MAYA
Aku berjalan jalan di koridor blok B, sambil mata pandang blok C. Manalah tahu Syafiq tiba tiba ada ke kan. Boleh cuci mata sikit. Hoho. Aku tak panggil Mia sekali sebab aku tahu dia nak tengok Hitam Putih kesayangan dia tu. HAHA.
Sampai depan kelas kedua, aku stop dan menebeng kat situ. Seberang sana kelas Syafiq. Boleh aku stalk dia kehkeh.
Mana orang yang pakai baju sedondon dengan aku ni? Hoho itu diaaa. Eh wait, tu siapa?
Faiq?
Apa dia buat dekat kelas kesayangan aku ni? Haha.
Mana teropong aku ni?
Aduh, nak tengok apa dia buat kat situ macam jauh sangat. Dahlah aku ni rabun haih. Ha! Aku kan bawak phone harini hakhak.
Apa lagi, aku terus keluarkan phone, bukak camera. Pandangan orang yang lalu lalang aku buat tak endah sebab misi aku kat depan ni lagi penting.
Aku zoom paling dekat, walaupun gambar tak HD, at least nampaklah jugak apa yang berlaku.
Aku nampak Ayiq macam tengah cari cari orang dalam kelas tu sebab dia cakap dengan semua orang. Lepastu Syafiq aku muncul. Wuu, hensemnya diorang.
Eh, 'diorang'? K Maya k.
Lepastu, melalui camera aku yang tak seberapa nak HD sebab dah zoom habis habis ni, aku nampak dua orang yang pakai baju kuning cair, iaitu sedondon betul dengan aku ni, tengah bercakap.
Wait, what? Ayiq dengan Syafiq? Ayiq kenal Syafiq ke? Kenapa nampak macam serious je diorang cakap tu?
Hoho, ni kena siasat lebih ni. Aku tutup camera, simpan phone, dan terus berjalan dekat tangga perempuan, tempat lagi bagus nak spy diorang sebab depan tangga tu memang kelas Syafiq.
Tiba tiba aku dengar nama kawan baik aku disebut dekat bawah tangga perempuan. Orang yang sebut nama Mia tu pulak aku memang cukup kenal lah. Aku pandang bawah, nampak Zik dengan Irfan.
Diorang tak perasan aku ada dekat tangga atas ni. Aku pandang Syafiq dengan Ayiq, diorang tengah bercakap lagi.
"......suka orang yang sama.." Aku pandang Irfan yang tengah cakap dengan Zik. Aduh, ni nak perhatikan sapa? Ayiq dengan Syafiq ke Zik dengan Irfan? Kalau nak diikutkan hati memang aku nak stalk Syafiq dengan Ayiq tapi Irfan dengan Zik ni macam lagi penting je hoho.
So aku duduk dekat tangga atas, keluarkan phone dan buat buat busy main. Kita selfie kejap eh haha.
"Aku rasa Mia macam suka kau je." Whoa whoa what?
"Asal ni? Jeles ke?"
"Nak cakap tak, kang aku tak jujur pulak."
"Alah lek ah, tu kau rasa je kot."
"Tapi aku rasa bersalah jugaklah kat kau, sebab kita suka orang yang sama.."
OMG OMG WHAT DID HE JUST SAY? AAAAAHHH.
Eh, asal senyap je ni..?
Agaknya aku terbuat bunyi excited tu yang tetiba dedua makhluk tu senyap je. Aku terus pura pura selfie. Ya, selfie sambil tengah duduk dekat tangga. I'm so fab walaweh. Cantek gak aku ni en, walaupun lemak di pipi semakin menebal, tapi aku tetap comel. Ahaks.
"Selfie tak ajak." tetiba muncul satu suara dari belakang. Eleh, selfie pun nak kena ajak ke? Tak nampak aku tengah syok selfie sendiri ni? Heh, menganggu ketenteraman betul mamat ni.
Eh, tapi sapa yang tegur aku tu?
Instead of pusing belakang, aku pandang front camera aku yang dah sedia terpasang ni dan nampak.... orang yang aku nak stalk tapi tak jadi tadi.
Omg apa dia buat kat sini? Oh lupa kelas dia depan tu je. Tapi omg asal dia tegur aku? Kena sampuk ke apa?
Apa patut aku cakap? K tangan aku dah menggigil ni ya Allah.
"Haa, nak celah masuk jugak ke?" aku tanya dalam nada bergurau. Wah Maya, pandai kau act natural. Berpotensi jadi pelakon tambahan ni. Pelakon tambahan je mampu, kang kalau utama hancur drama nanti.
Dia angguk dengan laju, dengan muka innocent dia tu, sambil tersenyum. Halah halah comel nya maigaaad.
Wait, what? Maknanya dia nak selfie ngan aku sekali ke pe ni?
"Betul ke ni?" aku mintak kepastian. Dia angguk lagi. "Yes, why not? Unless, Maya yang taknak.."
HAHA OMG DIA PANGGIL NAMA AKU!! DIA KENAL AKU YAY!! HARI INI SUNGGUH INDAH!!
K stop Maya. Dia ajak selfie tu. Buat muka cantik sikit. Tunjukkan wajah Miss Universe yang kau pendam selama ni.
Aku kedepankan phone aku sebab Syafiq duduk jauh sikit.
Lepastu dia buat tanda peace, senyum nampak gigi.
Click!
Aku tengok balik gambar tadi, as expected, dia memang comel dan hensem dalam gambar. Luar apatah lagi en?
Aku tengok muka aku pulak. HAHA AKU TENGAH PANDANG DIA OMG MALUNYA APA AKU BUAT NI.
"Nak tengok."
Aku cepat cepat tutup phone aku dan masuk poket. Gelabah terus. Dia buat muka hairan.
"Ahh... nanti balik.. Ma-Maya bagi. Ok?" aku kata, gelabah aku ni tak habis lagi haha.
Dia angguk lepastu senyum lagi. Ei apa masalah dia ni asyik senyum kat aku? Saja nak bagi jantung aku berdebar lagi laju ke pe ha?
"Ok lah, Syafiq nak masuk kelas dah. Babai." dia lambai dekat aku gaya budak budak.
Aku terus kaku. Kenapa kaku?
SEBAB DIA COMEL SANGAT KENAPA OMG AKU TAK EXPECT BENDA NI AKAN JADI.
Seketika aku terlupa pulak pasal Zik dengan Irfan tadi. Aku pandang tangga bawah, diorang dah takda. Aish, hilang pulak. Apapun, kena bagitau Mia ni! Mesti berbunga gila hati dia kalau dengar. Hati aku sekarang ni pun tengah berbunga ni haha.
MIA
"So apa kau nak buat?" Sara tanya aku.
Aku angkat bahu dan mengeluh. Eh, kenapa aku mengeluh ni? Sepatutnya aku gembira sebab Zik suka aku. Zik yang selama ni dingin mengalahkan ais batu, yang selama ni layan aku kasar, dia suka aku. Like, whaaaaat. Aku masih tak percaya k.
"Kan aku dah kata masa chapter awal awal, nanti kau buat Zik tu mengharap pulak. Tapi kau taknak dengar." kata Maya pulak.
"Tapi, persoalan yang sebenarnya, kau buat Zik atau Irfan yang mengharap?" Amy berkata, menghulurkan microphone halimunan dekat aku.
Aku tolak tangan dia pelan pelan. "Takyah taulah. Aku tahu aku ni hot sangat tapi rasanya tak perlu paparazzi kot. Aku perlukan aircond."
Aku tengok jam tangan, terus aku bangun dari katil. "Aku dah lambat ni! Ada date dengan Zik." Aku wink dan bagi flying kiss dekat tiga ekor budak yang bertenggek dekat katil aku.
Semua acah2 nak muntah. Muntah apa? Muntah pelangi kot. HAHA. Sebab muntah hitam putih terlalu fab. K aku merepek dah ni, korang takkan faham.
Sampai je dekat kelas aku terus duduk atas kerusi, letak buku buku semua.
Lagi 5 minit dia sampai lah tu nanti hehe tak sabar nak date. Date lah sangat ye Mia kan.
Aku dengar bunyi tapak kaki, terus aku toleh tepi. Tiba tiba aku nampak Aimy dekat pintu kelas. Dan muka dia nampak macam tengah marah.
Share this novel