SEBAIK sahaja kereta berhenti didepan pintu rumah Puan Maryam, Andara terus keluar dari kereta itu setelah dia mengucapkan terima kasih kepada anak buah Hayden yang menghantarnya pulang.
Tanpa menunggu lama, dia terus berlari masuk ke dalam rumah. Kakinya melangkah naik ke bilik tidurnya dengan keadaan tergesa-gesa. Tidak mahu terserempak dengan siapa-siapa. Tapi malang dia terlambat bila Puan Maryam menyapanya dari belakang.
"Dara? Kenapa nampak tergesa-gesa ni?"
Andara kaku. Air mata yang masih lagi bersisa di pipi segera disapunya sambil menyedut hingusnya yang mula meleleh keluar. Muka dimaniskan sebelum dia berpaling. Cuba untuk beriak seperti biasa. Tidak mahu berada dalam keadaan yang curiga.
"Ye nek. Nenek panggil Dara?"
Puan Maryam terkejut bila melihat kesan mata dan hidung Andara yang merah. Seperti baru lepas menangis. Kulit Andara yang putih itu cepat sahaja bertukar warna. Dia terus mendekati Andara. Tidak mungkin gadis itu dapat menipunya.
Dan Andara mula gelisah. Puan Maryan tahu ke?
"Kenapa mata, hidung Dara merah? Siapa yang buat Dara menangis?" Puan Maryam terus membelek wajah Andara.
"Ma--mana ada Dara menangis. Mata masuk habuk, lepas itu Dara bersin tadi. Tu yang dua-dua merah." Andara tersenyum kecil. Cuba yakinkan Puan Maryam.
"Dara ingat nenek ni budak kecil yang Dara sesuka hati nak tipu nenek?" Tiba-tiba Puan Maryam bersuara sedikit kuat.
Geram dengan Andara cuba menipunya. Dia lebih dulu makan garam daripada gadis itu. Dan dia dapat agak apa yang berlaku pada Andara. Bukan dia tidak tahu apa yang terjadi. Semua berada dalam koceknya.
"Maaf."
Airmata tertumpah lagi untuk sekian kalinya. Tidak dapat menahan perasaan yang dirasakan ketika itu, dia terus berlari meninggalkan Puan Maryam di situ dan masuk ke bilik.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Andara terus mencapai beg pakaiannya yang berada di bawah katil. Dia bangun mengambil segala pakaiannya dan masuk ke dalam beg lusuhnya itu. Segala dokumen beribadinya juga diambil.
Dia nekad. Dia rela merempat daripada membiarkan orang memijak maruahnya. Cukup hanya lelaki bernama Hayden Lee yang menjadi orang pertama dan terakhir yang buat dadanya rasa mahu pecah dengan katta-kata sinisnya.
Puan Maryam yang berada di pintu itu sedikit terkejut melihat Andara yang sedang berkemas. Dia terus menerpa Andara dan merampas beg di atas katil lalu menghempasnya ke lantai.
Andara tercegang.
"Apa semua ni? Dara nak pergi mana? Bagitahu nenek apa yang Hayden dah buat pada Dara?!" Suara Puan Maryam mula meninggi. Hilang sabar dengan Andara.
Andara menangis lagi.
Hari ini airmatanya begitu murah. Dia tidak kisah asalkan dia dapat melepaskan semuanya rasa sakit itu. Terasa ketenangannya selama ini melayan pergi. Tubuhnya mula lembik. Dia jatuh terduduk di hadapan Puan Maryam.
"Dara minta maaf, Dara nak berhenti kerja. Dara tak layak duduk dekat rumah nenek ini. Dara dah banyak susahkan nenek sekeluarga. Dara minta sangat, nenek tolong jangan paksa Tuan Hayden untuk kahwin dengan Dara. Dara tak layak. Dara perempuan kampung yang tak tahu asal usul keturunan. Dara tak layak dengan keluarga nenek. Bagi Dara keluar dari sini. Dara merayu." Andara mendongak ke atas lalu kedua belah tangan Puan Maryam digenggamnya kuat.
Hati Puan Maryam dari tadi sememangnya panas makin bertambah panas apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Andara.
Rahangnya diketap kuat. Memang dia sudah mengagak yang semua ini adalah kerja cucu bertuahnya, Hayden. Hayden betul-betul dah buat dia hilang sabar.
Kedua belah tangan Andara ditarik lembut supaya gadis itu berdiri. Puan Maryam merenung wajah putih kemerahan didepannya itu. Air mata yang masih bergenang di birai mata itu di sapu lembut.
"Ini rumah saya, Cahaya Andara. Saya yang berhak tentukan siapa yang patut keluar, siapa yang boleh masuk. Bukan awak atau sesiapa pun. Dan selagi saya tak benarkan awak keluar dari rumah ini, awak jangan pernah terniat pun. Dan saya tak pernah bezakan darjat keturunan. Saya ikhlas sayang awak Cahaya Andara. Faham?" Ujar Puan Maryam tegas.
Andara mengangguk kecil. Terus tubuh Puan Maryam dipeluk kemas. Dia bersyukur masih ada orang yang ikhlas menerimanya.
"Dara minta maaf."
"Sudah, Dara rehat. Jangan fikir apa-apa dan nenek tak nak dengar benda-benda mengarut macam tadi keluar dari mulut Dara lagi. Hal cucu nenek, biar nenek yang uruskan. Rehat ya. Nenek ada kerja sikit nak buat." Ubun-ubun dikucup lembut.
Puan Maryam terus keluar dari bilik Andara. Ada perhintungan yang perlu dia selesaikan. Hayden memang perlu diajar. Dari dulu sampai sekarang, ego. Suka buat perkara tanpa berfikir panjang. Mulutnya memang perlu di ajar nampknya.
KEADAAN mini pejabat yang bersepah itu tidak dia hiraukan. Wajah yang dibasahi dengan air mata masih terbayang diruang matanya. Tanpa sedar, dia melontar kata-kata yang menyebabkan si gadis kecewa.
Lain yang ingin disampaikan, lain yang keluar dari bibir. Tangan yang masih berdarah dibiarkan begitu sahaja. Darah yang kering dipandang sekilas. Dia bersandar malas di kerusi sofa dalam bilik pejabatnya.
Bunyi deringan telefon bimbit yang berada di atas meja kopi itu mematikan lamunannya. Melihat si pemanggil, dia melepaskan keluhan berat. Tahu nasibnya nanti.
"Hello nek." Jawap Hayden perlahan.
"Kamu dekat mana? Balik sekarang! I give you thirty minutes." Talian dimatikan tanpa sempat dia menjawab. Siapa tidak kenal dengan Puan Maryam Lee yang penuh ketegasan.
Hayden segera bangun dari baringan dan melangkah menuju ke pintu utama. Arahan dan nada tegas neneknya itu tidak boleh dibuat main. Kereta Audi neneknya meluncur laju keluar dari rumah itu.
Jarum jam didinding menunjukkan pukul 1230am. Tidur Andara terganggu apabila lengannya berdenyut kuat. Baju t-shirt lengan tiga sukunya itu ditarik ke atas. Dia mengeluh apabila melihat kesan lembam kebiruan pada lengannya.
Mukanya berkerut menahan sakit. Tidak sangka cengkaman yang kuat dari Hayden buat lengannya jadi kebiruan. Kotak first aid di dalam laci meja di cari tapi tidak dijumpainya.
Sekali lagi keluhan dilepaskan sebelum kaki mengorak langkah keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Kotak first aid di atas kabinet dapur dicapai.
Minyak gamat diambil lalu disapu perlahan pada lengannya. Dia berdesis perlahan apabila terasa pedih walaupun sentuhannya itu perlahan. Air matanya mula bergenang apabila teringat apa yang dilakukan oleh Hayden dan kata-kata kejam lelaki itu.
Ibu.. Ayah.. Dara perlukan ibu dan ayah. Rintih Andara dihati.
"Let me help you." Suara husky itu mula memecah kesunyian ruangan dapur.
Tubuh Andara terkaku.
Kerusi disebelah Andara ditarik oleh Hayden. Kerusi yang diduduki Andara di tarik mendekatinya. Kapas dan minyak gamat di ambil dari tangan Andara.
Andara diam tanpa riak. Dia hanya menundukkan kepalanya. Tidak berani memandang wajah lelaki di hadapannya itu.
Ubat disapu perlahan-lahan kemudian ditiupnya. Perbuatan itu dilakukan dengan penuh berhati-hati. Hayden memandang wajah Andara yang sedikit pucat itu. Muka Hayden mula berkerut.
Kenapa pucat je muka budak ni?
Salah aku ke?
Tiba-tiba terbit rasa bersalah dalam dirinya. Selama ini dia tidak pernah berkasar dengan mana-mana perempuan tapi sekarang semuanya berubah. Dia tidak tahu apa yang berlaku padanya.
"I'm sorry." Andara menoleh ke arah Hayden.
"Tuan tak salah. Tuan tak perlu minta maaf apa-apa dengan saya. Saya bukan siapa-siapa." Andara bingkas bangun dari kerusi. Tidak betah lagi dia untuk duduk disitu.
Sekali lagi tangannya disambar tapi kali ini dengan lembut. Andara hanya membiarkan. Berdiri tegak tanpa menoleh ke arah lelaki itu.
"Can you help me?"
Share this novel