Segala persiapan majlis pernikahan Hayden dan Andara dilakukan oleh Puan Maryam sekeluarga di rumah Puan Maryam sendiri. Atas permintaan Hayden, majlis ini dilakukan secara tertutup. Hanya saudara terdekat dan kawan baik Hayden sahaja dijemput.
Andara juga tidak membantah. Lagipun dia sudah tidak ada saudara mara lain selepas ayah dan ibunya meninggal dunia. Dia bersetuju dengan perkahwinan ini adalah sebab terpaksa dan dia juga sudah tiada keluarga. Dia hanya ingin menumpang kasih pada keluarga Puan Maryam. Harap keputusan dia buat ini adalah betul.
Inai putih yang diukir di jari di pandang. Kedua belah tangannya di ramas lembut.
Hati mula terasa debarannya. Semua telah siap sedia. Menunggu tok kadi mengoncang tangan pengantin lelaki.
Terasa tangannya digengam erat oleh Puan Maryam disebelah kanannya. Manakala sebelah kirinya ditemani oleh mama Hayden sendiri.
"Dara okey?" Tanya Puan Maryam.
Andara hanya mengangguk dan tersenyum. Padahal dalam hati dia saja yang tahu.
Mama Hayden menarik tangan Andara lalu mengenggamnya kemas. Memberi semangat kepada Andara. Dia tahu perasaan Andara sekarang.
Tok kadi mula mengenggam erat tangan Hayden Lee. Kelihatan Hayden tenang menyambut huluran tangan Tok kadi Dan hanya beberapa saat lafaz akad dilafazkan oleh Hayden dengan tenang dan lancar.
Alhamdulillah..
Semua orang mengucap syukur akhirnya majlis akad nikah berjalan dengan lancar.
Sebaik sahaja selesai akad nikah, Hayden menghampiri Andara untuk menyarung cincin.
Debaran dihati Andara kian berdegup kencang apabila Hayden kini berada di depannya dengan wajah yang serius.
Cincin disarung ke jari manis.
Andara mengucup lembut tangan Hayden yang kini bergelar suaminya.
Hayden pula mengucup dahi Andara lembut kemudian doa berbisik sesuatu ditelinga Andara.
"You are mine now Mrs Hayden Lee. I will never let you go. Remember that Cahaya Andara." Lalu dia mengucup lembut telinga Andara sambil tersenyum sinis.
Andara ketap bibir kuat.
Apa maksud dia?
_______________________________________________________
Punggung dilabuhkan di kerusi sofa diruang tamu. Badan disandarkan pada sofa. Penat sangat dan kaki terasa lenguh. Seharian Hayden mengusung Andara ke hulu ke hilir, perkenalkan dia dengan kawan suaminya. Tangannya digengam erat oleh Hayden buat dia tidak boleh lari.
Walaupun majlis ini diadakan secara tertutup, tetap juga ramai tetamu dan kenalan keluarga suaminya dijemput. Terasa seperti mimpi. Sekelip mata dia telah bergelar isteri kepada Hayden Lee. Lelaki yang dia tidak kenal luar dan dalam.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh Hayden.
"Kau buat apa dekat sini? Merata aku cari." Hayden melabuhkan punggung disebelah Andara. Kepala direhatkan dikerusi. Mata dipejamkan.
Tubuh mula terasa penat.
"Maaf, kaki saya lenguh sikit. Tu duduk sini kejap." Andara hanya menunduk.
Hayden buka mata lalu bangun dari duduk. Pantas dia mencapai tangan Andara lalu menarik Andara bangun. Andara terpinga-pinga.
"Jom la naik atas. Rehat." Hayden terus menarik Andara mengikut langkah kakinya naik ke bilik.
Sampai sahaja di depan bilik Hayden terus memulas tombol pintu dah melangkah masuk bersama Andara.
Andara mula resah. Kelihatan suaminya dengan selamba membuka baju dan seluar di depannya. Dia hanya menunduk apabila melihat tubuh tegap suaminya itu hanya dibaluti dengan boxer sahaja.
"Apa yang kau tercegat dekat situ? Aku nak mandi. Tolong siapkan air mandian aku dalam bathtub" Arah Hayden lalu dengan selamba dia membaringkan tubuh ke atas katil.
"Ba..baik Tuan." Andara segera menyiapkan tugasnya.
Dan beberapa minit, dia keluar semula apabila tugasnya selesai. Kelihatan Hayden sedang berdiri di balkoni bilik sambil bercakap di telefon. Manakala tangannya memegang sebatang rokok. Tubuh tegapnya kini dibaluti dengan tuala hanya paras lutut. Masih kelihatan seksi.
Andara mengucap panjang apabila tersedar dia terlanjur menilik tubuh suaminya.
Dia segera mendekati Hayden bila melihat suaminya menamatkan panggilan tadi.
"Tuan, air mandian dah siap." Hayden menoleh lalu mengangguk dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi.
Andara membuka tudung di kepalanya. Pin yang melekat ditudung diletakkan di dalam bekas yang disediakan. Rambut yang di sanggul dileraikan. Lega sedikit kepala. Belum sempat kaki melangkah ke katil, namanya diseru.
"Andara, come here." Laung Hayden dari bilik air.
Andara mengeluh. Apa lagi mamat nie nak. Mandi je lah. Ish. Tak boleh bagi orang tenang sikit ke.
Dia tetap melangkah jua. Belum sempat tangannya mengetuk pintu bilik air, dia ditarik masuk ke dalam.
Klak!
Pintu dikunci.
Hayden merenung tajam ke arahnya sambil bersandar di pintu tersebut. Andara mengudurkan sedikit jarak antara mereka. Dia mula gelabah.
"Tu..Tuan nak apa?" Tanya Andara perlahan. Kepala menunduk, jari dimainkan antara satu sama lain.
"Nak kau." Jawapan suaminya buat Andara mengangkat kepalanya laju. Hayden tersenyum sinis. Sengaja ingin melihat reaksi isteri yang baru dinikahinya.
"Take it off." Arah Hayden.
"Hah?" Andara blurr sekejap. Nak tanggalkan apa?
"I said take off your clothes now." Lalu dia melangkah setapak demi setapak ke arah Andara.
Mata Andara membulat. Lalu dia mengelengkan kepala lagu.
"Sa..saya taknak."
Hayden ketap rahang kuat.
"Kau nak buka sendiri atau aku yang bukakan. Just choose it." Hayden seakan memberi amaran kepada isterinya itu.
Andara gigit bibir kuat. Dalam rela dia terpaksa. Perlahan dia menarik zip baju di belakang turun ke bawah. Baju kurung nikahnya itu kemudian melurut jatuh ke lantai. Begitu juga dengan kain.
Muka putihnya bertukar merah. Pertama kali dia keadaan seperti itu di depan lelaki. Hanya bra dan panties.
Hayden mendekati Andara sambil mata liar menilik tubuh isterinya itu. Dia tersenyum senget.
"Wow. Nice choice. And nice ass too." Hayden terus mengangkat Andara lalu diletakkan ke dalam bathtub yang telah dipenuhi dengan buih sabun. Andara yang terkejut menjerit kecil.
Jantungnya mula mengempam dengan laju apabila Hayden juga masuk dan duduk di belakang Andara. Ini kali pertama dia bersama seorang lelaki dalam keadaan intim macam ini. Perlahan tubuhnya ditarik bersandar pada tubuh Hayden.
Hayden mengucup bahu Andara perlahan sambil tangan mengusap lembut perut isterinya disebalik buih sabun itu. Cuba melembutkan tubuh isterinya yang kejung itu.
"I'm your husband now. You are mine. Luar dan dalam, kau hak aku. Milik aku seorang. Layan dan hormat aku sebagai suami kau. That all I want. Get it?"
Hayden bersuara dengan nada yang sedikit tegas. Dia tidak akan bagi muka pada Andara kerana dia taknak isterinya itu hilang hormat padanya suatu hari kelak.
"Fa..Faham tu..tuan."
"Good girl." Kepala Andara dikucup lembut.
Share this novel
like it so much..can't wait what next..