Bab 45

Romance Completed 4252

ZIKRIL

Aku keluar ke tandas, on the way balik kelas, aku ternampak Mia. Aku terus kejar dia. Dia tak masuk kelas ke? Aku tak masuk kelas ke? Haha. Lek lek, cikgu bukan ada pun. Dah akhir tahun dah pun.

Aku pusing kiri, eh mana dia ni? Laju gila jalan. Jalan je pun, takkan cepat sangat. Aku pandang sekeliling, cuba cari dia.

Masa aku pusing belakang tiba tiba dia muncul, betul betul depan aku.

Terus aku menjerit, lepastu kaki aku automatik ke belakang beberapa langkah. Dia pulak dengan selambanya ketawa terbahak bahak, sampai pegang perut dia. Aku rasa mata dia berair. Cis, apa tah yang lawak sangat.

"Apa yang lawak sangat?" aku mencebik sambil bersilang tangan.

Dia kesat air mata dia, lepastu berhenti ketawa. "Sorry sorry, muka kau lawak gila tadi. Macam beruk. Dahlah jerit macam perempuan. Ingat jumpa hantu ke apa?"

Cis, suka hati dia je nak kutuk aku? Muka aku yang hensem ni? Haih sabar jelah Zik. Heh, maybe aku jerit sebab muka kau yang macam hantu tu ha.

"Kau apesal nak jumpa aku ni?" dia soal aku, walaupun muka dia still nampak macam tahan gelak.

Aku mengerutkan kening. Mana dia tahu aku nak jumpa dia?

"Eh, tak kata pun nak jumpa kau. Perasan ke apa ni?" aku sindir dia. Heh.

Dia tersenyum senget dengar kata kata aku. Pehal dia ni? Aku sindir dia, dia boleh senyum. Macam mengejek aku pun ada. Padahal aku yang ejek dia?

"Takyah nak nafikan sangat. Aku nampaklah kau follow aku tadi. Kan?"

"Oh..." Aku tak tau nak kata apa sebab, damn, she got me there!

Mata dia tiba tiba menjadi bulat. "Wait, jangan kata aku betul? Aku cuma teka je tadi."

Aku gelak hambar. "Ahaha, yes, kau salah. Aku tak follow kau."

Dia pandang aku pelik, macam tak percaya aku. Lol, nak buat macam mana aku tak pandai cover ahahaha. K lantaklah aku datang bukan nak sembang kosong.

"Mia, aku ada benda nak cakap sikit ni. Aku —"

Dia tepuk tangan sekali lepastu tuding jari dekat aku. "Ha! Kan dah kata. Mesti kau carik aku kan tadi!"

Aku mengeluh. "Ha yelah yelah, aku follow kau. Puas?"

Dia tiba tiba terdiam. Tak expect aku nak ngaku lah tu haha. Padan muka.

"Back to the topic, aku nak tanya kau ni. Kau suka Harris ke?" Wow aku sangat straightforward. What has gotten into me?

"Aaaa...?" dia jawab. Muka dia berkerut tak faham. Esh dia ni tak faham soalan aku ke apa? "Harris Haikal lah. Senior tu."

Dia tak jawab soalan aku, sebaliknya dia pansang lantai, tengah berfikir, lepastu dia petik jari.

"Aa, ni mesti sebab post aku tu kan?" dia soal aku balik. Aku angguk laju. "Yelah. Kau suka dia ke?"

"Yup, aku suka dia. Kenapa?" dia jawab akhirnya. Wow, itu sangat straightforward. Tapi kenapa muka dia macam tahan gelak? Pehal dia ni? Kelakar ke soalan aku?

"Kau pahal muka macam nak gelak je ni?" aku tanya. Dia geleng kepala dengan laju. "Takda pape. Betullah aku suka dia. Sangat sangat! Haha! Bye!" dia kata sambil tersengih sengih lepastu blah macam tu je.

Apsal dia cakap macam tu? Kenapa nada dia macam sarkastik? Kenapa aku macam tak percaya dia? Kenapa aku tak rasa sedih?

Aku patah balik pergi ke kelas, sepanjang masa berjalan aku asyik fikir pasal tadi je. Betul ke dia suka Harris? Kenapa aku macam tak yakin dengan jawapan dia?

Masuk je kelas, aku nampak takda cikgu. Ha memang dah sah pun takda cikgu, dari jauh dah dengar budak kelas aku ni memekak.

Aku nampak Maya tengah baca buku khusyuk gila sampai Amy dengan Sara kat tepi dia diabaikan. Eh, Mia tak balik lagi ke? Dia pergi mana?

Aku tak tau lah kenapa kaki aku ni dengan tiba tibanya jejak keluar kelas, walhal aku baru je masuk tadi tak sampai 1.5 saat.

Aku keluar kelas balik, saja nak carik Mia. Harap kalini dia tak nampak aku follow dia. Kalau tak, kantoi sekali lagi kuikui.

Aku jalan pergi koop, tak tahu kenapa instinct aku mengatakan dia ada dekat situpadahal rehat baru je habis.

Ok, sah aku betul!

Dia ada dekat situ tengah borak dengan seseorang, tapi aku tak nampak pulak muka lagi sorang tu.

Amboi, kemain lagi dia tergelak dengan orang tu. Pernah ke dia gelak macam tu dengan aku? Hm macam tak je. Pernah ke aku buat dia happy sebelum ni? Tahu sakitkan hati dia je adalah.

Aku teringin jugak nak tahu dia dengan siapa tu sebab semangat gila aku nampak dia borak. And aku nampak agak creepy stalk dia macamni dari jauh, so aku decide nak pergi ke sana.

Bila nampak aku jalan ke arah Mia, dia terus berhenti bercakap dengan orang tu. Dia nampak agak terkejut tengok aku kat sini.

"Kau buat apa kat sini?" dia tanya aku.

"Nak beli makanan." aku jawab tapi aku tak pandang dia, sebaliknya aku tengok tengok dalam koop.

Oh, Harris rupanya?

Haha, I should've known. Mestilah dia yang Mia jumpa, dekat koop kan.

Aku pandang dia, dia senyum dekat aku.

"Koop dah tutuplah. Rehat dah habis." Harris kata dekat aku. "Habis ni asal bukak lagi?" aku tanya dia. Padahal aku bukan nak beli pun, acah acah je aku ni.

"Ni.. nak tutup lah ni. Tunggu Mia je ni." dia kata lepastu pandang Mia. Mia pandang dia lepastu pandang aku balik. "Ah, ni lah dia Zikril! Orang yang aku suka tu!" dia kata dengan excited sekali.

Ye, tahulah Mia. Macam aku tak kenal senior ni. Tak perlu lah nak bagitau aku.

"Apa...?" Harris kata dengan muka keliru sambil pandang Mia. Mia cuma tersengih je dekat dia.

"Oh, oh, betullah tu. And ni orang yang aku suka jugak." Harris kata dekat aku sambil pandang Mia. Sambil senyum dekat dia pulak tu. Mia pun senyum je dekat dia. Ei, berasap pulak aku tengok. You don't have to rub it in my face lah kan.

"Ha, yelah pape jelah. Ni ha aku nak beli biskut ni. Nah duit." aku letak dekat kaunter dan terus blah. Geram pulak aku. Tah kenapa aku nak datang sini, tambah sakit hati aku je.

Aku terus pergi kelas balik dan duduk dekat tempat aku.

"Hoi, pahal ni marah marah?" Ayiq tanya. Aku cuma mendengus geram, malas nak jawab soalan dia. Kang mulalah dia nak sakat aku.

Irfan tarik kerusi, duduk depan kitorang. "Apa cer?" dia tanya sebaik sahaja dia duduk.

"Kau tau tak tadi aku nampak Mia dengan Harris?" aku pandang Irfan. Dia membulatkan mata. "Serious ah?"

"Lerr, ni ke sebab kau marah? Padanlerr." Ayiq kata.

"Whoa whoa apa yang aku dengar tadi? Mia? Harris?" Tiba tiba Maya datang mencelah.

Eh, banyak pulak telinga yang dengar.

"Ye ah. Mia dengan Harris."

"Dan.. kenapa dengan diorang?" Maya tanya lagi. Aku pandang dia. Nak jawab ke tak, nak jawab ke tak?

Bukan apa, sebab Maya ni bahaya sikit. Kehkeh.

"Mia kata dia suka Harris, and Harris pun suka dia jugak."

"Apa? HAHAHAHA kau ni jangan buat lawak boleh tak?" Maya kata sambil tahan ketawa. Kitorang bertiga pandang dia pelik.

Apa yang lawaknya? Aku tak bagitau joke apa apa pun. Nak kata apa je yang keluar dari mulut aku kelakar, aku bukanlah Johan. Ceh.

So, aku tak faham kenapa dia ketawa gila gila tadi, sampai nak nangis aku tengok.

"Apa yang kelakarnya?" Irfan tanya Maya.

Maya pandang kitorang bertiga dengan pelik. "Series ah korang tak tahu?" dia soal balik.

Kitorang angguk jelah.

"Harris tu ......abang dialah."

"Apa?!" serentak kitorang bertiga bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience