"Mia, jom hang dekat ioi. Dah lama tak jumpa." kata Maya di hujung talian.
Ini baru first time dia call Mia dalam tiga bulan, selama ni diorang cuma whatsapp je. Lagipun masing-masing dah busy dengan assignments yang berlambak lecturer bagi sempena nak cuti sem.
"Jom ah, aku on je. Ajak ramai ramai baru best weh."
"Ceh, ni mesti nak ajak boyfriend kesayangan kau tu sekali kan? Tau dah perangai kau." kata Maya. Mia dapat rasa yang Maya tengah mencebik sekarang ni.
"Ceh, macam aku tak tahu kau pun nak ajak sama kesayangan kau tu. Haktuih aku dah lama masak dengan perangai kau walaupun kita tak jumpa tiga bulan dah."
"Ha yelah-yelah. WhatsApp aku details nanti. Aku ada hal ni. Assalamualaikum."
/ / / / / /
Maya sampai di IOi City Mall 10 minit selepas Mia dan Irfan. Sebaik sahaja nampak diorang berdua, Maya terus menarik Mia. "Mia, sampai hati kau tipu aku! Kata kau dengan --"
"Agak dah kau ni. Pandai sangat nak buat kesimpulan sendiri. Mana ada aku tipu kau, Irfan baru je sampai tadi. Ha, Ayiq mana? Ke kau yang tipu aku ni?"
Maya tersengih. Dia menunjuk ke arah seorang lelaki yang terkocoh-kocoh berjalan. "Tu ha... dia jalan macam siput sedut, aku tinggalkan jelah."
"Cakap pasal Ayiq, mana Zik? Tak nampak pun." Maya memandang sekeliling, kot-kotlah ada kelibat Zik. Mia menggeleng kepala perlahan. "Dia tak dapat datang kot. Banyak assignment lah tu. Kau tahu kan dia macam mana, study tu nombor satu. Takkan dia nak tinggalkan assignment dia tu semata-mata nak lepak."
Maya mencebik. "Alah, apa salahnya nak jumpa. Kita kan dah lama tak jumpa. Hish geram betul dia ni."
"Hai, Mia! Eh, mana Zik? Eh, Irfan! Bapak ah dah lama seh tak jumpa! Kau hilang mana bro?" Ayiq terus bersalaman dengan Irfan. Irfan ketawa kecil. "Aku hilang pergi study lah apa lagi. Err, aku ajak kawan kolej aku sekali, ok ke?"
"Eh, of course lah boleh. Kitorang tak ---" kata-kata Ayiq terpotong sebaik sahaja dia terdengar jeritan dari belakang.
"MIA!!! MAYAA!!" Amy dan Sara berlari ke arah mereka berdua. Terkejut jugaklah Mia dengan Maya bila kena attack dengan pelukan mengejut diorang berdua.
Dalam masa 30 minit, sudah ramai budak kelas 4 Darussalam ( kelas diorang yang dulu ) berkumpul. Masing-masing gembira tak terkata bila jumpa kawan yang sudah hampir 1 tahun tak jumpa.
Sekarang mereka menuju ke ice skating rink di sana, dah puas main nanti barulah makan.
"Weh, gila apa do aku mana pandai skate. Karang lebam bontot aku asyik terjatuh je nanti." rungut Sara, namun dia tetap menyarungkan kasut skate. "Don't worry lah, Sara. Aku kan pro skate, boleh ajar kau." kata Amy dengan riak wajah yang bangga.
"Ye ye je kau nak ajar dia, tengoklah nanti kau yang asyik tolak dia jatuh." perli Mia, menyebabkan Amy menendang kakinya. "Ow, sakitlah!" dia mengerang kesakitan. "Heh, nasib baik aku belum pakai kasut lagi, kalau tak pakai tongkatlah kau nanti."
Kata-kata Mia akhirnya menjadi kenyataan sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rink. Apa yang berlaku? Baru setapak Sara melangkah masuk, Amy terus menolaknya dengan ganas sekali. Sara jatuh ke lantai, menyebabkan dia menjerit memanggil nama Amy dengan kuat. Amy pula ketawa berdekah-dekah melihat Sara yang cuba hendak menyerangnya balik namun asyik jatuh.
Mia juga ketawa menyaksikan gelagat mereka dari jauh. Ada rakan mereka yang merakam aksi itu. Tiba-tiba Maya menarik lengan Mia. "Weh weh, tengok tu." Maya menunjuk ke arah Irfan.
"Kenapa dengan dia?" Mia memandangnya pelik. "Ish, kau ni. Tengoklah dia skate dengan siapa!"
Automatik mata Mia tertumpu ke arah perempuan di sebelah Irfan. "Siapa tu?"
"Tulah aku nak tahu. Jom tanya dia!" Maya terus menarik Mia bersamanya, dan disebabkan mereka berada di atas ice, Mia tak boleh nak melarikan diri, tambahan pula dia bukannya pandai skate pun.
Sampai je depan Irfan, Maya terus menegurnya. "Woho, siapa ni Fan? Tak cerita seh."
Irfan tak sempat jawab sebab Ayiq tiba-tiba mencelah. "Bakal tunang dia."
Terus bulat mata mereka berdua mendengar jawapan Ayiq. Agak ternganga jugalah sebab tak menduga secepat itu dia akan bertunang.
"Sorry aku tak kenalkan awal-awal dekat korang. Ni Ira, kawan kolej aku, and also my future fiancee." Irfan tersenyum memandang Ira yang berada di sebelahnya.
Ira bersalaman dengan Mia dan Maya. "Weh, cepat gila kau. Bila kahwin?" soal Amir, yang kebetulan terdengar Irfan memperkenalkan bakal tunangnya tadi.
Irfan tersengih mendengar pertanyaan Amir itu. "InshaAllah lagi 2 tahun." Amir ingin tanya lagi dekat Irfan, tapi keadaan tiba-tiba menjadi riuh. Dia mencari punca kenapa orang duk riuh bersorak bagai tu.
"Apa benda yang diorang bising-bising tu?" soalnya. "Entah, cuba kau pergi tengok." arah Mia.
Amir pun akur je arahan Mia, sebab dia sendiri curious. Mia dan yang lain hanya perhati je, malas nak gerak ke sana. Tiba-tiba Amir muncul kembali, bersama seseorang di sebelahnya. Zikril.
Nampak je Hairi, Ayiq terus menjerit macam perempuan. Punya semangat dia berlari ke arah Zik dan memeluknya dengan kuat.
"Aw, sweetnya gay couple ni." Maya mengejek mereka. Ayiq terus menjeling Maya. "Excuse you, I'm not gay okay! Habistu buat apa aku suka kau ha?"
Maya mengangkat tangan tanda surrender. "Chill. Entahlah, buat apa kau suka aku?"
Ayiq tersenyum senget sambil bersilang tangan. "Entahlah. Setahu aku, kau bukannya cantik sangat pun, muka pun macam ada jerawat je tu.."
Maya terus menendang kaki Ayiq. "Hei, berani kata aku macam tu eh! Ingat dulu aku tak dengar kau cakap dengan Zik pasal aku? Kau cakap 'oh, betapa cantiknya wajah suci murni Maya! Aku telah jatuh cinta kepadanya!'" kata Maya.
"Ew please, tak kuasa aku nak puji kau macam tu. Omg sesiapa ambikkan baldi aku nak muntah pelangi." Ayiq membuat muka macam nak muntah betul-betul.
Yang lain hanya mampu menggeleng kepala tengok diorang berdua. Entah macam mana boleh suka sama suka padahal setiap hari duk bergaduh je.
"Zik!! Bro, kau macam mana dekat sana?" Hafiz pula yang datang menegur. Dia terjatuh di atas lantai sebelum sempat dia sampai ke lokasi mereka. Automatik mereka semua ketawa terbahak-bahak melihat Hafiz yang sedang mengerang kesakitan sambil menggosok punggungnya.
Zik ketawa juga namun dia tetap menghulurkan tangan kepada Hafiz. Selepas dia bangun semula, Hafiz menjeling setiap makhluk yang ketawakan dia.
"Aku okey je, cuma banyak sangat assignment dah dekat nak cuti sem ni. Aku pun busy gila so aku boleh lepak dengan korang sampai pukul 4 je." kata Zik sambil memandang sekilas jam tangannya.
"Seriously, bro? Duhmak kau ni memang nerd lah. Relax lah sikit. Takyah lah menghadap sangat buku 24/7." Hafiz mencebik, walaupun sejak zaman sekolah lagi dia memang dah masak perangai Zikril yang asyik pegang buku 24/7.
Zik tersenyum simpati dan menggeleng kepala. "Takleh la, bro. Penentu masa depan aku ni."
"Hoi, kita baru jumpa kau dah nak balik. Taik ah kau. Kita tak jumpa dah berapa lama? Hampir 5 BULAN tahu tak? Sanggup kau buat aku macamni, Zik?" Ayiq dah mula buat sinetron di tengah-tengah ice skating rink.
Zik tergelak melihat muka sedih Ayiq. "Alah, janganlah macam ni. Cuti sem boleh jumpa, kan? Okay?"
Ayiq berkeras, dia laju menggeleng kepala. "Ah, banyaklah kau nak jumpa. Cuti sem pun kau duk ngadap buku je! I hate you!"
Zik berpura-pura membuat muka hendak menangis. "But I love you???"
Maya menggeleng kepala melihat mereka berdua. "Dah mula dah gay couple ni." dia berkata kepada Mia.
"Anyway, aku betul-betul kena balik sebelum pukul 4." terang Zik, kalini dia berwajah serius.
"Tak payah." kata Mia bersahaja. Hairi memandangnya sambil mengangkat kening. "Apa, Mia?"
Mia mengangkat bahu. "Tak payahlah, Zik. Kau tahu dah berapa lama kita semua tak jumpa? Kau boleh buat assignment malam ni kot."
"Tapi aku selalu je jumpa kau kan?" balas Zik. "Mana ada. Last aku jumpa kau dekat rumah kau, kan?"
Maya memandang Mia dengan muka terkejutnya. Malahan semua orang membuat muka beruk terkejut.
"Kau jumpa dia? Dekat rumah Zik sendiri?" Maya menyoal Mia, macam tak percaya apa yang dikatakannya.
Mia bagaikan tersedar, dia sepatutnya tak cakap pasal tu. Zik pula pandang Mia dengan poker face dia.
"Cis, dah tak jadi surprise." Mia menggumam.
"Surprise apa ni Mia?" soal Maya sekali lagi, kalini siap menggoncangkan bahu Mia lagi.
"Korang dah kahwin ke?" soal Irfan, dia membuat andaian yang agak jauh. Hampir membuatkan Zik dan Mia tergelak.
"Ei, manada. Aku just jumpa parents dia lah. Nothing more." terang Mia dengan ringkas. Zikril mengangguk setuju.
/ / / / /
"Bro," Irfan memanggil Zikril. Zikril pusing memandangnya. "Yo, asal? Serious je kau ni?" Zik memandangnya kehairanan.
"Kau.. kau dengan Mia serious ke?" soalnya terus terang.
"Uh.. ye kot. Asal?"
Irfan tersenyum senget. "Takda apa, kau jangan fikir bukan-bukan pulak. Aku dah ada orang lain, okay."
Zik hanya tergelak kecil mendengar jawapan Irfan. Tapi dalam hati dia terfikir, 'apahal mamat ni...'
Tapi selepas beberapa minit, Irfan memandang Zik dengan serious. "Aku sebenarnya letak harapan yang tinggi dekat kau ni, bro."
"Harapan apa ni? Janganlah tinggi sangat takut aku tak mampu capai je nanti."
"Aku harap kau serious suka Mia. Aku taknak dia terluka lagi. Cukuplah aku dah buat dia terluka dulu, aku taknak kau pulak yang buat hal. Ok? Aku bukan apa, tapi aku dapat rasakan yang korang ni ada jodoh. Harap dapat tengok korang dekat pelamin nanti. Oh ya, aku nak jadi pengapit kau tau?"
Zik membuat muka ragu-ragu. "Pasal tu... kau kena compete dengan Ayiqlah. Dari dulu dia kecoh nak jadi pengapit aku. Rock paper scissors."
"Deal."
Zik tak kata banyak, tapi dalam hati dia sebenarnya terharu dengar kata-kata Irfan. Lagi-lagi masa dia kata dia doakan diorang kahwin. Memang dia terharu, tapi dia tak tunjukkan. Well, Hairi kan. Takkan dia nak tunjuk kot.
/ / / / /
"Zik, aku nak tanya kau ni."
Zikril mengangkat kening, memandang Mia kehairanan. "Apa dia?"
"Kau.. kau betul-betul suka aku ke?"
"Gila apa soalan kau ni? Mestilah." jawabnya dengan selamba. Tapi ayat dia tak habis. Mestilah apa? Suka atau tak?
Mia dapat agak dia malu. Muka dia pun nampak macam merah je tu. Terasa macam nak gelak, tapi Mia tengah cakap pasal topik serius.
Seketika mereka terdiam membisu, tak bercakap sepatah pun. Mereka berdua memandang ke arah geng mereka, yang tengah rancak berborak.
"You know," Mia tiba-tiba memecah kesunyian. Zik memandangnya sekilas. "I know this sounds clichè, but I really really want someone who loves me truly, someone who's afraid of losing me, someone who... will stay by my side till the end."
Mia memandang Zik, kemudian dia berkata lagi. "I don't want a relationship where in the end, we're gonna fight and break up. I don't want that. So, Zikril, if you're not serious about us, I don't want to be with you."
Kata-kata terakhir Mia membuatkan Zik tersentak. Rasa sakit dan perit bila dengar. Dia nak mintak putus ke apa ni?
Agak lama jugaklah Zik berdiam diri, namun dia akhirnya membuat keputusan. "You're right, Mia," katanya lalu mengeluh perlahan, membuatkan Mia sedikit risau. "Aku tak fikir betul-betul. Pasal kita. But do you want to know one thing, Mia?"
Mia semakin berdebar-debar, dia tak tahu apa yang akan dikatakan Hairi. Dia nak mintak putus ke?
"Apa.. apa dia?" soal Mia perlahan.
"One thing I know is, the reason I studied so hard, besides making my parents proud and achieving my dreams of course, is that when I get married, I don't have to worry about money. I don't want my future wife to suffer. I want her to be happy. And.."
Zik memandang Mia sambil tersenyum. "And what?" gesa Mia. Zikril memandang ke hadapan semula.
"I want my future wife to be you, Mia."
THE END
Share this novel