Bab 16

Romance Completed 4252

MIA

Memang aku nak lupakan Zikril. Ya, sangat. Tapi, macam mana? Kalau dia asyik muncul je depan aku? Ni aku menyampah ni. Haritu dah boleh dah aku nak lupakan, kalau tak kerana dia tiba tiba jadi baik dengan aku. Hish, tak guna punya Zik.

"Hoi, makcik!" Kan aku dah kata.

Aku pandang atas, nampak Zikril tengah tersengih sengih pandang aku. "Boleh tak jangan nak terkejutkan aku? Kalau aku ada heart attack macam mana?" aku mengeluh.

"Sorry sorry. Ni...ganggu ke?" Zikril tanya. Aku nak cakap ganggu pun tak boleh sebab dia dah duduk depan aku awal awal. Aku geleng kepala. "N kenapa datang jumpa aku ni? Nak ajarkan aku lagi ke?"

Dia geleng kepala sambil tersenyum. Ok, ni pelik.

Zik tak pernah senyum dekat aku. Dia jarang senyum dekat sesiapa kecuali kawan lelaki dia yang rapat. Dan dia senyum bila kawan dia buat lawak je. Senyum, I repeat, senyum. Bukan gelak.

Dan berdasarkan apa yang aku alami sekarang, aku mana ada buat lawak pun.

"Apahal pandang aku pelik?" Zik tanya, buat aku terhenti mengelamun. Haih, aku mengelamun ni pun sambil pandang dia. Buat malu je. Berapa banyak kali dah aku nak kena tebalkan muka depan dia ni ha.

"Yelah, tetiba je jumpa aku ni. Ada hal ke?" aku masih pandang dia pelik. Dia geleng kepala, senyum dekat aku lagi. "Takda apa. Saja nak borak dengan kau..."

Serious terbeliak biji mata aku. Kalau aku tengah minum air sekarang, confirm air aku tersembur dekat muka dia ni.

Biar betul? Ni Zik ke orang lain? Luka dekat dahi aku ni teruk lagi kot. Khayalan aku je, kan?

"Kenapa? Tak boleh ke? Tak boleh aku blah. Sorry kacau.." Zik kata, dah siap siap bangun dah. "Eh eh, boleh je. Tak kata tak boleh pun."

Aku cakap macam tu, terus dia duduk balik cepat cepat. Amboi.

"Takdalah, kau macam tak suka je aku dekat sini..." dia kata sambil pandang lantai.

Haha. Ayat tak payah sedih sangatlah, kan?

"Bukan, cuma tak pernah pulak...." aku pandang dia. Dia buat puppy eyes lah pulak. Tahulah mata dia bulat, besar, bersinar lagi tu. Memang puppy eyes sangat. Tak jadi aku nak habiskan ayat aku tadi.

"Tak pernah apa?" dia pandang aku dengan mata dia yang besar tu lagi. Mata dia sebenarnya kuyu je, tapi nampak besar. Aii, berbelit dah aku ni. Kalau korang nampak orang mata macam ni, ha macam tulah mata dia.

"Hm, takda apalah. Lupa nak cakap apa."

Aku pandang balik buku yang aku baca. Pura pura tekun baca buku rujukan. Sebenarnya aku dah tak boleh fokus sejak dia datang tadi. Nak buat macam mana, siapa suruh dia datang. Haha.

"Kalau kau ada apa apa tak faham, aku boleh ajarkan lagi."

Aku pandang Zik. Seriouslah, siapa depan aku ni? Setahu aku, Zik tak senyum, tak senang senang offer ajar aku.

"Tak payahlah pandang aku pelik. Aku offer nak ajar je pon. Lagipun 90% apa yang kita ajar, inshaAllah boleh ingat, simpan dalam otak. Lagi faham." terangnya sambil jeling dekat aku.

Ok, ni baru Zikril yang aku kenal. Senang sikit tengok Zik yang ni.

