CHAPTER 11

Romance Series 161938

Sudah seminggu lebih Andara tinggal dirumah Hayden. Dan sudah empat hari Hayden berada di Italy. Selama ketiadaan Hayden, Zander di arahkan untuk menjaga keselamatan Andara. Zander dan Iris sama-sama bertanggungjawab ke atas Andara.

Tapi semua itu buat Andara tidak selesa. Dia tidak pernah mengalami situasi seperti itu. Segalanya terbatas dan pergerakkannya juga terhad. Dia ingin masuk dapur dan tolong memasak pun dilarang sama sekali.

Andara mengeluh.

Air kolam yang biru itu direnungnya. Alangkah best kalau hatinya setenang air kolam itu. Hatinya semakin gelisah apabila Iris bagitahu yang Hayden akan pulang hari ini.

"Jauh termenung." Tegur Zander.

Kerusi disebelah Andara ditarik lalu dia melabuhkan punggung di situ. Jus di tangan diteguknya perlahan sambil matanya memandang tajam ke seraut wajah yang putih bersih itu.

"Saya boring. Tak tahu nak buat apa dekat rumah besar ni. Kalau dekat rumah nenek tak ada la terasa boring sangat. Boleh tolong apa yang patut." Luah Andara tanpa sedar.

"You nak balik rumah nenek?"

Zander bersandar pada kerusi sambil memeluk tubuh. Mata tidak lepas memandang ke arah Andara. Siapa tak suka tengok perempuan cantik depan mata wei.

"Nak.. Nak. Boleh ke awak tolong hantarkan?" Andara mula tersenyum lebar. Berharap sangat Zander dapat tolong dia.

"Nope. I don't know. Kena tanya Hayden dulu. Lagipun dia sampai petang ni."

Tidak berani dia buat keputusan tanpa bertanya abang sepupunya itu. Nanti tak pasal mengamuk orang tua itu nanti. Boleh bergegar satu rumah dibuatnya.

"Oohh.. Okay.." Andara bersuara dengan nada yang sedikit kecewa. Hati mula berdegup kencang apabila mendengar nama lelaki itu. Takut untuk berdepan dengan lelaki yang bernama Hayden Lee.

Zander mengintai muka Andara yang menunduk itu. Wajah gadis didepannya itu kelihatan mendung. Baru sahaja kejap tadi ceria. Bila dengan nama Hayden terus merudun.

"You kenapa? Tak suka Hayden balik?" Duga Zander.

"Tak ada la. Saya cuma rindu nenek. Dah lama tak jumpa dia." Andara cuba nafikan pertanyaan Zander.

Zander orang kanan Hayden, walaupun diorang makin rapat tapi Andara takut kalau Zander bagitahu Hayden setiap apa yang keluar dari mulut dia nanti.

"Nanti I bawa you jumpa nenek. Okay?"

"Betul ke?" Soal Andara terkejut bercampur dengan teruja.

"You can keep it as a promise." Jawab Zander sambil tersenyum sebelum meninggalkan Andara sendirian disitu.

_______________________________________________________

Kelibat pertama yang dicari apabila kakinya melangkah ke dalam rumah adalah wajah si gadis yang telah menghantuinya untuk beberapa hari yang lalu. Tapi apa yang dicari tidak kelihatan.

"Nanti bagitahu Haikal, malam nanti aku nak balik rumah nenek. Kau pun sekali ikut sama." Arah Hayden kepada Zander.

Zander mengeruh dahi.

"Aik. Kenapa aku pun kena ikut sekali kau balik runah nenek? Nenek membebel dekat kau, bukan aku." Ujar Zander tidak puas hati.

"Kau dah berapa lama tak balik sana? Kau jangan nak banyak bunyi. Ikut je la." Hayden menahan geram. Ada sahaja yang hentah di bantah olehnya.

Tanpa tunggu balasan dari Zander dia terus melangkah naik ke tingkat atas. Bilik tidur Andara dituju.

Sampai sahaja di muka pintu bilik Andara, dia terus memulas tombol pintu dan dikuak perlahan. Susuk tubuh yang sedang lena di atas katil itu diperhatikan. Tubuh yang hanya dibaluti single dan seluar track dipandang dengan penuh minat.

Hayden tersenyum sinis sambil menggelengkan kepala. Tanpa kata, dia segera membuka jaket hitamnya, hanya single hitam melekat ditubuh. Dengan perlahan dia membaringkan tubuh disebelah Andara. Dia pasti apabila gadis itu tersedar dari lena, gadis itu pasti akan mengamuk tapi dia tidak peduli.

Dia perlu berehat untuk hilangkan lenguh akibat berjam lamanya berada di atas kapal terbang.

Tubuh gadis disebelahnya ditarik ke dalam pelukkannya. Tanpa sedar Andara merengek kecil, terasa seperti tidurnya diganggu.

Hayden menepuk perlahan punggung Andara. Apabila keadaan kembali tenang, Hayden turut melelapkan mata. Ingin melelapkan mata untuk seketika.

Baru setengah jam melelapkan mata, tidur Hayden tergangu dengan bunyi esakan kecil disebelahnya. Dia mendengus. Mata dicelik luas. Kelihatan Andara yang duduk bersila disebelahnya sedang menangis.

"Kau dah kenapa?" Dia bangun lalu sandarkan badan di kepala katil. Masih terasa sisa mengantuk.

"A..apa tu..tuan buat dekat bilik sa..saya? Ke..kenapa tuan tidur de..dekat sini?" Andara tersedu sedan. Hayden buka mata bila mendengar soalan Andara.

"Tidur je pun. Bukan aku buat apa-apa pun dekat kau." Dia merenung Andara tidak puas hati.

"Ki..kita belum kahwin la..lagi. Sa..saya tak suka. Tu..tuan tak hormat saya." Marah Andara tidak puas hati.

Hayden mengeluh. Dia mengamit tangan ke arah Andara supaya Andara menghampirinya. Tapi Andara pantas sahaja menggelengkan kepala.

"Kau nak datang sini atau aku datang dekat kau. Pilih. Jangan paksa aku buat lebih dari ini Andara." Hayden menahan geram.

Perlahan Andara mengesot mendekati Hayden. Tanpa buang masa, Hayden menarik tangan Andara dan memaksa Andara duduk di atas ribanya. Hati Andara mula berdengup kencang. Dia hanya menunduk. Dia tidak pernah berada dalam situasi seperti ini dengan mana-mana lelaki.

Kedua belah tangan Hayden menekup kedua belah pipi Andara. Wajah mereka hanya beberapa inci sahaja. Hayden merenung Andara tajam.

"We are getting married in two days." Ujar Hayden.

"Hah?" Tiba-tiba je Andara menjadi blur sebelum otaknya mula berpusing.

Matanya membulat.

"Ta..tapi kenapa cepat sangat? Tu..tuan tak tanya saya pun setuju atau tak." Balas Andara perlahan, antara dengar atau tak.

Hayden berdecit.

"Kau berani ke tak setuju? And I don't take no as answer. Get it?" Ujar Hayden keras.

Andara hanya mengangguk. Tidak berani membalas.

"Malam nanti kita balik rumah nenek. Pergi bersiap." Hayden menolak perlahan tubuh Andara.

Dan laju sahaja Andara turun dari katil lalu berlari masuk ke dalam bilik air. Pintu bilik air dikunci rapat. Takut kalau ada yang ceroboh masuk.

Hayden Lee lelaki yang sukar dibaca setiap tindakannya. Dia akan buat apa yang dia inginkan tanpa berfikir tentang perasaan orang lain.

Andara memgeluh entah yang ke berapa kali.

Boleh tak kalau dia tak nak kahwin dengan lelaki yang bernama Hayden Lee? Kenapa dia perlu berada dalam situasi seperti ini. Bukan ini yang dia pinta. Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu terlibat langsung dengan ikatan perkahwinan namun dia tidak cukup berani untuk mengatakan TIDAK pada lelaki yang bernama Hayden Lee itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience