Can you help me?"
Hayden menarik lembut tangan Andara mendekatinya. Stool bar yang didudukinya itu dipusing mengadap Andara. Andara ditarik lembut dan matanya memberi isyarat kepada gadis itu supaya duduk di kerusinya tadi. Andara akur. Dan dengan selamba Hayden mendekatkan kerusinnya dan pahanya diletakkan diantara kiri dan kanan paha Andara sekaligus mengepung gadis itu.
Andara sedikit terkejut dengan perbuatan lelaki itu. Tengah hari tadi bukan main memarahinya dan sekarang berubah baik pula. Pening dia dibuatnya.
Situasi itu batul-betul buat jantung Andara tidak stabil. Kalau semua orang perempuan berada di tempatnya ketika ini, mesti dia orang semua diulit rasa bahagia. Di apit oleh jejaka hot idaman semua gadis. Tapi lain pula dengan Andara rasakan ketika itu kerana dia sedar dan perlu berpijak dibumi yang nyata.
"Apa Tuan nak?" Andara tidak memandang Hayden. Dia takut hatinya akan tewas dengan renungan mata hitam jejaka dihadapannya itu.
"Tolong cuci luka dekat tangan aku ni." Arah Hayden.
Tangannya yang terluka itu dihulurkan ke pada Andara. Matanya sejak tadi tetap tidak lepas dari memandang wajah gadis dihadapannya itu.
Tanpa sebarang bantahan, Andara terus menarik kotak first aid yang berada di kaunter tadi. Ubat kuning diambil lalu disapu berhati-hati pada tempat yang luka. Dia tidak menunjuk sebarang riak walaupun jantung mula berdegup kencang.
Hayden memandang setiap perbuatan Andara yang penuh kelembutan itu. Ada sesuatu yang mula terbit dihatinya sejak peristiwa petang tadi. Tapi dia cepat-cepat menafikan apa yang sedang berperang dihatikan ketika itu. Mana mungkin dia menerima orang lain dalam hidupnya.
"Dah siap. Saya masuk bilik dulu." Andara ingin terus berlalu dari situ tapi sekali lagi tangannya disambar lembut.
"Buatkan aku nescafe panas." Andara mengeluh tapi dia akur juga tanpa membantah.
Dia tahu Hayden sedang merenungnya tajam dari belakang. Dia sedikit tidak selesa. Tambahan pula suasana tengah malam seperti ini. dan dia tahu Hayden cuba untuk melengahkan masanya. Dia tidak tahu apa tujuan lelaki itu.
Selesai membancuh nescafe dia segera meletakkan mug di hadapan Hayden. Tidak mahu berlama-lama disitu.
"Nescafe tuan. Saya naik dulu." Tanpa menunggu dia terus berlalu. Risau jika dia dihalang sekali lagi.
Kali ini Hayden hanya membiarkan Andara melangkah pergi. Bibirnya mula tersenyum sinis. Mug didepan di ambil. Nescafe panas itu dihirup perlahan-lahan.
Nice.
Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya dicapai apabila teringat tentang sesuatu. tanpa berlengah, dia terus menekan nombor seseorang.
"Zander, I want you to get some information about someone. I'll send you the details. Bagi aku semua maklumat yang kau jumpa by tomorrow." Dia segera mematikan panggilan telefon tanpa menunggu balasan dari pihak sana.
Mug dibawa bersama naik ke biliknya. Tidak sabar menunggu maklumat yang di minta dari Zander. Sebelum dia buat apa-apa keputusan, dia perlu siasat sesuatu untuk kepastiannya.
"What!?"
Suara Hayden mula meninggi. Geram dengan anak buahnya sendiri merangkap sepupunya. Kerja senang macam itu pun tak boleh buat. Dia merenung Zander tajam. Selalu benda itu hanya mainan baginya namun terbalik pula sekarang ini.
"Betul la. Segala maklumat pasal budak yang kau nak itu disekat. Aku tak boleh masuk pun. Baru berjaya masuk, laptop aku dah kena hack. Sebelum ini mana pernah macam ni. Kau rasa?" Jelas Zander panjang lebar.
Bengang bila laptop kesayangannya diserang virus. Nasib baik dia sempat bertindak. Kalau tidak semua maklumat kerjanya yang berada di dalam laptop itu, jahanam. Dia sedikit pelik tentang budak yang sepupunya suruh siasat.
"I don't care and I don't want to hear any excuse, Zander. Cari sampai dapat. Kau fikir la macam mana cara sekalipun, yang penting aku nak maklumat dia dalam minggu ini juga. Kau cakap kau teror sangatkan, so do it."
Zander mendengus geram.
Itulah Hayden Lee. Dia tidak kisah cara apa sekalipun, apa yang dia nak pasti dia akan dapat. Pengalaman lima tahu lepas mengubah hidupnya seratus peratus sekaligus mengubah seratus peratus lelaki yang bernama Hayden Lee.
"Yang kau beria sangat nak tahu pasal budak ni kenapa? Siapa perempuan ni?" Soal Zander geram.
"Nenek kau tak ada bagitahu apa-apa ke?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Nenek aku yang mana? Siapa nenek aku?" Balas Zander.
"Berapa banyak nenek kau ada, sial?!" Pen di tangan dilempar ke arah Zander.
Orang tengah serius, dia main-main pula. Tak guna betul.
Zander tergelak terbahak-bahak apabila melihat muka Hayden yang mula bertukar menjadi kemerahan akibat menahan geram itu.
Belum sempat Zander membalas, telefon bimbit milik Hayden nyaring berbunyi. Dahinya mula berkerut apabila melihat nama si pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Matanya terus memandang ke arah Zander.
Panjang umur.
"Assalammualaikum, nek."
"Waalaikummusalam.. Hayd kena tolong nenek. Andara dari tadi keluar rumah tapi sampai sekarang tak balik lagi. Nenek risau hari dah nak gelap ni. Batang hidung dia masih juga tak nampak. Nenek dah suruh Adam keluar cari, tapi tak jumpa juga." Suara Puan Maryam kedengaran sedikit cemas.
Andara minta izin untuk keluar ke pekan sekejap tapi apabila dah hampir lewat petang, kelibat Andara masih tidak muncul buat hatinya gelisah. Dia tidak patut membiarkan Andara keluar sendirian.
"Mungkin dia jumpa kawan dia kot. Nenek jangan risau la. Kejap lagi balik la tu."
Hayden cuba untuk menenangkan neneknya. Sayang sangat dekat budak perempuan tu. Zander yang hanya mendengar hanya memandang pelik ke arah Hayden.
Budak mana pula ni?
"Hayd jangan banyak soal. Cari Andara sampai dapat. Kalau tak, jangan mengaku nenek ni nenek Hayd lagi. Ini semua salah Hayd. Cari Andara sampai dapat!" Arah Puan Maryam keras. Talian terus dimatikan.
Puan Maryam mula geram dengan sikap cucu sulungnya itu. Ada sahaja yang nak di bantah.
Hayden mengeluh. Tangannya naik mengurut pelipis. Dia pula yang kena marah.
"Apahal bro? Apasal nenek mengamuk dekat kau?" Zander terus menyoal bila melihat muka cemberut Hayden.
"Budak perempuan tu hilang. Kau tolong arahkan budak-budak kau cari dia sampai dapat. Make sure jumpa. Menyusahkan betul la."
Hayden terus bangun dari kerusinya dan keluar dari bilik pejabatnya itu. Zander tercegang melihat Hayden meninggalkannya begitu sahaja.
Taguna.
Nasib baik boss.
Tanpa bantahan dia segera menjalankan tugasan yang diberi. Kalau tak, mengamuk boss besar itu nanti.
Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan budak perempuan yang telah berjaya menambat hati neneknya dan berjaya menghuru harakan hidup sepupunya itu.
Apa yang special sangat budak ni? Siapa Cahaya Andara sebenarnya?
Share this novel