-satunya anak tunggal lelaki kepada Adam Lee dan Sofie Aisyah . Juga pewaris utama Syarikat Lee's Holding.
Telefon di atas meja yang berdering menganggu perhatian Hayden. Dia mengeluh seketika dia melihat nama yang tertera.
"Assalamualaikum mum. Yes, what can I do for you, mum?" Pelipisnya dipicit. Menghilangkan sedikit tegangan di kepala.
"Waalaikummusalam.. Along balik rumah tak petang nie? Jangan cakap tak jadi pula."
Kadang-kadang Puan Sofie Aisyah sedikit geram dengan anak sulungnya itu. Terlalu workholic sampai dirumah pun masih mengadap kerja.
"Balik ma. Along nak settle kerja sikit lagi nie. Lepas itu along terus balik." Dia menjawab perlahan. Tiba-tiba terasa kuat kencaman di kepalanya.
"Okay kalau macam tu. Jangan lewat ye. Nanti bising papa. Love you."
"Alright. Love you too mum." Dia terus menyandarkan kepalanya dikerusi untuk seketika.
Sejak dia buat keputusan untuk duduk di rumah sendiri, mamanya tidak pernah putus asa memujuknya untuk berkahwin. Kata Puan Sofie Aisyah tidak la dia sunyi bila ada cucu nanti. Alasan yang sudah lapuk. Ada sahaja dia buat drama airmata bila Hayden berada didepan mata.
Bagi Hayden, cukup la sekali dia terluka. Kehilangan orang yang tersayang dalam hidupnya buat dirinya hidup dengan bayang-bayang selama beberapa tahun.
Angkara khianat, dia kehilangan tunang kesayangan seminggu sebelum majlis pernikahannya. Ujian yang cukup besar dalam hidupnya.
Malas melayan perasaan, Hayden bangun dari kerusi, baju kot di sangkut pada kepala kerusi diambil. Meja bersempah dengan dokumen ditinggalkan begitu sahaja. Kaki melangkah keluar dari bilik pejabatnya.
Meja setiausahanya dihampiri.
"Saera.. Please cancel my meeting this afternoon and please clean up my desk. Thanks." Hayden terus meninggalkan Saera tanpa menunggu balasan dari setiausahanya itu.
KERETA mewah Audi itu memberhentikan kereta betul-betul dihadapan pintu utama Villa Sofie milik keluarga Hayden Lee.
Hayden melangkah longlai ke ruang tamu serentak melabuhkan tubuh di sofa yang berada di ruang tamu ini. Baju kot dan tie entah ke mana. Briefcase miliknya diletakkan ditepi sofa. Tiga butang baju teratas sudah dibuka.
Sebelah tangan di letakkan di dahi manakala sebelah lagi di atas perut. Mata terus terpejam. Badannya terasa sangat lesu. Tidak tahu kenapa jadi macam ini.
Puan Sofie Aisyah sedikit terkejut bila melihat anak sulungnya itu sedang elok tidur di ruang tamu. Baru sekejap tadi dia menelefon Hayden. Tengok-tengok dah ada dekat sini.
Macam pelik je. Dia melangkah mendekati anak lelakinya itu. Punggung dilabuhkan di atas meja kopi berhadapan dengan Hayden.
"Along, awal balik nie kenapa? Are okay?" Soalnya prihatin.
Puan Sofie Aisyah memang seorang ibu yang penyayang dia mempunyai dua orang anak. Dan Hayden merupakan anak lelaki tunggalnya.
Hayden yang hampir terlelap terus membuka mata bila mendengar suara mamanya itu. Dia bangun sambil dahi berkerut. Sakit kepala dari tadi makin kuat mencengkam.
"Along rasa tak sedap badan la ma. Lepas mama call tadi, tiba-tiba je terasa sakit kepala." Dahinya diurut perlahan.
Pun Sofie Aisyah melabuhkan punggung disebelah Hayden pula. Belakang tangan diletakkan ke dahi anaknya itu.
Tak panas pun.
"Nak kata deman tak ada pula. Banyak sangat kerja ke sampai macam nie sekali? Apa yang along fikirkan sangat?" Dia mula soal siasat anaknya itu.
Tahu sangat anaknya itu jenis workaholic. Sama macam suaminya. Anak dan bapa sama je.
"Mana ada ma. Kalau along busy, along tak akan balik sini la." Hayden menjawab soalan mamanya perlahan. Mata masih terpejam.
"Amboi.. Sedap mulut. Along tak balik, mama yang pergi cari along nanti. Jangan lupa janji awak tu pada mama. Jangan sampai mama sebut satu-satu ye." Puan Sofie Aisyah mula geram dengan sikap anaknya seorang ini.
Mulut ikut main sebut je bila bercakap. Tak ada perasaan ke budak nie. Baru je kehilangan tunang, bukan bini lagi.
Dia mula membebel dalam hati.
"Along gurau je la. Okay la ma. Along naik atas kejap. Nak mandi , rehat kejap. Love you ma." Ubun-ubun mamanya dikucup lembut.
Dia terus melangkah naik ke biliknya di tingkat dua. Ingin mehilangkan rasa sakit di kepala. Harap hilang la sakit ini sebelum malam.
Sampai sahaja dibiliknya, dia terus menanggalkan baju dan seluar ditubuh tegapnya itu. Tinggal hanya boxer ditubuh. Mata memandang pada pantulan dirinya dicermin meja soleknya. Parut yang terdapat di bahagian bawah perut diusap sebelum melepaskan keluhan. Mata dipejamkan sejenak, mengusir bayangan yang muncul.
Kaki melangkah masuk ke bilik air yang hanya berdindingkan cermin sepenuhnya. Menampakkan pemandangan pokok hijau diluar sana. Orang luar tidak akan nampak orang yang berada didalam. Biliknya direka sendiri olehnya mengikut citarasanya.
Telefon ditangan mula mencari contact nama kawannya. Luth Ethan.
Tidak menunggu lama, panggilannya dijawap.
"Bro, sorry aku tak boleh pergi dekat mansions kau malam nie. Aku rasa tak sihat sikit." Ujarnya kepada Luth Ethan.
"It's okay. I will handle it. Tapi jangan lupa apa yang kita bincangkan semalam." Pesan Luth Ethan.
Hayden tergelak kecil.
"Don't worry, I won't. See you then." Dia segera menamatkan panggilannya.
Hayden mengeluh untuk ke sekian kalinya. Dia hanya ada masa selama tiga hari untuk selesaikan kerjanya sebelum ambil cuti selama seminggu. Arahan mama yang wajib ikut.
Damn!
Share this novel