Bab 6

Romance Completed 4252

MIA

"MAYA TANGAN AKU SEJUK!" aku jerit. Maya pandang aku, lepastu buat muka terkejut. "MAYA TOLONG AKU!" Maya tak pandang aku pun. Ish, geramnya.

"MAYA"

"MAYA"

"MAYA"

Masuk kali keenam aku jerit, semua orang pandang. Peduli apa aku pasal diorang, tangan sejuk aku ni lagi penting. "MAYA JOM PERGI TANDAS. AKU NAK BASUH TANGAN NI."

Maya mengeluh dan akhirnya bangun jua. Setibanya di tandas, Maya hanya perhatikan aku sambil tersengih. "Apehal?"

"Kau tahu tak...aku rasakan Zikril tu suka kaulah."

Aku lopongkan mulut, buat buat terkejut. "Haha, okay lawak. Lawak paling lawak pernah kau buat. Tahniah, Maya. Kau patut dapat 50 sen sebab berjaya buat lawak yang sangat lawak. Belajar dari mana? Zizan? Johan?"

Maya hanya membalas dengan jelingan yang tajam. "Masa kau jerit nama aku tu, aku tak pandang kau pun kan? Secara tak sengaja aku nampak Zik pandang kau. Nope, dia tenung kau kot. Aku perhati dia pun tak sedar. Kalau tengok je takpa, ni sampai tersenyum weh."

Aku mengeluh. "Apa kau ni, Maya. Dont bring that backlah. Aku kan kata nak lupakan dia lepas hari Jumaat tu."

"Mentang mentanglah yang lagi sorang dah ada sini, kau campak jelah Zikril tu eh?" Maya mengusik. "Hek eleh, gediklah kau. Kau tahukan aku suka siapa sebenarnya. Aku setia pada yang satu okay. Haha." aku tepuk dada.

Sebaik je aku keluar, mata aku bertentang dengan Zikril. Dan sebelah dia.....Irfan.

Zikril menghadap aku. So, aku tak nampak Irfan. Zikril pandang aku tajam. Macam nak bunuh aku je mamat ni. Seram pulak. Baik aku masuk balik.

Aku pandang Maya. Bagi isyarat dekat dia.

Oh, tahi. Diorang berdua dengar ke apa aku cakap dengan Maya tadi? Zikril to be specific. Pergh, nasib tak sebut nama Irfan tadi. Selamat.

Aku tolak Maya masuk balik dalam tandas. "Mulai harini, bagi gelaran untuk diorang."

Maya angkat kening. "Gelaran apa?"

Aku fikir sejenak. Tetiba Maya petik jari. Ada idealah tu.

"Hitam putih."

"Kenapa?"

"Irfan putih Zikril hitam. Warna kulit." kata Maya dengan wajah yang yakin.

Aku gelak tengok muka Maya. "Tah bila pulak lah Zikril hitamnya. Aduh, kau ni buat lawaklah."

"Alah biar jelah." Aku geleng kepala, tak setuju. "Ok fine. Zikril coklat."

Aku pandang Maya pelik. Macam takda nama lain nak reka. Tapi aku nak reka lagilah malas. "Ok hitam putih." Maya hanya tersengih.

Diorang ada lagi time aku keluar tandas kali kedua. Lagi jantung macam nak tercabut sebab dua dua pandang aku.

Aku apa lagi, jalan lajulah. Pandang tempat lain. Cepat Mia cepat jalan. Oh ya, jangan trip pulak.

"Weh, tunggu jap." Zikril panggil.

Alamak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience