PROLOG

Romance Series 161938

Tubuh yang lemah digagahkan juga untuk bangun dari baringan. Tubuh yang baru saja dijadikan tempat melepaskan kemarahan mula terasa sakit. Perlahan kaki mendekati pintu bilik apabila suasana terasa sunyi.

Nekadnya untuk kali ini. Tidak sanggup lagi untuk menerima setiap pukulan dan makian. Dia harus keluar dari situ.

Beg kecil yang terletak di atas almari pakaian di ambil. Beberapa helaian baju dan seluar di keluarkan dari almari usang dan di sumbat ke dalam beg itu. Pengenalan diri juga dimasuk ke dalam beg itu.

Mata menjeling sekilas pada ruang rumah yang kelihatan sunyi itu sebelum kaki mula melangkah keluar dari situ. Rumah yang hanya meninggalkan kenangan pahit sebaik sahaja Ibu dan Ayah yang jaganya sejak kecil telah pergi meninggalkannya.

Bercahayakan bulan dan lampu jalan, dia menyusuri kegelapan malam tanpa arah tuju. Rantai di leher dipegangnya erat. Ingin mencari sedikit kekuatan untuk meneruskan kehidupan selepas ini. Rantai pemberian Ayah yang terakhir sebelum dia meninggal.

Kata ayahnya, rantai itu bakal mengubah hidupnya selepas ini. Pesan ayahnya untuk menjaga rantai ini seperti nyawanya sendiri sehingga satu masa yang tiba, semuanya akan berubah.

Airmata yang mengenang di birai mata sejak dari tadi perlahan-lahan menitis jatuh ke pipi. Kepala yang terasa sakit sejak tadi semakin kuat berdenyut. Cahaya terang yang menyuluh dihadapan menghalang pandangannya.

Pittt!!

Bunyi hon kuat kedengaran. Belum sempat kakinya melangkah ke tepi, tubuhnya mula terasa lembik dan tanpa sempat berbuat apa-apa dia mula rebah menyembah jalan. Pandangannya berbelam bila seseorang menghampirinya sebelum semuanya menjadi gelap. Matanya terus tertutup tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience