CHAPTER 8

Romance Series 161938

"To..tolong. Tolong jangan apa-apakan sa..saya."

Andara memeluk lututnya erat bila melihat dua orang lelaki bertubuh tegap semakin menghampirinya. Salah dia juga kerana terpaksa melalui jalan pintas untuk ke tempat perhentian bus yang jarang dilalui oleh orang. Lewat petang memaksa dia untuk melalui jalan itu. Dia risau sekiranya Puan Maryam mencarinya.

Dia tersilap langkah bila dia menjadi saksi dua orang lelaki didepannya itu telah menembak seseorang lelaki. Akibat terlalu terkejut, Andara terjelupok disitu. Dia mengesot sehingga tubuhnya terperangkap disebalik dinding konkrit itu.

Dua orang lelaki tersebut tersenyum lebar bila melihat mangsa didepan adalah seorang wanita cantik. Peluang keemasan tidak boleh dilepaskan.

"Jangan takut. Abang tak akan apa-apakan adik. Tapi sayang adik cantik sangat untuk tidak diapa-apakan." Salah seorang lelaki yang memakai baju berwarna merah berkata.

Andara mula menangis. Dia takut. Bayangan kisah silam dia mula terlakar difikiran. Dia mengelengkan kepala.

"To..tolong jangan." Dia merayu.

Semoga masih ada sedikit ehsan dari dalam diri mereka berdua.

"Baik.. Abang tolong ye. Abang tolong bukakan baju adik ye." Lelaki yang berbaju hitan itu terus menerkamnya.

Manakala yang lagi seorang memegang kuat kedua belah kaki Andara.

Andara terus meronta-ronta kuat. Selagi daya dia cuba untuk melawan. Bengang dengan tindakan Andara, lelaki berbaju hitam terus menumbuk kuat muka Andara. Lalu dia terus mengoyak baju Andara, sekaligus menampakkan kulit Andara yang putih itu.

Allah..

Muka yang perit akibat ditumbuk itu buat Andara terasa pening. Tenaganya untuk berlawan hilang serta merta. Dia hanya akur jika ini takdirnya. Belum sempat dia menutup mata, bunyi sekali lagi tembakan yang kuat kedengaran kuat sebelum Andara tidak sedarkan diri.

Lelaki berbaju merah tadi ditembak dipaha. Mereka terkejut apabila dikelilingi oleh beberapa orang yang tidak dikenali. Bunyi derapan kasut seseorang semakin dekat.

"Kau..kau siapa? Aku tak ganggu kau kan." Lelaki berbaju hitam tadi meninggalkan Andara lalu bangun mengadap lelaki yang kemas memakai jaket kulit hitam.

"You take what's mine!"

Hayden terus menghayungkan penumbuk ke arah lelaki berbaju hitam tersebut. Marahnya makin membahang bila melihat Andara yang tidak sedarkan diri dan baju terkoyak mendedahkan apa yang tidak sepatutnya.

Apabila lelaki itu tersungkur, Hayden segera membuka jaket hitamnya lalu menutup tubuh Andara. Andara dicepung.

"Take them to the black mansion. Give him some lessons." Arah Hayden kepada Zander. Dan dia terus mencempung Andara dalam kereta.

Pintu belakang penumpang dibuka lalu dia meloloskan diri ke dalam. Kereta yang dipandu oleh Haikal meluncur laju membelah malam.

Andara di atas ribanya di tenungnya lama. Bibir Andara yang pecah dan lebam itu disentuh lembut. Sesuatu perasaan yang cuba dia nafikan semakin kuat terasa. Tubuh Andara disandarkan ke dadanya, rapat.

"I don't know who are you but I will make you mine, Mi Amore."

MATA yang terpejam dibuka perlahan-lahan. Dia memandang suasanan sekeliling bilik. Tubuh yang terasa sakit digagahkan juga untuk bangun.

All black.

Bilik yang kesemuanya hitam dari cadar katil, langsir dan juga dinding dipandangnya hairan. Bayangan yang terjadi semalam buatkan dia terus memandang tepat ada tubuhnya.

