FAIQ'S POV
Esoknya, hari jamuan, kitorang dah siap prepare makanan minuman semua. Memandangkan aku tak tahu pun diorang dah bincang, aku pun bawak air kosong jelah heheh. Alah kalau aku tahu pun, aku tetap bawak air kosong jugak lol.
Anyway, plan untuk Zik tu sempena dia nak pindah tahun depan. Kitorang plan nak prank dia sebaik je dia masuk kelas. Macam mana nak buat dia masuk lambat? Amir settle kan. Nanti dia masuk sensorang, Amir mesti masuk lambat sikit aku assume sebab dia obviously taknak kena baling dengan tepung. Ha dah tahu kan? Kitorang nak baling tepung dekat dia.
So yeah, sekarang ni tengah tunggu je dia nak masuk kelas. Amir ni mana? Kisah apa aku dia masuk lambat, yang penting aku tetap nak baling dekat dia nanti hoho.
"Weh, sedia tepung!" aku inform satu kelas. Semua angkat beg tepung, tunjuk dah sedia.
Sebaik sahaja pintu depan kelas dibuka, aku buat isyarat tangan, suruh lancarkan serangan.
Lepas kitorang baling tepung dekat dia, baru aku perasan budak tu bukan Zik. HAHA. Rupanya Amir. Ok ni lagi HAHAHA.
"Shoot aku lupa nak masuk lambat! Woi rambut aku!" jerit Amir yang sedang membersihkan rambutnya yang diselaputi tepung. Baju dia pun kena tepung jugak, tapi obviously rambut dulu yang dia bersihkan. Heh, typical betul. Tengok aku ni, tak kisah pun rambut botak ke licin ke kerinting ke apa ke. Walaupun macam tu aku tetap bergaya. Ok ni nampak betul tipunya. Gila apa lelaki tak kisah pasal rambut dia? Hahaha obviously aku pun kisah jugak kahkah.
Nampaknya tak perlulah aku bersusah payah cari peluang baling tepung dekat dia, dah kena dengan satu kelas dah pun. Yang si Zik ni mana?
"Assalamualaikum--"
Ok, ni sah suara Zik. Aku orang first baling dekat dia sebab dengar je suara tu memang automatik aku terus baling haha. Lepastu budak lain join sekali, and then baling dekat memasing, tapi mostly dekat Hairi lah.
Dia memang tak expect war tepung ni akan berulang lagi, (maklumlah dah kena denda dengan warden haritu memang teruk), lepas je aku aim dekat dia, dia terus attack aku balik tanpa tengok siapa yang attack dia. Apa jahat sangat ke aku ni sampai orang first yang dia agak baling tepung dekat dia tu aku? Well, maybe lah kot HAHA.
"Kenapa main tepung ni?" Hairi tanya, lepas je kitorang habis main. "Surprise untuk kau sempena kau nak pindah tahun depan." aku jawab.
Muka dia nampak sedikir terharu and satu lagi ekspresi muka lain yang aku tak dapat nak cam. Bersalah? "Tapi aku---" dia kata tapi Hafiz potong. "And kitorang sediakan hadiah untuk kau! Nah, ni dari aku." kata Hafiz lalu menghulurkan hadiahnya kepada Hairi.
"Eh, serious ah? Hadiah sekali? Korang takyah ah susah susah ni. Aku ---" and then seorang demi seorang bagi hadiah dekat dia.
"Bro, ni kek Naim buat khas untuk kau tau!" kata salah seorang budak kelas. Muka Zik dah macam 'apsal korang layan aku ni macam anak raja ni?' haha.
Zik letakkan semua hadiah yang dia dapat atas meja guru dan berdiri dekat depan. Kitorang semua pandang dia.
"Ok, seriously, apa yang korang buat ni memang... awesome gila. Aku memang rasa terharu korang buat semua ni untuk aku. And hadiah semua. Especially the cake, Naim! Tapi.. ada satu benda aku nak cakap. Aku harap korang tak marah." kata Zik. Kitorang semua angguk je. Cuma aku rasa suspicious jugak, benda apa yang dia nak cakap tu sampai taknak kitorang marah?
"Sebenarnya aku tak jadi pindah."
"APA?!!!" serentak satu kelas menjerit.
Share this novel