Bab 14

Romance Completed 4252

Sekarang ni aku tengah menyorok belakang pokok pokok bunga. Ok, aku tahu ni bukan game nyorok nyorok tapi takda larangan untuk menyorok pun kan?

Lama jugak aku menyorok ni. Penat dah punggung aku ni. Adik aku kata tak elok panggil bontot, kita sopankan sikit, iaitu punggung ye. Kehkeh.

Maya pergi mana ni? Dia pergi kejar Amy dengan Sara ke? Kot ye pun kejar cepat sikitlah, penat aku tunggu ni. Kitorang heret Amy dengan Sara suruh join kitorang sekali. Takkan nak main dua orang je kot kan? Memang tak best ah. Amy dengan Sara perangai lebih kurang je dengan kitorang. Tapi mental diorang maybe around 5-7 tahun.

Tapi kenapa aku menyorok kalau nak suruh Maya kejar? So aku keluar daripada tempat persembunyian aku. Baru je aku jalan tak sampai 5, 6 tapak, baru nak exercise sikit sebab badan dah liat tadi asyik nyorok je. Tengok tengok Maya dah kejar dekat belakang.

"MAAAAAKKK!!" Sorry, jeritan aku tu memang tak sengaja. Mana taknya aku tak terkejut, dia tiba tiba kejar aku dekat belakang. Nasib aku sempat toleh belakang. Tah dia muncul dari mana pun aku tak tahu lah.

Aku pun main pecut je lah lari mana aku nak. Aku lari naik blok D, dan tak nampak kelibat Maya dah dekat belakang. Ada dua kemungkinan, pertama, Maya dah penat sebab kejar dua orang lagi tu ataupun aku ni terlalu hebat berlari sampai dia takleh nak kejar aku. Mestilah yang kedua kan, heh.

Aku tengok dari bawah, check ada kelibat dia ke tak.

Ok, check. Line clear.

Aku pecut pergi kelas aku pulak. Tak pecut pun lagi, tunggu Maya ada baru pecut. Baru halfway nak pergi kelas, lagi sekali aku toleh belakang, dia tengah berlari, kejar aku. Nasib baik dia jauh lagi. "Hoi perlahan lah sikit! Mia tak guna!" aku dengar Maya menjerit. Aku cuma toleh ke belakang dan menjelir lidah.

Dan sekali lagi, kelibat dia hilang. Aku tunggu dekat koridor atas, dekat dengan kelas aku. Aku perhatikan kawasan sekolah. Kot kot ada Maya.

Dalam 15 minit, Maya still takda. Aii, aku bukan menyorok pun. Ni duduk tercegat kat tingkat atas takkan tak perasan kot.

Dan disebabkan kelekaan dan kebosanan aku nak tunggu Maya, aku ternampak Maya berjalan dekat bawah. Dan dia tengah pandang aku. Apa lagi, cabut lah!

Aku terus berlari pergi masuk kelas. Dan apa yang aku tak jangka, Zikril ada dalam kelas tu. Dia sorang je. Aku ingat budak kelas aku semua pergi latihan.

Dan disebabkan aku terkejut nampak dia dalam kelas (entah kenapa aku nak terkejut tah padahal dia budak kelas aku), aku berlari dan tak perasan keadaan lantai yang licin.

Hambik kau. Tergelincir aku ke depan, dahi aku kena bucu meja. Terbaring aku atas lantai.

Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya dahi aku masa tu. Benjol agaknya.

Dan betapa malunya aku, sebab time tu Zikril pun tengah pandang aku! Kenapa mesti dia yang ada dalam kelas masa tu?

Aku tak bangun bangun lagi, malu kott. Gila nak bangun? Lagipun dahi aku ni apahal macam sakit sangat ah? Aku cover muka aku, dahi aku sekalilah. Malu masih bersisa tahu. Setengah jam lagi aku bangunlah balik. Zik tolong blah sekarang boleh tak?