Matanya terbutang luas.

Bajunya sudah bertukar. Hanya memakai t-shirt putih yang agak besar dari saiz tubuhnya. Begitu juga seluar boxer paras atas lutut.

Andara mula mengiggil dan dia percaya pakaian yang tersarung ditubuhnya itu adalah milik seorang lelaki. Selimut ditarik hingga ke leher. Dia memeluk lutut erat. Muka disembamkan ke lutut.

Dia takut.

Bunyi pintu bilik dibuka dari luar. Pantas Andara berpaling ke arah pintu tersebut. Matanya membulat melihat seseorang yang sangat dikenali muncul di depan matanya.

"Aa..apa tuan buat dekat sini? Aa..apa tuan dah bu..buat dekat saya?" Tanpa menunggu lama, Andara terus menyoal Hayden.

"Ini rumah aku, suka hati aku la nak buat apa pun. Kau rasa apa aku dah buat dekat kau?" Kening dijongketkan. Wajah sinis dipamerkan oleh Hayden.

Andara menggigit bibir bawahnya kuat. Menahan esakan dari keluar. Matanya mula mengenang.

"Sa..saya nak ba..balik."

Andara mengesot turun dari katil namun belum sempat kaki menyentuh lantai, Hayden terlebih dahulu pantas menolak tubuhnya terbaring di atas katil semula.

Hayden naik ke atas tubuh Andara. Paha Andara ditekan kuat dengan lututnya, menghalang dari Andara meronta. Kedua belah tangan Andara dipegang kemas.

"Kau tak akan pergi dari sini tanpa izin aku. Kau jangan cuba nak lari dari aku. Berterima kasih sikit aku dah selamatkan kau." Hayden bersuara keras.

Andara yang mula menangis teresak-esak itu tidak dihiraukan Hayden. Wajah beku sengaja ditunjukkan. Dia memandang tajam ke arah Andara yang sedang menangis itu.

"Saya tak nak tinggal dekat sini dengan Tuan. To..tolong lepaskan saya. Saya nak balik rumah nenek." Hayden ketawa kuat apabila mendengar apa yang keluar dari mulut si gadis itu.

"Sekali kau sudah melangkah masuk dalam hidup aku, aku akan pastikan kau tak akan keluar dari hidup aku atau dari sini. Except, DIE."

Perkataan DIE sengaja ditekannya kuat serentak mencengkm kuat kedua pergelangan tangan Andara. Rayuan Andara yang kesakitan itu tidak dihiraukan olehnya.

Andara meronta kuat. Dia mula takut dengan lelaki di hadapannya itu. Kalau dia tahu apa yang bakal terjadi pada dirinya, dia pasti tidak akan muncul dalam keluarga Puan Maryam.

"Ap..apa Tuan nak dari sa..saya?" Dia merenung lelaki yang berada diatasnya itu. Dia tidak selesa dengan kelakuan cucu Puan Maryam itu. Dia tidak sangka Hayden bukan seperti yang dia fikirkan.

Hayden tersenyum sinis sebelum mukanya kembali serius. Mukanya didekatkan ke muka Andara.

"You.. I want you. Be mine." Lalu dia bangun dari tubuh Andara dan duduk dibirai katil. Membelakangi Andara.

"In two weeks, you will be mine. Mrs Hayden Lee. I don't take NO as an answer." Hayden segera berlalu dari situ.

Andara yang terkejut itu terus meraung kuat. Dia tak nak hidup dengan lelaki yang dia tidak kenal. Dia takut yang dia akan terluka lagi. Dia tidak mahu hidup dengan lelaki yang bernama Hayden Lee. Bukan itu yang di harapkan. Dia tidak mahu ada kaitan dengan sesiapa pun.

Andara menangis teresak-esak. Kedua belah lututnya dipeluk kemas. Air mata yang mengalir keluar tidak dia hiraukan. Hatinya sakit diperlakukan seperti itu.

Nenek...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience