CHAPTER 18

Romance Series 161938

Rokok ditangan di sedutnya perlahan sebelum asap rokok itu dilepaskan ke udara. Mata hitam itu tetap tajam memandang ke arah sekujur tubuh yang terbaring di atas katil.  Dari tadi Andara masih tidak sedarkan diri.

Dan dari tadi juga Hayden berdiri di balkoni biliknya. Baju kerja sudah bertukar, dan sekarang ini hanya seluar pendek tersarung pada tubuh tegapnya itu tanpa mengenakan sebarang baju.

Telefon bimbit yang berada di atas meja kopi berdering. Tanpa menunggu lama, Hayden terus mengangkat panggilan tersebut.

"Speak."

"Betul apa yang kau rasa, dia dah mula bertindak. Tapi jangan risau, everything still under control. But, we need a plan. Kita tak tahu sampai bila benda nie boleh bertahan." Ujar Zander di talian.

"Aku faham. Continua solo quello che abbiamo pianificato prima (just keep forward what we plan before.)" Hayden terus mematikan talian.

Kepalanya mula terasa berserabut. Puntung rokok ditangan dilenyek dalam astray. Lalu kaki mula melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu balkoni ditutup lalu langsir ditarik rapat.

Tubuh dibaringkan si sebelah isterinya itu. Kepala Andara diangkat perlahan dan diletakkan di atas lengannya. Rutinnya setiap malam. Bau Andara buat tidurnya menjadikan malam-malamnya semakin lena.

Sentuhan kecil Hayden itu buat Andara rasa sedikit terganggu. Mata dibuka perlahan sebelum dia mencari seraut wajah milik suaminya.

"Hey, you awake? Did I wake you up?" Hayden mengusap lembut pipi Andara.

Andara hanya menggelengkan kepala. Tekak terasa perit. Tubuh terasa lemah.

"Kenapa dengan saya? Ap--apa jadi?" Tanya Andara. Dia tidak pasti apa yang telah terjadi petang tadi. Kali terakhir dia ingat, Hayden bertengkar dengan seorang lelaki.

"Kau pengsan tadi. Doktor cakap tubuh kau lemah sebab kau demam dan kurang air dalam badan. You need a good rest."

Andara senyap. Andara bangun dari baringan dan ingin turun dari katil tapi lengannya ditarik oleh Hayden. Dia memandang Hayden.

"Nak pergi mana?"

"Saya nak mandi. Sa--saya rasa tak selesa."

"Come, aku tolong. Kau masih tak sihat nie." Hayden terus mengangkat tubuh Andara.

Andara gigit bibir.

Dia rasa tidak selesa apabila berduaan seperti ini dengan Hayden.
Tapi dia tidak berani untuk membantah.

Butang baju Andara dibuka satu persatu lalu dilucutkan dari tubuh isterinya itu, begitu juga denga bra dan panties. Hatinya menahan gelora apabila melihat tubuh seksi Andara tanpa seurat benang terbentang di depan matanya tapi dia hanya mampu menahan rasa itu.

Tunggu budak kecik nie sihat dulu.

Muka Andara membahang apabila Hayden mandikannya seperti budak kecil. Malu bila dengan selamba Hayden dapat melihat tubuhnya yang terdedah tu.

Selesai basahkan air dibadan isterinya, Hayden terus mengambil tuala dan lilit ke tubuh Andara. Dia tahu Andara malu tapi dia biarkan sahaja. Nanti makin malu pula budak nie.

Sehelai baju di ambil lalu dihulurkan pada isterinya. Andara mengeruh dahi melihat baju ditangan Hayden. Huluran itu masih belum diambil. Dia melihat Hayden kembali.

"Why? Nak aku tolong pakaikan ke?" Tanya Hayden.

Andara laju menggelengkan kepala. Baju di ambil lalu dibelek. Sebelum matanya memandang ke arah suaminya kembali dan bertanya semula pada Hayden.

"Baju siapa nie tuan?"

Hayden pula yang terasa pelik tapi hanya seketika sebelum dia memahami maksud soalan isterinya itu.

"Baju kau la siapa lagi. Tak akan baju aku pula. Baju-baju dalam wardrobe itu semua aku beli untuk kau. Dan mulai hari ini, kau kena pakai semua yang ada dalam wardrobe tu. And every night, you have to wearing pyjamas or lingerie. Just for me. Got it, dear?"

Hayden menjawab segala persoalan yang ada dalam fikiran Andara selama ini. Hari pertama dia tiba di rumah ini, dia terkejut apabila melihat wardrobe yang dikongsinya bersama suaminya itu penuh dengan segala kelengkapan pakaian wanita from head to toe tapi dia tidak berani untuk menyentuh. Tak mungkin segala pakaian mewah itu miliknya.

"Fa--faham tuan." Jawab Andara perlahan.

"Good girl." Kepala Andara diusap lembut sebelum dia meninggalkan Andara. Dia tahu Andara malu untuk pakai baju didepannya itu.

Sebaik sahaja selesai memakai baju, Andara perlahan keluar. Dia malu kerana baju tidurnya ini sangat seksi. Dia tidak pernah memakai pakaian seperti ini. Dia hanya akur dengan arahan suami.

Tubuh tegap Hayden yang mengadap pintu kaca balkoni itu didekati. Dia ingin bertanya sesuatu pada suaminya. Lagipun tubuhnya terasa sedikit segar selepas dapat mandi tadi.

"Tuan..."

Lantas Hayden berpaling apabila mendengar suara lembut isterinya itu. Dadanya berdengup kencang apabila melihat tubuh seksi Andara yang dibaluti dengan baju tidur yang seksi.

Nice and sexy. I like it.

Hayden tersenyum sinis.

"Yes? You wanna say anything, dear?" Suara husky milik suaminya itu buat getaran didadanya makin kuat.

Sampai sahaja di depan, Hayden menarik Andara ke dalam pelukakan. Dia memeluk Andara kejap dari belakang. Tubuh Hauden yang tidak berbaju itu menghangatkan lagi tubuh Andara. Keadaan itu buat Andara makin selesa.

Dia tersenyum kecil.

"Tuan.. Siapa lelaki tadi? Kenapa dia marah saya?" Pandangan masih menghala ke depan.

Melihat suasana malam yang penuh dengan lampu neon di bawah sana. Ini kerana mansion Hayden terletak jauh dari bandar yang berada di atas bukit.

Hayden menghela nafas berat.

"He's my friend. I'm sorry for what he just done to you." Kepala Andara dikucup. Lengan isterinya yang terdedah itu diusap lembut.

"Saya takut. Bila dia tengok saya tadi, dia nampak macam marah. Tu--tuan tak ada. Di--dia marah macam makcik marah saya." Adu Andara tanpa sedar.

Hayden mengeratkan lagi pelukan.

"It's okay. You have me. No one can take you from me. Got it dear?"

Andara mengganguk sebelum bersuara.

"Tuan.. Saya nak kerja boleh?" Dalam takut Andara bertanya juga soalan itu.

Pelukan dilepaskan sekaligus menarik Andara ke arahnya. Dia merenung Andara tajam.

"Kerja? Kenapa nak kerja? Tak cukup ke dengan apa yang aku ada sekarang?" Tanya Hayden tegas. Lengan Andara dicekam kuat. Tiba-tiba dia terasa panas.

"Sa--saya nak cari du--duit. Sa-saya nak sambung belajar."

"NO! A big NO! Aku tak benarkan." Hayden berpaling membelakangkan Andara. Cuba untuk kawal marahnya itu.

"Ta--tapi tu--tuan..."

"I said NO means NO! Jangan cabar aku untuk buat sesuatu yang lebih teruk pada kau nanti Dara. Obey me!"

Tanpa menunggu balasan dari Andara, Hayden terus melangkah keluar dari bilik tidur itu. Pintu bilik dihempas kuat.

Andara gigit bibir kuat. Menahan daripada menangis. Sepatutnya dia sedar akan status dirinya. Dia hanya anak yatim piatu yang tiada apa-apa. Impiannya untuk sambung belajar harus dilupakan.

Kepala mula terasa berdenyut kuat. Dia segera merebahkan diri di atas katil. Mata dipejamkan. Perut yang terasa lapar, dibiarkan. Airmata yang ditahan dari tadi mula mengalir ke pipi.

Semoga hati suaminya kembali lembut esok pagi.

OPEN PRE-ORDER FOR PHYSICAL BOOK MY PRECIOUS DARA (LIMITED STOCK)

RM35/ NASKAH (NOT INCLUDE POSTAGE)

BERMINAT BOLEH WSAP

Share this novel

norsila
2021-11-17 20:57:05 

eemmm

Nor Amyra Miraz Myra
2021-10-13 09:46:47 

berminat lah


NovelPlus Premium

The best ads free experience