MIA
Exam dah lepas dua minggu lepas, Alhamdulillah. Terasa ringan je hati ni, tapi harapnya bila dapat kertas nanti hati masih ringan. Aku gembira, yelah, exam akhir tahun dah habis, apa yang kitorang buat? Enjoylah! Aku rasa macam dah tak risau lagi dah perkara perkara lain.
Tapi ada satu perkara je yang aku rasa pelik dan risau.
Ya, kalau korang nak tahu, pasal Zikril lah. Dia macam dah... tak layan aku dah.
Masa nak ulangkaji exam haritu, adalah jugak aku tanya dia, tapi dia kata suruh tanya Ayiq. Dahlah tak pandang aku langsung, aku fikir masa tu dia manperiod kot. Maybe dia nak menyendiri time exam gini. Lagipun kan exam akhir tahun. So aku abaikan jelah.
Tapi rupanya tak, sampai ke harini dia macam tu.
It's like, everything is back to how it was before. Waktu mula mula cerita ni start. Korang ingat lagi tak macam mana Zik layan aku? Ya, sekarang dia layan aku macam tu balik.
Sedih kan?
Setelah berapa lama aku berusaha, sekarang jadi balik. Apa yang aku dah buat? Aku ada buat salah ke? Serious aku rasa macam sedih gila. Rasa sakit hati kalini lebih sikit sebab aku pernah merasa layanan baik Zik tu.
Aku nampak Ayiq lalu dekat depan, aku terus panggil dia.
"Ayiq, aku nak tanya kau something, boleh?"
Dia angguk laju. "Tanyalah."
Nasib baik Ayiq ni baik lagi, kalau dua dua orang ni layan aku sama, heh, habislah aku.
"Kau tau tak kenapa Zik lain?"
Dia kerutkan kening dengar pertanyaan aku. Apa? Aku cakap benda salah ke?
"Bila masa Zik lainnya? Apa yang lain?" dia tanya aku.
Oh. Nampaknya memang dah terang lagi bersuluh aku lah masalahnya. Kalau Zik baik dengan orang lain, kenapa tiba tiba dia berubah dengan aku?
"Zik buat apa dekat kau?" dia tanya lagi, kalini dia pandang dengan muka serious.
Aku ragu ragu nak bagitahu dia ke tak. Aku tahu Ayiq ni pandai simpan rahsia, tapi kalau rahsia tu pasal best friend dia sendiri? Hmm.
Macam baca minda aku, dia tiba tiba kata, "Jangan risau. Kau boleh bagitahu aku, aku ni kan baik orangnya."
Typical Ayiq puji diri sendiri. Nak muntah aku. Aku rasa perangai dia ni kena tempias dengan Zik ni kot. Dua dua sama je perangai. Tapi Zikril lagi teruk dia punya perasan tu. Tapi, let's look at the fact okay? Dia memang baik, aku tak boleh nak deny.
"Macamnilah. Zik sekarang layan aku macam dulu balik. Kau ada nampak ke kitorang bercakap sekarang? Mana ada dah. Aku sendiri takut nak hadap muka dia." Akhirnya aku bagitahu dia.
Ayiq hanya laju mengangguk. "Hm, takkan takda angin takda ribut tetiba dia berubah je, kan? Kau rasa apa faktor dia berubah macam tu?"
Aku angkat bahu. "Manalah aku tahu. Tu yang aku datang jumpa kau ni."
Aku tunggu dia bagi jawapan, tapi dia cuma termenung sambil pandang lantai. Muka berkerut. Tengah berfikir agaknya.
"Takkan sebab dia jealous kau dengan Irfan kot?" Ayiq cuba meneka. Haha, kau buat lawak ke apa ni? Aku cuma mampu ketawa hambar.
"Eh, tapi dia memang dah tahu sejarah korang berdua. Tapi dia ok je. Kenapa, kenapa tetiba je dia berubah?" kata Ayiq yang lebih kepada bercakap seorang diri. Aku cuma perhatikan dia je.
Lepastu dia pandang aku. "Sejak bila dia mula berubah?"
Aku membuat pengiraan berdasarkan apa yang aku ingat. "Umm... Sehari sebelum periksa kot."
Setelah beberapa ketika dia berfikir, akhirnya dia mengeluh. Hm, macam takda luck je ni?
"Sorry Mia, aku tak berapa nak ingatlah. Maklumlah, minggu lepas kan focus untuk exam." Ha, kan dah agak. Aku cuma angguk je, tak tahu nak balas apa. Sekarang ni macam mana? Aku nak tanya Maya ke?
"Tapi takpa, memandangkan exam is over, aku akan sedaya upaya tolong kau!" dia kata dengan semangatnya. Kan dah kata, dia ni memang baik. Terharu aku ada kawan macam dia ni. Cewah.
Baru je aku nak balik dorm, aku dengar Maya panggil nama aku banyak kali.
"Ada apa?" aku tanya dia yang tengah tercungap cungap lari tadi. "Kau ada dengar cerita tak?" dia tanya aku balik. Aku mengerutkan kening, pandang dia hairan. "Cerita apa pulak?"
Ayiq hanya perhati je kitorang.
Maya menarik nafas perlahan lahan sebelum dia menjawab. "Rumours pasal kau dengan Irfan."
Ha? Pasal aku dengan dia? Sejak bila pulak rumours merepek ni wujud?
Oh.
Ni sebab ke....
Aku pandang Ayiq, dia pun pandang aku dengan muka terkejut dia tu. Aku rasa dia terfikir benda yang sama dengan aku, dan sekali lagi, seperti membaca minda aku, dia tanya, "Kau rasa sebab tu ke Zik...?"
Aku angguk perlahan lahan, sebab aku sendiri tak berapa nak sure. Kalau nak cakap dia jeles pasal rumours tu, macam perasan pun ada jugak aku ni. Tapi kalau aku perasan, takkan Ayiq fikir benda yang sama kot? Haha. Lantaklah aku nak perasan ke apa.
"Uh.. korang cakap pasal apa ni?" Maya tanya.
Aku cuma menggeleng kepala. "Nantilah aku cerita. Ha, yang pasal rumours tu apa?"
"Pasal tu, ada orang sebarkan dekat satu sekolah pasal korang berdua. Which people now believe you guys are a thing." kata Maya.
Hmm, kalau rumours macam tu memang dah biasa lah kan? Nampak orang rapat sikit je dengan orang lain memang lah orang buat andaian yang diorang tu couple kan? Pft, masyarakat sekarang.
"Tapi Mia, kalini rumours tu memang ada sumber yang sengaja sebarkan lagi pasal korang tau, bukan biasa biasa je. And thanks to my inner detective self, aku dah tahu siapa yang sabotaj kau tu." katanya dengan muka bangga.
"Siapa?"
Maya pandang aku serious. "Aimy."
Dengar je nama tu, aku terus buat muka loya. Tolonglah, dah tak kuasa aku dengar nama tu. Apatah lagi nak tengok orangnya? Memang tak ah, rasa nak baling baldi sisa kumbahan je dekat dia.
Tiba tiba Ayiq bersuara. "Speaking of her, aku dengar korang dah... tak kawan lagi dah?"
Kitorang berdua angguk. Ya, kitorang dah tak kawan dan tak hengen pun nak kawan lagi dah. Aku simpati dengan kawan kawan dia, macam manalah ada kawan yang hidup dia sendiri pun dia tipu.
"Apa jadi?" soal Ayiq. Ha, mulalah budak ni nak korek cerita.
"Kau tahu tak, budak tu marah Mia sebab dia rapat dengan Zik, dia kata Mia khianat dia. Padahal, hakikatnya, budak tu sebenarnya memang dah tahu yang Mia ni sukakan kat Zik. Sebelum kitorang start kawan lagi tau. Tak rasa macam pelik ke sebab dia saja bagitau Mia yang dia suka Zik sedangkan dia sendiri tau yang Mia minat dia." Maya bercerita.
"Kenapa dia tak bagitahu kau je dulu?" aku pandang Maya. Maya memetik jari. "Kan!"
"Mana korang tahu dia tahu yang Mia minat Zik?" soal Ayiq.
Aku pandang Maya. Haa, mulalah tunjuk muka bangga dia tu.
"Well, aku kan Maya. Aku boleh dapat maklumat dari sumber mana mana sahaja." katanya sambil mengangkat kening.
"Explain." balas Ayiq pula.
Maya mencebik. "Hish kau ni. Aku jumpa kawan dia lah."
Wait, bukan dia kata dia takda kawan ke masa dia nak jadi kawan kitorang tu? Puih, dasar penipu.
"Kawan dia kata, dia memang minat Zik and dia tahu yang kau minat Zik jugak. Tapi kau rapat dengan Zik so dia pun kononnya nak jadi kawan kitorang." kata Maya sambil pandang aku.
"Ok macam nilah, aku rasa ni plan dia. Bila dah rapat sikit, dia akan confess dia suka siapa. Dia suruh kau support dia dengan Zik. Give her advice about him. Lepastu bila dia tanya crush kau pulak, dia dah yakin yang dia akan buat kau mengaku orang lain sebagai crush kau, not Zik. Sebab dia tau kau baik, Mia. Kau taknak dia sedih kalau kau mengaku kat dia yang kau suka Zik, kan? So plan dia memang menjadi. And then, dia akan support kau dengan Irfan pulak. Dia akan buatkan kau busy dengan Irfan sampai kau dah tak suka Zik. That's my theory." terang Maya panjang lebar.
Aku dengan Ayiq melopong mulut dengar penerangan dia.
"And the weird thing is, kawan dia kata dia sebenarnya memang tak suka kau Mia. Takkan tetiba je nak jadi kawan, kan?"
"Sanggup dia buat camtu semata mata sebab Zik je? Apa punya perangailah minah ni." kata Ayiq sambil menggeleng kepala.
"Well, another kes pulak. Hush, banyaknya nak kena selesaikan." katanya lagi.
Maya menjelingnya. "Apa kau fikir kau ni detective ke? Please lah."
Ayiq membalas jelingannya. "Hek eleh kau. Kalau setakat teori kau tu takleh pakai lah. Itu cuma sebuah teori yang bagus. And having a good theory doesn't mean you're a detective."
And then they start bickering again..
Aku tersenyum.
Diorang ni memang perfect for each other. Like I said before, aku memang ship Mayiq sejak form one.
Ayiq, kenapa kau tak perasan Maya lagi? Dia dah tunggu kau sejak form one kau tahu.
Share this novel