Kereta yang dinaikinya berhenti betul-betul depan pintu masuk bangunan mall yang serba mewah itu. Pintu bahagian penumpang dibuka oleh Mike. Puan Sofie keluar dari kereta sambil tersenyum pada Mike. Arahan anaknya sendiri iaitu perlu membawa Mike sekali jika ingin membawa isterinya keluar.
The H City Mall.
Andara melihat nama mall yang tertera di pintu masuk mall itu dengan penuh rasa kagum. Perlahan dia mengikut langkah Puan Sofie masuk ke dalam bangunan itu.
Andara sedikit terpegun dengan hiasan dan struktur bangunan mall ini. Dekorasi yang menunjukkan tema back to natural. Air pancut menghiasi ruangan lobi Mall ini buat Andara tersenyum.
"Dara suka?" Tanya Puan Sofie apabila melihat Andara seperti ralit melihat suasana di lobi itu.
"Suka. Cantik la mama. Dara tak pernah pun datang tempat macam ini dan Dara tak tahu pun ada tempat seperti ini." Terang Andara sambil tersenyum manis pada Puan Sofie. Tangannya digenggam erat oleh Puan Sofie.
"Kalau suka, nanti Dara boleh la datang hari-hari kat sini." Andara berkerut dahi.
"Apa la mama nie, tak akan la nak datang hari-hari dekat shopping mall nie. Bukan Andara kerja kat sini pun." Andara ketawa perlahan.
Mike dan Aliff yang berada dibelakang Andara tersenyum kecil. Sememangnya isteri Tuan mereka ini betul-betul seorang gadis yang polos. Banyak lagi yang belum dia tahu mengenai suaminya itu.
"Yelah. Dah jom, kita nak atas dulu." Puan Sofie tidak mahu bagitahu hal sebenar pada Andara, biar dia tahu dengan sendiri.
"Tingkat 30 ye Datin?" Tanya Aliff selaku bodyguardnya itu.
"Ye Aliff. Kita masuk office dulu kejap lagipun dah nak dekat lunch nie."
Jawapan Puan Sofie buat Andara semakin pelik tapi dia biarkan sahaja kerana tangannya memeluk erat lengan Puan Sofie disebabkan pergerakkan lift kaca itu yang semakin naik tinggi. Dia gayat berani di tempat yang tinggi tambahan pula lift kaca ini boleh lihat keadaan diluar.
Ting!
Bila pintu lift terbuka, laju sahaja Andara keluar dari situ. Tidak betah dia menunggu lama. Kakinya hanya mengekori langkah Mike dan Puan Sofie dihadapan. Manakala Aliff mengekorinya dari belakang.
"Datin dan Puan boleh masuk dulu. Tuan masih dalam bilik meeting. Kejap lagi Tuan masuk." Terang Mike sambil membuka pintu yang cukup besar itu.
Apabila masuk ke dalam pejabat itu, Andara sekali lagi terkejut dan teruja apabila melihat bilik yang hanya berdindingkan kaca itu sangat cantik hiasan dalaman yang bertemakan english tropika.
Dia tidak tahu kenapa dia berada disini dan siapa yang dia sedang tunggu. Nasib baik Puan Sofie ada sekali.
"Erk.. Mama, toilet kat mana ye?"
"Dara masuk je toilet yang ada dalam bilik sana. Pintu sebelah meja kerja tu. Dalam itu ada bilik sekali dengan bilik air." Andara melihat ke arah yang ditunjukn Puan Sofie. Dan dia mengangguk sebelum melangkah pergi.
?
Hayden melangkah masuk ke pejabatnya apabila meetingnya dari pagi tadi selesai. Turut sama bersamanya seorang perempuan cantik yang tinggi lampai persis model turut sama melangkah masuk ke pejabat Hayden. Tangan merangkul erat lengan sang jejaka idamannya itu.
Sudah beberapa kali Hayden cuba untuk merungkai tangan yang berpaut di lengannya tapi tidak dihiraukan. Naik rimas dibuatnya.
"Mama.. What are you doing here? Cakap nak pergi shopping tadi." Hayden terus menyapa Mamanya yang menunggu di sofa dalam pejabatnya.
Mata Puan Sofie memandang tajam ke arah perempuan yang berada disebelah anaknya itu, bertambah panas hatinya apabila tangan perempuan itu merangkul erat lengan anaknya.
Perasan dengan pandangan tajam mamanya, Hayden terus merungkai pegangan itu tapi tidak dihiraukan Nathalie yang juga merupakan bussines partner Hayden.
"Mama.." Andara menyeru nama Puan Sofie dari arah belakang Hayden.
Dia tidak mengenali siapa yang membelakanginya tapi bau perfume yang sangat tidak asing baginya buat dapat dia meneka. Dan Andara tepat apabila Hayden dan perempuan disisi suaminya turut sama menoleh ke arahnya. Tiba-tiba hatinya terasa sakit melihat lengan suaminya dirangkul erat oleh perempuan lain.
"Mama nak ajak Hayden lunch lagipun sekarangkan dah waktu lunch. Jom lunch sekali. Lagipun dah lama mama tak jumpa dengan Hay." Puan Sofie mendekati Andara yang masih berdiri tegak sambil wajah menunduk.
"Perfect! You can join us, auntie. Kitaorang pun nak pergi lunch juga nie. Right honey?" Andara terus mengangkat muka apabila mendengar perkataan Honey dari bibir perempuan itu.
Matanya tepat memandang ke arah Hayden yang masih perhatikannya tapi hanya seketika sebelum dia mengalihkan pandangan lalu tanpa sebarang kata dia terus melangkah keluar dari bilik itu. Tidak betah dia menunggu disitu.
"Sorry Nathalie, i just wanna spend time with my son and daugther in law only. Not you. Let go Hayden Lee." Ujar Puan Sofie keras sebelum meninggalkan mereka.
Dari dulu lagi dia tidak menyukai perempuan yang bernama Nathalie. Suka terhegeh-hegeh dengan anaknya.
Nathalie mendengus.
"Honeyyy.."
"Stop it Nath. Let go of my hand now. We had nothing to discuss anymore and please leave. I have lunch date with my mum. So excuse me." Hayden terus meninggalkan Nathalie disitu.
Sempat dia mengarahkan PA nya untuk mengiringi perempuan itu keluar dari biliknya. Dan dia tahu Andara telah salah faham dengannya tapi mulutnya terlalu berat untuk menerangkan situasi tadi. Lagipun Hayden masih marah dengan permintaan isterinya itu semalam.
Terasa aura yang kuat dibelakangnya buat tubuh Andara tegak berdiri. Dia tahu suaminya berada dibelakang kerana dia sudah lali dengan bau tubuh suaminya.
Dia ketap bibir.
Boleh pula Puan Sofie menyuruh dia turun kemudian bersama Mike dan Puan Sofie ditemani oleh Aliff. Sekarang Mike pula entah ke mana.
Apabila pintu lift terbuka dia terus melangkah masuk begitu juga dengan Hayden. Andara hanya menunduk wajah, tangan kuat menggengam pemegang besi yang terdapat ditepi.
Hayden mengerling ke arah Andara sebelum bibirnya terukir senyuman sinis. Sengaja dia ingin menguji isterinya itu, tak sangka ini reaksi Andara bila melihat dia dengan perempuan lain.
Comel.
Butang close ditekan lalu lift terus bergerak turun. Tubuh Andara mula terasa membahang, peluh kecil mula muncul. Kalau tadi mama ada, boleh pengang mama. Tapi sekarang tak akan nak pegang suaminya pula. Dia masih sakit hati dengan kejadian tadi.
Melihat keadaan isterinya itu, laju Hayden menarik pinggang Andara dan memeluknya erat. Muka disembamkan ke dadanya. Dia tahu kelemahan isterinya yang takut tinggi dan fobia akan darah.
"Just stay." Rambut Andara diusap lembut.
"Lepas la.." Andara meronta. Cuba menunjukkkan tanda protes. Dia masih sakit hati dengan suaminya.
"Jangan degil."
"Tak nakkk." Andara mula berani membantah.
Hayden merenung tajam ke arah Andara. Rahangnya diketap kuat. Geram. Makin berani budak nie melawan cakap ye.
"Fine!" Dia melepaskan rangkulan itu serentak tangannya menekan butang stop dan secara automatik lift berhenti di tingkat 20.
Budak kecik nie perlu di ajar.
"Ke--kenapa lift berhenti? Tu--tuan buat apa nie?" Melihat pandangan diluar kaca lift buat dia ketar lutut. Airmata mula mengenang.
"Kenapa? Tadi macam berani sangat." Ujar Hayden keras.
"Tu--tuan.. Saya takut. Jangan la buat macam niee.." Dia mula mendekat dengan Hayden. Kemeja putih milik Hauden ditariknya perlahan. Hayden hanya membeku. Sengaja menyeksa hati isterinya.
"Nak degil lagi?" Tanya Hayden dengan nada keras. Masih lagi bercekak pinggang.
"Tak nakkk.. Tuaannn.." Laju Andara menggelengkan kepala sambil merengek. Masih lagi memegang erat baju Hayden. Tidak berani memeluk tubuh suaminya, takut nanti kena marah.
Melihat sahaja Andara yang bila-bila masa sahaja akan mengeluarkan air mata, laju tangan menekan butang hijau dah automatik lift bergerak turun. Serentak tubuh Andara dibawa ke dalan pelukkannya. Ubun-ubun dicium.
Siapa merajuk siapa yang marah nie. Nasib la dapat bini muda.
ATTENTION :
THIS STORY WAS ALREADY PUBLISHED IN A PHYSICAL BOOK.
SIAPA BERMINAT BOLEH FOLLOW SIS
IG @author_nurhaxel
Tik Tok @authornurhaxel
Shopee @nur_haxel
Share this novel
author cepat la sambung
maksudnya author dh dk update story ni lagi ke?