CHAPTER 3

Romance Series 161938

KERETA mula meluncur laju, menuju ke destinasi yang dituju. Dari dalam cermin, Haikal mencuri pandang wajah bosnya yang serius memanjang di kerusi belakang. Wajah yang tidak pernah tersenyum sejak kehilangan orang tersayang.

Sikap yang sentiasa beku buat semua orang takut untuk bertegur sapa dengan pemuda yang berusia awal 30-an itu.

Hayden yang tekun membalas email pada ipad ditangannya itu seakan menyedari dirinya diperhatikan terus mengangkat muka.

"Apahal kau tenung aku macam tu? Ada apa-apa masalah ke?" Tanya Hayden sedikit tidak puas hati.

Tahu la muka aku handsome tapi aku bukan kunyit. Getus hati Hayden.

"Tak.. Tak ada apa la bos. Saya cuma pelik je, bos kan dah lama tak balik kampung. Tapi kenapa tiba-tiba hari ini balik pula? Ada apa-apa ke bos?"

"Arahan mem besar. Mana boleh says no. Aku pun tak tahu kenapa dia suruh semua orang balik." Hayden meletakkan Ipadnya di sebelah. Pandangan dihala ke luar tingkap kereta.

"Dia nak suruh bos kahwin kot. Mana tahu dah ada calon untuk bos." Haikal tergelak kecil bila melihat muka terkejut bosnya itu.

"Kau jangan nak memandai boleh tak. Tak ada masa aku nak fikir semua tu. Sebelum terlupa, selepas hantar aku nie kau terus balik, tak payah stay. Nanti kau hantar terus barang yang aku bagi tu pada Ethan."

Haikal mengangguk.

Arahan yang diberi harus diselesaikan dengan segera kalau tidak mahu singa mengamuk nanti. Cukuplah sekali dia pernah melihat bosnya itu mengamuk. Hayden Lee dan Luth Ethan tiada bezanya.

HAYDEN melangkah masuk ke dalam Teratak Bonda milik neneknya itu. Suasana sunyi buat dia tercari-cari kelibat neneknya itu. Selalu sudah terpacak di muka pintu utama sebaik sahaja dia sampai.

Tekak yang dari tadi terasa kering buat kakinya terus melencong ke arah dapur. Sampai sahaja di dapur, langkahnya terhenti apabila melihat susuk tubuh seseorang yang sedang membasuh pingan di sinki.

Sejak bila pula nenek ambil orang gaji budak muda ni. Dahinya mula berkerut.

Badan disandarkan di peti sejuk yang terdapat di sebelah kiri sambil kedua belah tangannya naik memeluk tubuh. Mata hitam miliknya mula tajam mengimbas tubuh yang berkain sarung dan hanya t-shirt lengan panjang membaluti tubuh itu.

Dari atas hingga ke bawah dipandangan.

Seksi. Senyuman nakal mula terukir dibibirnya.

Dia mula mendekati gadis itu yang masih tidak sedar akan kehadirannya, perlahan tangannya mencapai gelas yang tersusun di rak kabinet sebelah kanan gadis itu. Sekaligus belakang tubuh gadis itu bersentuhan dengan dada bidangnya.

Sengaja.

Akibat dengan sentuhan secara tiba-tiba itu menyebabkan Andara terkejut dan tanpa sedar gelas ditangannya terlepas dan pecah. Secara tidak sengaja, tangan kanannya terpegang kaca menyebabkan tapak tangannya luka. Darah mula keluar tanpa henti.

"Auchh.." Muka Andara mula berkerut bila melihat darah keluar tanpa henti. Dia sememangnya fobia kepada darah mula terasa pening.

Hayden yang juga terkejut melihat tapak tangan gadis didepannya ini berdarah, terus dia mengambil kain yang bersih dari laci kabinet dan terus diterkap pada tapak tangan yang berdarah.

"Fuck! Kenapa cuai sangat kau ni?! Buat kerja tu boleh tak jangan nak mengelamun je." Tanpa fikir keadaan gadis itu, dia terus memarahi gadis itu. Walaupun dia sedar bukan salah gadis itu.

Airmata mula mengenang dibirai mata. Tangan yang terluka mula terasa pedih tambahan pula bila dia dimarahi oleh lelaki yang dia tidak kenali. Wajah tegang lelaki di hadapannya langsung tidak berani di pandang. Kedudukan mereka yang agaka rapat buat Andara tidak selesa. 

"Sa..sakit." Andara mengadu tanpa sedar.

Tuala yang putih bersih tadi mula bertukar menjadi merah. Hayden terus menarik tubuh Andara ke meja makan di ruang dapur itu.

Namun hanya beberapa langkah sahaja sebelum tubuh Andara lembik. Hayden yang perasan akan keadaan Andara, terus dia mencempung tubuh kecil milik Andara ke rumah tamu. Andara yang masih lemah itu tidak mampu membantah perbuatan lelaki dihadapannya itu.

Tubuh Andara diletakkan perlahan di atas sofa. Bila pandangannya dihalakan tepat pada wajah Andara, hatinya mula berdetak kuat. Tidak ingin melayan perasaan, dia melangkah ke dapur semula dan kotak first aid dibawa keluar.

Minyak angin dicapai lalu disapu di hidung Andara untuk hilangkan rasa pening. Tuala yang membaluti tangan Andara dibuka perlahan. Ubat kuning disapu perlahan dan penuh berhati-hati.

"Aaa.. sa..sakit." Andara merengek tanpa sedar.

"Dah tahu sakit, duduk la diam-diam. Tak payah nak manja sangat." Jawap Hayden tanpa perasaan.

Andara mula mengigit bibir. Menahan dari tumpahkan air mata.

Selesai merawat tangan Andara, Hayden terus berlalu ke dapur. Kotak first aid disimpan di tempat yang diambilnya tadi. Gelas yang ditinggalkan tadi dicapai, air di dalam peti sejuk diambil dan dituangkan ke dalam gelas. Air diteguk sehingga habis kemudian dituangkan kembali sehingga penuh lalu dibawa keluar.

Dia selamba melabuhkan punggung disebelah gadis tadi. Gelas ditangannya disuakan kepada gadis tersebut.

"Minum." Arahnya dengan nada tegas.

Kepala direhatkan dikerusi. Kedudukan mereka berdua yang rapat tidak dihiraukan Hayden.

Dia cuba untuk menghilangkan lelah. Ingatkan sampai sini boleh rehat, tapi terpaksa jadi jururawat tak bertauliah kepada si gadis yang tidak dikenalinya.

Air yang berada di dalam gelas diminum sehingga separuh. Gelas diletakkan di atas meja kopi. Baru sahaja Andara ingin mengangkat punggung, pengelangan tangannya di tarik sehingga dia terduduk kembali ke atas sofa.

Andara sedikit terkejut dengan tindakan pemuda di hadapannya itu. Sedangkan dia tidak kenal siapa lelaki tersebut. Rasa takut masih belum hilang. Hendak bertanya tapi suara tidak terkeluar.

"Mana nenek pergi? Kenapa senyap je rumah nie? And who are you?"  Wajahnya dirapatkan ke muka Andara.

Andara yang terkejut dengan tindakan Hayden itu terus menjarakkan kedudukan mereka.

Oh.. Maknanya dia cucu yang nenek cerita tu. Sikapnya jauh beza dengan nenek. Sempat lagi dia mengomen pemuda didepannya itu.

"Err.. Nenek dan Mak Jah keluar beli barang kejap. Sa--saya orang gaji de--dekat sini, Tu--tuan."

Hayden mengangguk.

Gelas yang masih berbaki air putih itu diambil lalu di minum sehingga habis. Dia kemudian bangun dan melangkah naik ke biliknya. Meninggalkan Andara yang tergaman dengan sikap selamba badak dia itu.

Kenapa dia minum air aku?

Andara ketap bibir kuat. Mukanya mula terasa panas.

Nenekkk...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience