Bab 23

Romance Completed 4252

FAIQ

Seronok aku kenakan Zik tadi. Haha. Aku sebenarnya tak plan pun, peluang depan mata, tak baik dibazirkan ye dok.

Lagipun dapat jugak aku balas balik dia baling tepung dekat aku ritu.

Bukan aku tak try kejut, dah habis aku goncang badan dia, lempang dia, jerit kat telinga dia. Hasilnya? Tak jadi jugak. Tidur mati betul budak tu. Dah pukul 1 tak bangun bangun, memang aku ajak semua budak form 4 aspura lah en join simbah dia.

Zikril masuk bilik, tengah lap rambut dia yang basah tu. Aku tegur dia, dia jeling aku.

Masak. Dia tengah ngamuk dalam hati ni. "Oi, marah lagi ke?" aku tanya, baling bantal dekat dia.

Dia tengah merajuk ke marah ke, jangan harap aku nak pujuk cara sweet sweet ok. Puih lah.

Dia tak jawab. Aih, dia ni merajuk bebetul ke apa? Gedik pulak kawan aku sorang ni. Nak jugak kena pujuk. Ok lah, ni kalau tak layan aku ni satu cara je aku tau.

Memandangkan ni hari sabtu, mak bapak boleh datang melawat. Aku telefon parents aku, mintak diorang belikan barang yang aku nak.

Malam menjelang nanti, kita mulakan operasi. Semua form 4 aspura aku dah invite. Pukul 9 malam, lepas isyak, dekat dorm hujung sekali, tingkat dua. Dorm lepak aka DL. Cewah nama.

DL ni sebenarnya bilik kosong yang tak digunakan. Tak tahu kenapa. Kosong semua, takda pape kecuali satu tilam yang memang budak aspura saja letak nak baring baring kat situ.

So far tak pernah lagi form 1 lepak situ. Dengar cerita budak senior reka cerita dekat junior, kata bilik tu berpuaka. Heh. Yang peliknya tak sangka pulak aku diorang percaya. Dah kalau berpuaka buat apa kitorang lepak sini en.

Okay, apapun, aku harap plan malam nanti menjadi. Sekarang ni dah petang, Zik pun dah tak merajuk dengan aku. Dia cakap tak cool lah lelaki hensem macam dia merajuk. Nak muntah pink aku dengar. Macam lah dia hensem sangat. Macamlah dia cool sangat. Ergh.

(( malamtiba ))

Aku check jam tangan, dah 8.50 malam. "Zik, jom lepak DL." Dia cuma angguk je. Aku tengok sekeliling, form 4 takda dalam pandangan aku. Bagus, harap diorang semua dah ada sana. "Jap, aku nak ambik barang!" aku kata, cepat cepat masuk bilik dan ambik plastik dekat locker aku. Aku check jam, 8.54 malam.

Wait, kena bukak jam ni. Kalau aku pakai masuk DL jap lagi, jahanam jam feveret aku ni. Tak pasal pasal besok bapak aku datang melawat semata mata nak membebel.

Ha, kenapa jahanam korang tanya? Aku masuk DL nanti korang tahulah.

"Barang apa kau bawak tu?" Zik tanya, pandang plastik yang aku pegang ni. Aku cuma sengih je. Nak jawab, kang tipu pulak. Tak pasal pasal dapat dosa menipu.

Muka Zik memang sah terkejut gila bila dia bukak pintu DL. Mana taknya, memang semua form 4 aspura tengah berkumpul kat situ. Camne muat pun tak tahu.

"Wei bila nak start?" sorang budak form 4 tanya. Aku bagi isyarat suruh diorang semua bangun. Serentak semua bangun.

Woho, rasa macam taiko pulak. Semua patuh arahan aku. Heh.

Zik pandang aku pelik. "Kau jadi taiko ke apa ni? Ke ni nak kenakan aku lagi?"

Cis, dia ni. Tak habis habis dengan mind reading dia tu.

Aku geleng kepala, bagi dia plastik yang aku bawak tadi. Dia ambik dengan muka keliru.

"Tepung?" dia tanya. Aku angguk.

"Kau nak aku baling dekat kau ke apa ni?" dia tanya dalam nada bergurau. Aku angguk. Dia angkat kening, muka hairan. "Series ah?" Aku angguk.

Aku jeling dia. Cis, dah bagi peluang balas balik tanak. "Yelah, nak tak nak?"

Dia geleng kepala. "Taknaklah. Kesian kau nanti. Aku ni baik tau. Weh, aku gi tandas jap." dia kata sebelum keluar.

Aku pandang semua orang. Semua pandang aku terpinga pinga.

Aik, sejak bila dia jadi baik ni? Dan plan aku ni tak sepatutnya berakhir macam ni. Apa patut aku buat?

Aku duduk atas lantai. Terpinga pinga dibuatnya. Zik takleh nak ikut plan ke apa? Hish, mamat ni. Nak baik baik pun takyahlah sekarang. Nanti nanti boleh. Haha. "Nak buat apa sekarang?" Naim tanya. Aku cuma angkat bahu.

Baik aku pergi cakap dengan Zik. Aku bangun dan pergi ke arah pintu. Sebaik sahaja aku bukak pintu, tanpa dapat aku proses apa yang berlaku, muka aku habis diselaputi tepung.

Tak guna. Tak guna. Tak guna. TAK GUNA.

Aku lap muka cepat cepat. Cis, masuk mata. Tertelan tepung pulak! Habis terbatuk aku jadinya.

Aku nampak Zik tengah gelak terguling guling. Like, seriously. Terguling dekat koridor. Aku pusing belakang, kalini giliran aku pulak diketawakan semua budak form 4 aspura.

Bangang punya Zik. Hm, tah sejak bila dia baik tah kan? Baguslah, dia tak bazirkan peluang yang ada. Aku masuk balik dalam DL. Tunggu dia masuk, aku baling telur kat dia.

Dia pandang aku pelik. "Telur? Seriously?"

Dia genggam tepung dalam tangan, launch dekat aku. Ha, tapi ni Faiq si pantas aka Usain Bolt mengelak serangan lemah dia. Dan secara tak sengaja terkena Hafiz yang ada dekat belakang aku.

Maka bermulalah perang tepung telur dalam DL. Seronkk tak seronok, kitorang cipta sejarah. Mana pernah orang main war tepung telur dalam DL en? Hoho.

DL yang selama ni cumalah bilik kosong yang ada satu tilam, sekarang dah macam Greenland. Greenland bercampur telur mentah. Memang kecoh habis dalam dorm. Bila ada orang lain yang datang menjenguk apa kena dengan DL, bukak pintu terus kena baling tepung. So, semua tak berani masuk.

Sampailah satu suara datang menguasai dorm lepak. Suara yang digeruni semua aspura. Even budak luar takut.

"HOI! APA KORANG BUAT NI HAH?!"

Automatik semua diam. Tepung dan telur yang masing masing pegang jatuh ke lantai.

Masak. Habis. Bukan takat masak je, dah kena rebus, panggang, grill, apa semua dah.

Aku pandang yang lain. Semua berdiri tegak, muka cuak habis. Aku pun dua kali lima je.

Warden pandang kitorang semua, muka dia merah. Mata besar, merah jugak. Sudah, ni hantu ke serial killer ke warden asrama? Ok, jahat sangat aku ni. Sempat lagi aku fikir gitu. Ish ish.

"Ni apahal geleng geleng kepala ni?" Warden tetiba pandang aku. Aku telan air liur. Tengok muka dia aku dah tahu, dia mana pernah marah habis habisan macam ni.

Sudah. Kitorang memang dipanggang habis. Sampai hangus terbakar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience