FAIQ
Aku dalam bab teka meneka ni memang aku expert. Tapi, I'm no detective ( kalau bab Zik ni boleh je aku siasat ), tu sebab aku suruh Maya datang jumpa aku lepas habis sekolah. Nak bawak Zik sekali ke? Esh, tak payahlah. Aku boleh bagitau dia nanti.
"Nak jumpa aku kenapa? Nak suruh aku tutor math lagi ke?" Maya tanya sebaik sahaja dia muncul. Aku tengok sekeliling. "Mia mana?"
"Kata takyah bawak dia?" dia tanya balik. Aku angkat bahu. "Saja tanya."
Aku panggil Maya ni sebenarnya aku nak tahu pasal Irfan dengan Mia. Bukanlah nak busybody ke apa. tapi aku memang dah curious gila ni. Nak siasat, macam yang aku cakap, aku bukanlah Sherlock Holmes atau Shinichi Kudo. So, baik tanya terus je kan?
Lepas pujuk Maya lima enam kali, barulah dia nak bercerita. Penat jugak nak pujuk dia sebenarnya. Sebab dia takut aku sebarkan je.
Sorry siket, ni Faiq ok. Aku pandai simpan rahsia orang. Kehkeh.
"Ok, kau nak tahu pasal apa sebenarnya?" Maya tanya, mungkin tak tahu nak start dari mana. Aku pandang Maya. "Macam mana Irfan kenal Mia?"
Soalan tu paling aku curious. Yelah, masuk sekolah ni je, terus tanya pasal Mia. Tuptup, dah jadi makin rapat sekarang ni.
Mungkin diorang kawan lama kot? Kawan yang terpisah. Em, kawanlah sangat. Irfan tu dahlah ada rupa, mustahil kawan je diorang ni.
"Mia suka dia sejak darjah 6." Maya jawab ringkas. Woho, so diorang ni sekolah rendah sama samalah? Betullah apa yang aku teka. Kan dah kata, aku ni expert. Bagi sesiapa yang tak percaya tadi, sila bagi sorang singgit. Berani tak percaya kehandalan aku. Ceh.
"So, diorang ni suka sama sukalah?" aku soal.
"Time tu ke? Haah, yelah kot. Diorang couple hujung tahun."
Aku angguk, tanda faham. Macam excited pulak nak dengar lagi.
"Tapi, masa form 1 tu diorang break, pertengahan tahun rasanya." Oh, ex lah ni?
"Mia....time tu aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku rasa perangai dia berubah sikit time tu. Mula mula dia nampak sedih, lepastu tiba tiba marah. Sebab...dia tinggalkan Mia macam tu je. Siapa tak bengang kan? Aku pun dah berasap dengar Mia bercerita. Tapi dah lama sikit tu, dia kata dia nak lupakan je mamat tu. Aku ok je, buat apa bazirkan masa suka dekat orang yang tak tahu jaga hati orang kan?"
"Tapi, masa akhir tahun form 2, dia tiba tiba cakap dia masih suka dekat Irfan. Aku sebenarnya geram sikit, Mia ni degil orangnya. Mamat tu dah tinggalkan dia, takda khabar apa semua, boleh dia nak sayangkan mamat tu lagi? Tapi yelah, nak buat macam mana kan, first love memang susah nak dilupakan."
Whoa, Irfan first love Mia rupanya? Daripada cerita Maya, Irfan ni sounds like an asshole, kan? Tapi aku susah nak percaya. Yelah, aku dah makin rapat dengan dia sekarang ni. Bukannya asshole, baik sangat adalah!
Maybe dia dah berubah kot sekarang ni. Sebab tu dia cari Mia dekat sekolah ni, kan? Andaian.
"Tapi, lepastu, masa pertengahan tahun lepas, masa kita form 3, Mia kata mamat tu add dia kat fac. Aku suruh dia tegur, tak salah kan sekadar nak tegur je. Aku rasa kalau aku tak paksa dia, alamatnya sampai bila bila dia tak tegur. Maybe, Irfan takkan sampai dekat sekolah ni."
"Cop, kau kata kau benganglah, geramlah. Asal tetiba paksa Mia suruh tegur Irfan?"
"Macam yang aku cakap tadi. Aku faham perasaan dia, memang susah nak lupakan first love." Maya jawab
"Kau faham sebab kau pun alami benda yang sama ke?" Tersentak dia dengar. Tengok muka dah tahu. "Biasa orang kalau nak faham perasaan orang lain, dia mesti alaminya dulu. Tak gitu?" aku tanya lagi.
Maya pandang aku, buat muka pelik. Apa apa jelah Maya.
"Ok, back to the story lah. Aku pendekkan cerita jelah, eh? Lepas Mia tegur tu, diorang makin rapat. And then, kau tahulah."
Aku angguk. "Couple balik?"
Maya geleng kepala. "Taklah, diorang kawan je. Nak cakap macam mana ah? Diorang tahu perasaan masing masing, tapi macam tu jelah."
Aku berkerut kening. "Habis, Hairi macam mana? Bukan Mia suka Zik jugak ke?"
Maya pandang aku, pastu mengeluh. "Ha, tulah pasal. Tu aku tak tahu. Kau tanya Mia sendiri."
Hm, aku dah dapat 80% apa yang aku nak tahu. Tapi, masalahnya pasal Zik ni ha. Macam mana? Wait, tapi apa yang aku tahu, Miafan ni kiranya teman tapi mesra lah kan? Hoho.
"Ha, tu panjang umur. Mia sini jap." Maya panggil. Mia buat muka keliru. Aku pun sama.
"Er, aku nak cakap dengan kau jelah Maya. Hal private."
"Eh, pasal Zik ke?" Bulat mata Mia bila dengar Maya cakap, lepastu dia pandang aku. Oh, sebab aku kawan Zik ke? Hahaha.
"Takpe, Ayiq dah tahulah weh. Citer je."
"Ayiq tahu? Mana dia tahu?"
"Aku bagitahu. Sorry."
"Hm, takpelah, lagipun Ayiq kawan Zik."
"So, citerlah. Pasal apa?"
Aku tak cakap apa apa, cuma menjadi pendengar setia.
"Hmm, aku rasa Zik sejak dua menjak ni lain lah. Dia macam baik dengan aku je."
"Kenapa Ayiq? Terkejut ke?" Maya tanya. Aku tahu dia tahu aku tahu (ha?), tapi sebab Mia ada, dan Mia tengah blur sekarang, aku buat tak tahu je.
"Takde ape ah, sambunglah balik. Oh wait, Mia aku nak tanya ni. Kau suka Irfan kan? Tapi kau suka Zik jugak?" soalan yang dah lama aku tunggu jawapannya. Oh, tolonglah jawab!
Mia pandang aku, lepastu mengeluh. "Aku tak tahulah Ayiq..." Aihh, jangan macam ni Mia! Jangan bagi jawapan macam ni please please.
"Aku nak lupakan dia haritu. Aku dah tekad. Setekad tekadnya. Tapi bila aku nampak je muka dia...takkan boleh. Takkan dapat. Kenapa dia mesti comel sangat?!" kata Mia.
Erk, tolonglah. Aku lagi comel. Aherherher.
"Macam mana kau boleh suka dua orang pada masa yang sama?" aku tanya dalam nada interviewer. Ceh. Ada bakat gak aku ni. Cuti sekolah nanti aku kerja eh.
"Takda lah, aku minat Zikril time awal tahun lepas. Time tu mana ada Irfan, aku fikir ok je aku nak move on. Tapi macam, aku sekadar minat dia je. Irfan ni lain citer sikit, aku...nak cakap cinta macam geli sikit tapi tulah hakikatnya. Dan aku tak expect dia tetiba muncul jugak."
Aku angguk. Hm, kesian jugak Mia ni. Orang muncul tiba tiba. Apa dia nak buat kan? Tak boleh nak buang je perasaan dia dekat Zik tu macam tu je.
Wait. Zik dia cuma....
"Kau sekadar minat je ke Zik?" aku tanya dalam nada terkejut. Dan dia 'cinta' Irfan?
Mia angkat bahu. "Dulu, aku betul betul pasti, tulah perasaan aku. Aku cuma minat Zik gitu gitu je. Tapi aku suka betul betul dekat Irfan. Sekarang ni, aku sendiri tak tahu perasaan aku macam mana."
Share this novel