BOSAN berada di dalam bilik, Andara turun ke tingkat bawah lalu kaki menghala ke laman rumah agam milik Puan Maryam ini. Suasana vila yang terletak di atas bukit ini sedikit sejuk, udara yang nyaman. Tangannya naik memeluk tubuhnya.
Andara menyentuh kelopak bunga ros yang ditanam oleh Pak Majid, suami Mak Jah. Laman ini dipenuhi dengam bunga-bunga segar. Andara mula tersenyum sendirian. Dia tidak pernah merasa tenang seperti ini. Kali terakhir perasaan ini dirasainya semasa Arwah ibu dan ayahnya masih ada.
Punggung dilabuhkan di gezabo yang terletak ditengah laman itu. Matanya ralit melihat bunga-bunga di hadapan. Tidak semena, matanya tertacap pada satu kelibat yang sedang berdiri di balkoni biliknya.
Matanya jatuh pada tubuh sasa yang tidak di baluti sebarang baju. Lelaki itu hanya mengenakan seluar pendek paras lutut ditubuhnya. Membuatkan dia kelihatan seksi. Muka Andara mula bertukar merah apabila matanya bertembung dengan pemilik mata hitam yang tegak berdiri memandang ke arahnya.
Hati Andara mula berdetak kuat.
Panahan mata lelaki itu cukup tajam menikam wajahnya. Seolah-olah seekor cheetah yang hanya menunggu masa sahaja akan menerkam mangsanya.
Tanpa betah duduk di situ, Andara terus melangkah berlalu dari situ. Tidak sanggup dia ditenung sebegitu rupa. Sejak kedatangan cucu Puan Maryam, hati Andara tidak pernah tenang. Sikap bekunya lelaki itu jauh berbeza dengan Puan Maryam.
Air jus orange dituang ke dalam gelas lalu Andara melabuhkan punggung di kerusi island kitchen. Air diteguk laju bagi membasahkan tekak yang terasa kering akibat penangan mata tajam cucu Puan Maryam.
Tangannya yang masih berbalut ditenung. Dia mengeluh kecil.
Apabila luka macam ini, semua kerja tidak boleh dilakukan. Mak Jah pun melarang keras dia buat kerja. Keluhan berat dilepaskan untuk sekian kalinya.
Sedang mengelamun, Andara tersentak apabila ada satu tangan mencapai gelasnya yang masih berisi jus oren itu lalu diteguknya sampai habis. Dan dengan selamba lelaki melabuhkan punggung disebelah Andara. Lagi mengejutkan apabila orang itu adalah makhluk yang dia nampak tadi.
Matanya terkebil-kebil memandang kelakuan lelaki itu.
Tuan Hayden Lee.
"Tu--tuan minum air sa--saya." Terkeluar juga ayat itu di bibir Andara.
Hayden menjongket kening sambil tersenyum sinis. Matanya memandang tajam pada gadis disebelahnya.
"So?" Soalnya Hayden seakan mencabar Andara.
"Ta--tapi itu air saya." Sebenarnya dari kali pertama lelaki itu minum air daripada gelasnya, Andara sudah tidak puas hati. Tapi ayat itu tidak terkeluar dari bibir. Buka sekali tapi dua kali. Ingin diluahkan tapi tidak berani.
Hayden merengus lalu bangun dan mencapai kotak jus orange di dalam peti sejuk dan tuangkan kembali ke gelas yang kosong tadi. Kemudian dia melabuhkan punggungnya semula di sebelah Andara, gelas tadi ditolak perlahan pada Andara.
"Minum. Aku ganti balik."
Wajah Andara ditenungnya. Dari mata, turun ke hidung kemudian turun lagi ke bibir. Dia meneguk liur bila melihat bibir merah bak delima itu basah. Mula membayangkan rasa di sebalik bibir mungil itu.
Hayden tersenyum sinis.
Tangan Andara bermain dibibir gelas tadi. Dia mula terasa gerun. Dia hanya menundukkan kepala. Tidak berani mengangkat kepalanya apabila terasa ditenung seperti nak terkam je.
Apabila melihat tangan Andara yang berbalut itu, Hayden bangun sekali lagi lalu kotak first aid di dalam laci dicapai. Dia kembali duduk dikerusi tadi. Andara memandangnya pelik. Serentak Hayden menarik kerusi Andara dekat dengannya. Andara yang tidak sedia menjerit kecil.
"Tu--tuan nak buat ap--apa nie?" Andara menyoal dengan nada sedikit ketakutan.
Matanya mula memandang sekeliling. Takut sekiranya nenek atau orang lain nampak. Tidak mahu orang lain salah faham akan dirinya. Andara alihkan pandangannya pada tangannya bila terasa pedih.
"Duduk diam-diam. Aku nak cuci luka kau ni." Hayden mengengam erat tangan Andara.
"Tapi nenek dah tolong cucikan luka saya tadi. Tu--tuan tak payah la." Andara cuba menarik tangannya kembali namun renungan tajam yang dia dapat.
Bibir bawahnya digigit.
"Just stay kalau taknak aku cium bibir kau tu." Ugut Hayden.
Andara yang mendengar itu terus terkejut dan menutup mulutnya dengan sebelah tangan lagi.
"Ehem." Puan Maryam mendekati mereka berdua.
Tanpa mereka sedar, Puan Maryam sudah lama memerhati gerak geri mereka. Wajah yang serius sengaja ditayangkan. Dia ingin melihat reaksi Andara walaupun dia tahu sikap nakal cucunya.
Andara mula kelihatan gelisah.
Sebaik sahaja tangannya selesai dibalut, Andara segera menarik tangannya. Dia tidak senang duduk bila melihat wajah Puan Maryam yang kelihatan serius itu. Kedua tangannya diramas kuat.
Wajahnya ditundukan.
"What are doing, Hayden? ne profite pas de toi Dara (Jangan nak ambil kesempatan pada Dara)." Puan Maryam bersuara sedikit tegas dengan cucunya itu.
Bahasa kedua keluarga mereka digunakan Puan Maryam iaitu French. Kerana Puan Maryam berasal dari sana.
Bukan dia tidak tahu perangai cucunya yang tidak suka akan perempuan tapi bila dengan Andara boleh pula dia berperangai pelik macam ini. Tak akan dah berkenan kot. Getus hati Puan Maryam.
"je ne fais rien et je ne suis pas intéressée, grand-mère (i'm doing nothing and i'm not interested, grandma)." Hayden membalas dengan malas.
Air yang bersisa di dalam gelas tadi diambil lalu diteguk sehingga habis.
Dia bangun dari kerusi, tidak menghiraukan pandangan tajam neneknya itu, Hayden mendekatkan wajahnya pada Andara. Andara yang terkejut itu segera menjarakkan wajahnya dari Hayden.
Matanya membulat.
"Nanti aku ganti air kau tu." Hayden tersenyum sinis kemudian berlalu dari situ. Neneknya yang mula membebel itu tidak dihiraukan.
"Dara okay ke? Nenek minta maaf kalau perangai cucu nenek tu tak senonoh sikit. Nenek harap Dara tak terasa hati dengan sikap Hayden tu." Puan Maryam memandang wajah Dara yang masih lagi terkejut itu.
Andara menggelengkan kepala sambil tersenyum.
"Dara okay. Dara tak ambil hati pun. Cucu nenek tu memang macam tu ya?"
"Kenapa tanya? Dara suka dia?" Andara laju menggelengkan kepala. Nak mampus sukakan Hayden kerek tu. Taknak la Dara.
"Mana ada. Dara tanya je, nenek jangan salah faham pula."
Puan Maryam tersenyum.
"Kalau suka apa salahnya. Nenek boleh tolong pinangkan cucu nenek tu untuk Dara." Wajah Andara mula membahang, terasa panas seluruh muka.
"Nekkkk..."
Dara tidak layak untuk cucu nenek yang berkedudukan itu. Malah Dara tidak layan untuk siapa-siapa pun. Cukup hanya nenek dan Mak Jah untuk Dara menumpang kasih di atas muka bumi ini. Rintih dara di hati.
Andara tersenyum sendirian.
Share this novel