"Zik, kau dah kembali!" aku jerit gembira. "Hoi, pelik apa kau ni?" dia jeling aku pastu pandang tangan dia. Aku tengok apa yang dia pegang.

Eh? Macam surat je. Surat cinta nak bagi aku ke kehkeh. "Hoi." aku tegur. Dia pandang aku. "Betul ke nak ajarkan aku ni?"

Dia angguk. "Apa salahnya."

Dia pandang kertas dekat tangan dia balik. Hm, kertas apa tu? Suspicious jugak.

Omg.

Omg, jangan jangan surat cinta untuk perempuan yang dia suka tak? Omg, padanlah selama ni macam nak tak nak je layan aku. Omg ni dia buat baik ni mesti nak nasihat cinta daripada aku kan? Omg ni mesti aku kawan dengan orang yang dia suka tu kan? Omg..jangan jangan Zik minat Maya tak? Omg.

Disebabkan dia dok termenung dari tadi aku ambik peluang rampas surat dekat tangan dia tu.

Aku lari pecut pergi kelas lain. Kunci pintu cepat cepat. Jangan risau, sekarang dah habis waktu persekolahan. Takda sapa kat sekolah selain budak asrama. Diorang prep pun dekat blok lain.

"Mia...tu bukan surat cinta." Zik berkata melalui tingkap. Aku buat buat nak bukak surat tu. "Kau ni mind reader ke apa? Aku tak cakap pun aku rasa ni surat cinta." aku balas.

"Kalau aku ni mind reader maknanya apa yang kau fikir tu betullah."

Damn, good point Zik.

"Kau suka Maya ke?" aku tanya dia.

Terbeliak mata dia dengar soalan aku. "Ha? Merepek apa kau ni?"

Aku angkat bahu. Aku tak bersedia nak dengar jawapan dia sebenarnya. Patah hati aku nanti macam mana?

"Kau rasa?" dia pulak tanya aku.

"Eii, manalah aku tahu. Hati kau kan."

Zikril tergelak.

Ok, ni aku nak bagitau. Aku memang tak bolehlah kalau aku tengok dia senyum atau gelak. Cara dia gelak tu....sangat comel. Bila dia gelak, aku nampak gigi dia yang tersusun kemas. Nak kata aku pelik, katalah. Tapi bagi aku gigi dia paling comel. Dan bila mata dia hampir tertutup bila dia gelak, kau tahu apa?

Kecomelan yang melampaui batas.

Sebab tu aku selalu avoid tengok dia masa nak lupakan dia tu. Memang tak jadi ah kalau aku nampak dia senyum, apatah lagi gelak.

"Ok lah, aku pergi dulu. Nak mandi." katanya lalu terus lari.

Eh, tapi surat ni......?

Baru je aku bukak pintu kelas nak kejar Zik, dia tengah tercegat dekat pintu. Terkejut beruk aku dibuatnya. "Allah. Jangan buat aku heart attack woi."

Zikril garu kepala, pandang bawah. "Erm, kalau kau nak baca, tunggu aku blah dulu, okey?"

Alahai, comelnya. Dia nervous ke apa ni?

Aku pandang dia sambil angkat kening. Dia pun buat yang sama.

"Tunggu apa lagi? Cepatlah blah. Aku nak baca ni." aku usik.

Dia mengangguk. Ambik serious betul budak ni. "Tunggu aku hilang dari pandangan kau tau!" Dengan itu, dia lari pecut.

Tergelak aku tengok Zik nervous macam tu. Comel je. Haih, tah macam mana aku nak lupakan dia kalau gini?

Aku bukak sampulnya. Bukak surat sekali.

Tulisan dia. Aku dapat cam sekali imbas.

Hm, pasal apa ni?

Aku baca dari awal sampai akhir.

Aku ulang baca banyak kali sebab aku still tak boleh percaya apa yang aku baca.

Betul ke apa yang aku baca ni.......?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience