"Mana kamu sorok Dara?"
Masuk sahaja ke pejabat Hayden, Puan Maryam terus menyoal cucunya. Tidak boleh bersabar dengan sikap cucu sulungnya ini. Buat keputusan tanpa berfikir dan berbincang dengan orang lain.
"Ada kat Mansion Hay." Jawab Hayden selamba.
Dia menoleh sekilas ke arah neneknya itu sebelum tangannya kembali membelek dokumen yang berselerak yang terdapat di atas meja kerjanya. Puan Maryam merenung tajam Hayden. Rasa macam nak pukul sahaja cucunya itu dengan tongkatnya itu.
"No! Dua minggu lagi Hayden akan kahwin dengan dia. Biar dia dekat situ." Ujar Hayden tegas.
Puan Maryam terkejut.
Ini la Hayden Lee, buat keputusan tanpa berbincang dengan orang terlebih dahulu. Apa yang dia fikirkan, itu yang dia buat.
Dia ingat dia kahwin dengan anak beruang agaknya. Hari itu beria membantah tak nak berkahwin dengan Andara tapi sekarang dia pula tak sabar nak kahwin. Bebel Puan Maryam dihati.
"Kamu cakap apa ni Hay? Hari tu cakap tidak mahu, sekarang cakap lain pula. Kamu jangan mengarut boleh tak?!" Marah Puan Maryam.
Hayden pejam matanya sejenak sebelum memandang ke arah neneknya. Pen di tangan di letakkan ke atas meja. Tubuh disandarkan pada kerusinya. Puan Maryam direnung tajam.
"Ini yang nenek nak kan? Hay just buat apa yang nenek nak. Dua minggu lagi nek. Nenek just uruskan apa yang patut je. Just leave Andara to me."
Puan Maryam mendengus. Malas bertengkar lidah, Puan Maryam terus berlalu meninggalkan Hayden.
Sebaik sahaja kelibat neneknya hilang, Hayden menghela nafas. Muka diraup kasar. Lepas satu, satu hal yang timbul. Dia tidak tahu apa yang dia fikir sampai membuat keputusan mendadak seperti itu.
Bam!
Pintu pejabat Hayden dihempas kuat dari luar.
Belum sempat dia menghelakan nafas lega, sekali lagi biliknya diterjah. Zander melangkah masuk bersama muka selamba.
Hayden mengurut pelipis.
"What do you want, Zander? Boleh tak jangan ganggu aku." Hayden merenung tajam ke arah Zander. Sudah la orang tengah kusut, dia boleh pula datang menganggu ketenteraman orang.
"I have to tell you this, bro. Aku pasti kau mesti terkejut punya." Zander terus membuka laptopnya tanpa menghiraukan pandangan Hayden yang pelik itu.
Ini antara hidup dan mati sepupunya itu. Walaupun benda ini tak confirm 100% tapi maklumat yang dia dapat, Hayden perlu tahu juga.
"What? Jangan bagi maklumat yang kau sendiri tak confirm." Ujar Hayden tegas.
"Aku tahu tapi kau kena tengok ni apa yang aku jumpa." Zander terus menolak laptopnya ke arah Hayden.
Hayden terus teliti dengan setiap maklumat yang diberikan oleh Zander. Sampai ayat terakhir, dia mengetap rahang kuat.
"Fuck!" Hayden terus bangun dari duduk dan mula bercekak pinggang. Hayden menoleh ke arah Zander.
"Are sure about this?" Tanya Hayden keras.
"Not 100% yet but we have to find that things yang ada connection with her."
Rambut Hayden diraup kasar. Tidak dia sangka akan benda ini. Dia harus fikirkan jalan penyelesaiannya.
"Arahkan seseorang masuk rumah nenek aku, cari barang tu. Sebab aku pasti dia tak bawa bersama benda tu semasa dia keluar rumah. Please make this problem clear before my marriage." Arah Hayden tegas.
"Bro, kau yakin ke dengan keputusan kau nak kahwin dengan dia? Kalau benda ini betul, kau pasti 'dia' akan biarkan kau dengan budak tu?" Soalan Zander susah untuk dia bagi jawapan tapi dia yakin dengan keputusannya.
"Just do what I said. Anything, just let me settled. Pastikan benda ni tak ada orang tahu. Am I clear?"
Zander mengangguk faham. Lalu dia terus meninggalkan Hayden sendirian. Dia tahu masalah sepupunya akan bertambah selepas ini. Dan dia hanya akan bantu apa yang mampu.
_______________________________________________________
Pintu bilik dibuka kasar dari luar. Andara yang sedang duduk di atas sofa yang terdapat di dalam bilik itu terkejut. Melihat muka beku Hayden buat dia terasa kecut perut.
Andara mula menggigit bibir bawahnya. Tangan diramas antara satu sama lain. Hayden yang melihat Andara menunduk itu segera dia dekati. Sengaja ditunjukkan muka bekunya itu.
"Kenapa kau tak makan? Sengaja nak buat perangai ke?" Tanya Hayden keras.
Tapi Andara hanya membisu sahaja. Tiada tanda-tanda dia ingin menjawab soalan itu. Hayden tiba-tiba terasa panas dengan respon yang diberikan oleh Andara.
"Aku tanya ni jawab lah!" Jerit Hayden kuat.
Baju kot di tangannya terus dilempar ke arah Andara. Dia seakan hilang sabar dengan perempuan dihadapannya itu.
"Ma..maaf. Sa..saya tak..a.ada se..selera." Andara takut melihat muka bengis Hayden. Mukanya yang putih terus menjadi merah akibat menahan marah.
Tanpa kata, Hayden terus menarik tangan Andara dengan kasar lalu mengheret Andara turun ke bawah. Arah dapur dituju.
Tubuh Andara ditolak duduk di atas kerusi dekat meja makan dengan kasar. Makanan yang sudah sedia terhidang di atas meja itu dipandangnya sekilas sebelum tangannya mncapai pinggan yang sudah terisi. Pinggan nasi ditolak didepan Andara.
"Makan." Arah Hayden sepatah.
Andara yang takut dengan aura Hayden itu terus mencapai lauk yang terdapat di hadapannya, lalu menyuap nasi ke dalam mulut perlahan. Terasa tekak seperti berpasir tapi dia paksa telankan juga.
"Aku nak tanya, mana keluarga kau yang sebenar?"
Soalan Hayden itu buat Andara menoleh ke arahnya. Dia sedikit terkejut dengan pertanyaan lelaki dihadapannya itu.
Bibirnya dikemam kuat.
Andara hanya menunduk dan menggelengkan kepalanya. Tidak tahu dan tidak mahu bercakap mengenai topik itu.
"Use your mouth to answer me." Ujar Hayden keras.
"Saya tak tahu. Abah tak bagitahu saya apa-apa pun pasal ni. Bagi saya cukup abah dan ibu keluarga yang pernah saya ada. Saya tak perlukan orang lain." Andara mula terasa sebak.
"Betul kau tak tahu apa-apa pasal keluarga kau?" Tanya Hayden untuk kepastian.
Andara mengangguk.
"Saya tak tahu. Dan saya tak nak ambil tahu. Tu..tuan, boleh tak sa..saya nak balik rumah nenek. Please Tuan. Saya tak nak duduk sini dengan tuan. Sa..saya janji saya tak lari." Andara berharap agar Hayden benarkan dia tingal dirumah Puan Maryam.
Dia lebih selesa disana.
"Tengok la macam mana nanti." Hayden terus bangun meninggalkan Andara di situ.
Kepalanya mula terasa serabut. Masalahnya semakin rumit.
Share this novel