"Mia....?" Duh, masa masa macam ni jugaklah kau nak tegur aku.

Cepat cepat aku tukar posisi duduk. Ya, atas lantai. Ya, aku terlalu malu nak fikir apa dah masa tu.

Aku pandang dia, dahi aku masih cover.

Dia pandang aku, muka dia nampak concerned. Sebab aku jatuh tak bangun bangun lah tu kot. Agak terharu disitu.

Which means dia nampak aku jatuh tadi. Malu balik.

"Kau okey ke?" dia tanya. Aku cepat cepat angguk. "Okey je. Sikit je jatuh tadi." Dia pandang dahi aku. "Tu dahi kenapa? Terhantuk ke?"

H a h a h a h a. Malunya. Aku cuma angguk, pandang lantai. Terlalu malu untuk pandang dia balik. Tapi, aku pandang dia sekejap. Muka dia macam tak percaya cakap aku. "Tak percaya? Ha, tengok mana ada pape. Hal kecik je." aku kata, sambil tunjuk dekat dahi aku yang sakitnya masih terasa sampai sekarang.

Tiba tiba muka dia berubah serious. "Kepala otak kau takda pape. Tu ha dahi berdarah. Jom gi bilik kesihatan."

"Eh, takpalah. Aku pergi sendiri." baru aku nak bangun, kepala aku rasa sakit tiba tiba. Kenapa macam pening sangat ni?

Dia cepat cepat bangun dan berlalu pergi ke pintu kelas. Oh, dah nak pergi ke? hm, takpalah...

"Tunggu apa lagi? Jomlah." Eh?

Dia jalan depan sikit daripada aku. Sekali lagi, pening aku rasa ni macam dahsyat sangat je. Aku berhenti kejap. Takut berjalan nanti terhuyung hayang. Zikril tak tahu pun aku berhenti, nak bagitahu dia, aku rasa macam tak boleh nak keluarkan suara.

"Mia? Kau boleh jalan tak ni? Pening ke?" tiba tiba Zikril datang. Agaknya dia perasan aku tak follow dia. Aku sekadar angguk je. Memang aku rasa pening, tiba tiba penat pulak. Nak bersuara pun tak larat.

"Boleh jalan tak?" aku pandang dia. Nak bersuara pun aku tak larat, inikan pulak nak berjalan?

"Sorry, nak aku panggilkan Maya ke? Aku takleh nak tolong kau.." aku cuma menggeleng kepala. Ha, bila teringat balik, Maya pergi mana sebenarnya? Bukan dia dah nampak aku ke tadi? Sebab tu aku lari masuk kelas.

"Takpalah, aku jalan je."

"Oh okay. Kalau kau rasa tak selesa ke apa ke, nak aku tolong apa apa ke, bagitahu je. Tau?"

Terkejut aku dengar apa yang dia cakap. Sejak bila Zik macam ni? Ni Zik ke? Ke orang lain? Entah entah orang lain aku ingatkan Zikril. Teruk sangat aku pening sampai pandangan aku jadi khayalan. Aku pandang dia, nak pastikan balik apa yang aku nampak. Eh, betullah tu Zik. Hm, tapi kenapa perangai dia macam lain je?

Lepas dahi aku dah kena balut dekat bilik kesihatan, aku rehat kejap dalam bilik tu. Tapi, Zik cakap dia tunggu aku dekat luar. Tapi aku rasa makin sakit kepala aku ni.

Sejak bila Zik berubah jadi baik ni? Bukanlah dia tak baik sebelum ni, cuma dia biasanya tak friendly dengan aku pun. Menyampah dengan aku lagi adalah. Sekarang ni, macam terbalik pulak perangainya. Maybe sebab aku jatuh kot.

Tapi, aku still rasa terharu. Dia sanggup temankan aku pergi bilik kesihatan. Dia sanggup tunggu aku dekat luar. Dia risaukan pasal aku...

Kenapa buat aku macam ni bila aku kata nak lupakan kau?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience